Nak lukis xde mood, tapi kalau tak lukis bosan pulak. Last2 ambil jugak lah kertas, lama dok pikir apa nak lukis tetiba datang idea awal nak conteng2 buat bot je, tapi idea tu bertukar jadi lebih serius maka terhasillah lukisan tak seberapa ni dalam masa 1 jam. Lama jugak tak fokus sangat pada water reflection, sebelum ni buat ringkas2 je, alhamdulillah masih menjadi…
Category: Tips & Tutorials
Watercolor: Kampung nelayan Besut
Seminggu bercuti di kampung terasa semangat untuk melukis semakin bertambah bila tengok pemandangan yang menarik. Bila ada peluang je pusing satu daerah cari foto2 yang menarik untuk dijadikan bahan lukisan. Lukisan yang dihasilkan ini jgk hasil photo hunting di sekitar Besut…
Watercolor: Kg. Keluang, Besut
Schmincke Horadam Aquarell Travel Set yang cute
Lama dah dok perati Schmincke Horadam Aquarell Travel Set yang sangat cute dan mantap ni, akhirnya dapat jugak beli, hehehe. Bila sembang dengan Abey Zoul baru tahu hanya satu set ni sahaja yang dijual oleh BSVN (mungkin BSVN nak tengok laku ke tak… tp yang saya pasti set ni agak lama jgk terperap di Artshop BSVN, masalah utama mungkin harga kot).
Bagi saya walaupun harga agak mahal tapi berbaloi jika dikira dengan 8 warna serta metal box yang berikan.
Complete satu lagi sketchbook
Completed dalam cuti Tahun Baru Cina last week. Satu cabaran bila melukis dalam suasana yang sangat berbeza dari kebiasaan. Melukis dengan penuh keterujaan, ditemani isteri, anak dan keluarga merupakan pengalaman yang tak dapat dilupakan. Kebanyakan orang kampung tak terbiasa tengok orang buat live sketching, ada yang teruja ada yang buat muka pelik… “pe benda ntah budak ni buat?”
Apa pun dapat juga penuhkan sketchbook ni dalam masa seminggu di kampung… Sebelum ni dah upload di FB, tu pun setakat yang dah siaplah… nak post lebih2, faham2 jela line internet kt sana.
Bila satu persatu sketchbook ni penuh rasa lain macam lak semangat nak start with the next sketchbook… siapa yang biasa buat sketching memang rasa kepuasannya…
Watercolor: Bandaraya Kuala Terengganu, Warisan Pesisir Air
Nak siapkan satu lukisan, satu rumah saya tawaf… tempat melukis tak pernah kekal, boring satu tempat pindah ke tempat lain, hehehe yang penting lukisan siap.
Macam biasa masih mengekalkan kertas kegemaran Saunders Waterford 300gsm di beli dari BSVN. Kertas ni agak kekuningan sikit (off white), sesetengah pelukis tidak gemar mengunakan kertas jenis ni. Saya suka pendapat Hisham Salmin, katanya mungkin masa kertas ni dicipta pelukis sangat suka sebab menampakkan hasil lukisan lebih retro, mungkin ada benarnya.
Lukisan ni disiapkan dalam 2 malam memandangkan cara penghasilannya agak leceh (layan objek yang kecik). ianya terhasil selepas saya agak berpuas hati dengan hasil Kg. Baru… tentang brand watercolor yang digunakan pula saya lebih selesa menggunakan Schmincke walaupun mempunyai beberapa jenama lagi seperti Daler Rowney, Holbein, Sennelier, Cotman dan Alpha. Ditambahkan lagi bila digunakan dengan Diana Kolinsky Brush Set yang sangat awesome diperkenalkan oleh Abey Zoul, memang terbaik berus ni! Berus ni macam kasut jugak, bila tak digunakan mudah rosak, so maksimumkan penggunaannya baru tahan lebih lama…
Buat sendiri sketchbook baru
Bila dah habis semua sketchbook baru perasan dah takde stok lagi, nak buat malas tapi nasib baik ada cuti Thaipusam dapat jugak siapkan sketchbook ni.
Untuk sketchbook kali ni ada inovasi sikit memandangkan masih ada brosur pameran solo yang lepas boleh digunakan sebagai cover buku. Nak tau caranya??
Boleh tengok step dibawah.

Contoh cara jahitan boleh tengok di bawah:




















































