Posted on

Cabar diri dengan sketchbook baharu…

Buat sketching sangat2 membantu untuk improve our skill lebih2 lagi bila disertakan dengan sapuan watercolor atas handmade hybrid sketchbook 300gsm Bockingford dan Saunders Waterford. Teknik yang digunakan adalah wet on wet dengan gaya impressionism. 

Impressionism tidak memerlukan masa yang lama untuk lukisan atau lakaran dilakukan, teknik ini sangat mengutamakan kekuatan struktur dan perspektif yang betul serta arah lighting yang mampu menimbulkan shadow dengan pelbagai warna yang bersesuaian. Dan untuk mendapatkan hasil yang lebih dramatik, basahkan berus dan dapatkan tona warna yang lebih cair, seterusnya renjiskan dibahagian yang bersesuaian… boleh cuba

2015402225248
Cover depan dan belakang pun boleh lukis, kertas yang digunakan ada Saunders Waterford recycle yang ditampal pada kadbod, nampak stail sikit
2015403065359
2015403073421
Sebelum dan selepas… wet on wet
2015403182427
2015405105555
Posted on

Practice lagi dan lagi…

Basically nak jadi pelukis tidak susah kerana bagi saya semua orang boleh melukis, paling tidak pun buat lakaran ringkas. Namun tidak semua yang mempunyai skill untuk menghasilkan sesuatu lukisan yang baik dan menarik. 

Orang yang mempunyai pendidikan formal dalam seni lukis sekalipun tidak akan berjaya menjadi pelukis yang baik sekiranya tiada usaha untuk menambahbaik skill yang ada ke tahap yang lebih baik seperti yang dilakukan oleh pelukis2 luar seperti Praful Sawant, Rajesh Sawant, Joseph Zbukvic, Thomas Schaller, Robert Wade, Ong Kim Seng, Direk Kingnok dan ramai lagi.

Diri sendiri pun terlalu jauh untuk menjadi seperti mereka ni, kurang tumpuan dan tidak konsisten seperti mereka. Harap suatu hari nanti mampu menjadi seperti mereka… 

2015329073636
2015330063024
Tajuk: hening pagi
Saiz: 15 cm x 38 cm
Daler rowney watercolor + 300gsm saunders waterford (handmade sketchbook)
Posted on 1 Comment

Tempahan Handmade Sketchbook

Ini adalah kumpulan yang ketiga membuat tempahan handmade sketchbook ni…untuk info handmade sketchbook ni saya akan siapkan sekiranya tempahan melebihi 5 orang satu2 masa, senang nak run the process. So kali ni 12 orang telah menempah sketchbook ni, alhamdulillah rezeki…

Ok ramai yang nak tahu harga dan jenis kertas yang digunakan. Kebanyakan kertas yang digunakan adalah kertas watercolor, tetapi bergantung juga pada permintaan pelanggan dan stok kertas yang ada. 

So untuk watercolor, kertas yang digunakan adalah jenis Saunders Waterford 300gsm (32 muka surat) + hardcover = RM45 termasuk penghantaran, Bockingford 300gsm (32 muka surat) + hardcover = RM45, Syamal 300gsm (32 muka surat) + hardcover = RM35, Campap 300gsm (32 muka surat) + hardcover = RM30.

Untuk kemasan pula selain Saunders Waterford, bahagian tepi akan dipotong kemas sekemas rambut Wak Doyok, hehehe… manakala bagi Saunders Waterford saya hanya membiarkan potongan kasar untuk menampakkan rupa asal kertas yang dikeluarkan pengilang St. Cuthberts Mill, rupa memang nice…     

Sketchbook ni 100% buatan tangan dan dijahit oleh saya sendiri tanpa bantuan orang lain…

2015329051945
Sebelah kiri rupa sketchbook Saunders Waterford dan belah kanan rupa Bockingford, Syamal, Campap dan sebagainya. Ada nampak beza tak?
2015331064011
Terima kasih yang sudi beli buku ni…
Posted on

Watercolor: Sketchbook

Bila masa terhad untuk berkarya, sketchbook banyak membantu meringkaskan lagi kerja selain tetap ada masa untuk melukis. Itu penting kerana kekerapan melukis yang tinggi mampu memperbaiki skill yang ada.

