Selamat berpuasa kepada semua… pagi ni ada sikit masa nak buat plein air dekat2 rumah je… so tempat yang paling ok ialah Taman Tasik Cempaka. Hari Sabtu memang takde orang sangat tambah lagi bulan puasa nih…
Biasa Sabtu dan Ahad kat sini agak meriah dengan kehadiran keluarga yang bersantai hujung minggu ditambahkan lagi dengan Car Boot Sale di tapak parkir Taman Tasik Cempaka ni.
Solo plein air, so muka pun xbleh belah la
Ghost layer yang mempunyai 3 lapisan utama iaitu lapisan atas adalah campuran Ultramarine Blue + Burn Sienna + Yellow Ocre mengikut nisbah yang diperlukan. Lapisan tengah memadai dengan lapisan nipis yellow ocre dan lapisan bawah adalah campuran Ultramarine Blue + Burn Sienna mengikut nisbah yang sesuai… biarkan ianya kering sedikit sebelum sapukan satu lapisan sap green atau campuran sap green + yellow, biarkan ia kering sepenuhnya…
Selepas kering sepenuhnya baru la dimasukkan warna yang lebih gelap/pekat. Ringkas hanya ambil masa kurang 45 minit…
Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi Medium: Cat air (watercolor) Saiz: 14cm x 38cm (handmade sketchbook) 300gsm Saunders Waterford
Perjalanan dari Bandar Baru Bangi terus ke Kuala Berang hanya mengambil masa 4 jam sahaja melalui LPT 1 dan LPT 2, hampir 1 1/2 jam masa dikurangkan, lepas ni boleh lah pegi KL balik hari, hehehe…
Alhamdulillah Mak Ayah sentiasa diberi kesihatan yang baik…
Sampai rumah je terus rasa nak melukis, dapatkan beberapa shot menarik dan terus membuat lakaran…
Start sketching jam 530 petang, siap sepenuhnya hampir jam 7 petang
Dah siap…
Pengkritik utama saya…ayat biasa yang ditanya “Apa ni???Omey…”, hehehe
Rumah orang tua nun di atas bukit sana…
Tajuk: Rumah orang tua Medium: Cat air (watercolor) Saiz: 38 cm x 56 cm
Ingatkan bila ada anak dan isteri ada semangat melukis tu kurang sikit, rupanya tak… makin bertambah adalah. Antara faktor penting mungkin disebabkan anak teruna saya telah menunjukkan tanda2 meminati senilukis yang sangat dahsyat sehinggakan setiapkali tengok saya melukis atau pegang berus je terus nak melukis jugak, and one more thing dia cepat belajar even nak lekatkan tape pada kertas… walaupun tak pandai buat, dia akan ingatkan saya…so his father sangat impressed bila tengok kelakuan anaknya, hehehe…
Sebelum melukis dia akan pastikan semua peralatan ada, pernah satu kali saya terlupa nak letak bekas air sebab dah guna water spray, dia akan mintak… bila dah complete baru lah dia start melukis…
Beginilah gaya pelukis pelapis
Sentiasa ada teguran dan pertanyaan, “ni apa???”
Dia cepat faham…
Tajuk: Demi sesuap nasi… Kg Baru KL Medium: Cat air (watercolor) Saiz: 56 cm x 76 cm (fullsize)
Karya ni sebenarnya ditempah oleh rakan Facebook untuk dihadiahkan kepada sempena hari lahir ayahnya Jun ini. Pada awalnya hanya gambar rujukan diberikan kepada saya sebagai guide untuk saya hasilkan painting yang diinginkan. Bila dah siap ada beberapa rakan Facebook yang nak beli tapi saya tolak walaupun dioffer dengan harga lebih tinggi… janji tetap janji walaupun saya boleh buat satu lagi…
Tajuk: Liku Saiz: 56 cm x 76 cm (fullsize) Alpha watercolor + 300gsm Bockingford watercolor paper
Watercolor Alpha yang digunakan, 3 berus dan water spray ini digunakan untuk hasilkan karya ini. Saiz 7 Kolinski Diana Brush, 6 Da Vinci Cosmotop dan flat brush bulu kambing ni…
Walaupun agak penat 2 hari habiskan masa untuk aktiviti seni, tapi saya masih bersemangat. Inilah hasil plein air saya bersama Gangsta Watakala dan Sketchwalk Kuala Lumpur pada hari Ahad (10 Mei 2015) yang lepas.
Tajuk: Sunday blues (Plein air Jalan Panggong, Petaling Street) Saiz: 38 cm x 56 cm
Sedikit kelainan kerana kali ni saya dapatkan view yang lebih dekat (close up) dan landskap potrait, cuba2 kalau tak jadi takpelah. Berbekalkan masa selama 2 jam dilapangan serta cuaca yang agak panas merupakan cabaran besar buat kami untuk hasilkan lukisan yang bersesuaian dengan suasana.
Saya kurangkan fokus pada langit bagi memastikan mata lebih tertumpu kepada subjek utama iaitu bangunan dan figure yang mewujudkan tajuk lukisan ini. Warna yang digunakan pada langit hanyalah sedikit ultramarine yang di campurkan dengan sedikit burn sienna (70% ultramarine 30% Burn Sienna). Sebelum warna ini kering, ambilkan sedikit crimson yang dicampurkan dengan sedikit ultramarine warnakan di bahagian bawah awan untuk menghasilkan kesan pembentukan awan. Walaupun dalam lukisan ni awan yang dihasilkan agak minimum, bukan bermakna kita perlu ambil mudah untuk hasilkannya…
Untuk lapisan pertama yang dipanggil ghost layer dari atas bangunan hingga ke hujung jalan, gunakan warna burn sienna 20% + yellow ochre 80%. Lakukan sapuan mengikut tona warna pada bangunan tersebut, wujudkan kesan rekahan cat serta tekstur batu bata pada bangunan. Sebelum ianya kering masukkan warna yang bersesuaian (red+burn sienna untuk tona bata) pada tempat tertentu untuk menaikkan lagi beberapa warna seperti panel pintu dan tingkap serta bayang pada bangunan…
Biarkan ianya kering sepenuhnya, barulah buat perincian pada tempat yang diperlukan…
Gelapkan sedikit di bahagian shadow dan bahagian hujung jalan, untuk hasilkan warna ini, hanya perlu bermain dengan ultramarine dan burn sienna juga masukkan sedikit warna ocre dan pale purple (resepi sendiri, hehehe) untuk memberi pandanga sejuk pada sudut tersebut…
Saya lebih suka hasilkan karya yang mampu menggambarkan suasana yang terjadi pada masa tersebut contoh seperti karya ini, gambar yang saya ambil adalah waktu senja sebelum azan maghrib berkumandang… Saya lebih suka ekspresi sebegini kerana saya tidak mahu menipu audien yang melihat karya saya, itu adalah gambaran yang paling jelas, jujur serta memberi cabaran kepada kita untuk menghasilkan sesuatu…
Tajuk: istiqamah kala senja Saiz: 38 cm x 56 cm Winsor Newton watercolor + 300gsm Bockingford watercolor paper