Ada juga rakan2 pelukis yang cakap saya boleh lah selalu melukis sebab tak busy, maklumlah kerja badan berkanun, ewah2 agaknya dorang pantau ikut satelit kot kerja gomen je tak busy, duduk dalam ofis je tak buat kerja, tak masuk akal ke tak berakal ni?

Alasan untuk tidak melukis sebab busy memang langsung tak boleh pakai sebenarnya kerana ada juga rakan2 dan sifu saya yang busy bekerja tetap luangkan masa untuk beriadah dan melukis, boleh saja tapi hendak seribu daya tak hendak seribu dalih… ni bukan nak kondem tapi nak bagi nasihat sikit, tapi cara kasar, hahaha…

Ok berbalik pada lukisan, kali ni saje nak completekan sketchbook yang ada, baru perasan rupanya dah ada 14 bijik sketchbook, 6 completed, alhamdulillah ada rezeki mungkin boleh buat solo show tentang sketchbook pulak, hehehe

Kat bawah ni hasil yang terbaharu.

2015326174643
Kampung nelayan
2015326224837
Taman Wetland
2015327062228
2015 Putrajaya Hot Air Balloon
2015327062250
Tali air
2015327062351
Pemandangan dari Genting Cable Car
2015327062502
16 sheets handmade sketchbook, 300gsm Saunders Waterford wc paper
Posted on

Rahsia Joseph Zbukvic

Beberapa hari ni tak lekang dari tengok video tutorial dari Joseph Zbukvic, terfikir jugak apa rahsianya…beberapa kali jugak ulang tayang video ni, barulah perasan selain perspektif yang tepat dan sememangnya skillnya yang memang tak dapat disangkal.

Dan kalau diperhatikan betul2, dia banyak menggunakan jari dan kukunya sebagai bantuan untuk menghasilkan kesan yang lebih menarik, salute kaedah yang digunakan sebab ada juga diantara kita yang langsung tak mahu mengotorkan jari bila melukis termasuk saya, dulu2.

Joseph menggunakan jari untuk menghasilkan tona warna yang berbeza apabila wash dilakukan. Untuk membezakan bahagian yang mana lebih gelap atau lebih cerah. Joseph hanya menekap sedikit dengan jari2nya untuk menghasilkan warna yang lebih transparent dan dramatik.

Kuku juga digunakan untuk menghasilkan garis yang menggambarkan tiang, rumput, manusia, haiwan dll yang terkena biasan cahaya. Cara ni sebenarnya dipraktikkan oleh ramai pelukis termasuklah Alvaro Castagnet dan Direk Kingnok…

2015324213604
Credit pic and concept study from Joseph Zbukvic
2015324201923
Posted on

Watercolor: Tawakkal

Hasil dalam masa kurang 2 jam. Moga pembelajaran berterusan ni dapat meningkatkan skill dan pandangan dr perspektif seni rakan2 terhadap hasil lukisan saya dari tahun 2012 hinggalah sekarang. Kebanyakan dikalangan kita percaya seni itu datang dari bakat sendiri tanpa paksaan, boleh diterima tetapi sekiranya tiada usaha ianya takkan kemana…u develop your skill, your consistency and you win it, chewahhh (ayat sendiri yang poyo >_<) …

Kalau dulu saya memang suka lukisan bersifat realism dan mula serius pun dengan lukisan sebegini. Tapi lama kelamaan bila peratikan lukisan cat air dari pelukis yang hebat, sebenarnya skill sangat menjadi keutamaan. Jarang mereka mengambil masa yang lama untuk menghasilkan satu2 lukisan, tapi hasilnya sangat gempak… itu yang diperlukan oleh setiap pelukis…

2015317202627 1
Tawakkal
Saiz: 38 cm x 56 cm
Schmincke + Winsor Newton watercolor + 300gsm Saunders Waterford watercolor paper
2015317205741