Posted on 1 Comment

Terima kasih Cikgu Saiful

Pertama kali saya jumpa Cikgu Saiful setahun lepas masa join Pertandingan Melukis Warisan Kg. Cina, Kuala Terengganu pada tahun lepas. Saya disapa mesra oleh Cikgu Saiful yang sememangnya peminat dan pelukis tegar cat air. Cikgu Saiful seorang yang mudah didekati dan agak peramah orangnya. Beliau yang mengajar di MRSM Kuala Terengganu ini rupa-rupanya bekas guru kepada isteri saya yang belajar di sana sekitar tahun 2001. Kecik sangat dunia ni rupanya, hehehe

Menurut isteri saya, Cikgu Saiful ni memang mudah didekati pelajarnya… memang tak mustahil la perangai beliau tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang, mesti ramai pelajar yang senang dengan Cikgu Saiful ni…

2015831160701
Berdiskusi tentang seni lukis…
Berdiskusi tentang seni lukis…
 
2015831160711

Jangan tak tau, disebabkan minat pada lukisan cat air Cikgu Saiful pernah simpan duit untuk beli karya cat air pelukis terkenal Abdul Ghani Ahmad. Sampai sekarang lukisan tu ada dalam simpanannya (tergantung indah di suatu sudut rumahnya)

2015831160720
aya anggap hadiah ni sebagai pemberian anak murid kepada cikgu yang hebat…
2015831162232

Terharu bila cikgu cakap “bila datang KT , bagitau je boleh menginap rumah cikgu”… Cikgu, isteri dan keluarga memang mesra, terima kasih atas layanan…

Posted on 1 Comment

Plein air Hari Merdeka bersama Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer)

Dari dulu lagi teringin nak join ahli Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer) berplein air di sekitar Kuala Terengganu. Alhamdulillah selepas berbincang dengan Abang Kay, Cikgu Saiful dan Abang Saipudin dapatlah tarikh yang sesuai pada 31 Ogos 2015.

Saya amat teruja dengan sesi kali ni kerana dapat menyertai pelukis2 hebat pelbagai medium dari negeri kelahiran sendiri… Pelukis Terengganu memang terkenal dengan kehebatan lukisan batik yang pelbagai dan membawa identiti dan juga ramai dikalangan mereka yang hebat dalam medium cat minyak, cat air dan akrilik…

Pelukis cat air terkenal dari Terengganu, Arwah M. Zain sangat terkenal dengan karya yang hebat dan memberi mesej dari pantai timur. Walaupun kami tak mampu membawa era kegemilangan arwah, sekurang-kurangnya kami dapat mencetus minat generasi baharu untuk lebih meminati dan memandang serius kehadiran cat air ini…

2015901091726 1
Tajuk: Pusaka Losong
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38 cm x 56 cm
2015831085255
2015831090514
11225403 1017748638275368 2778888177703615010 n
Melukis sambil berdiskusi…
11947617 1017748688275363 6514626741895823773 n
Art talk yang sebenar2nya, sebab pengalaman dan ilmu tu datang dari semua pelukis yang join plein air ni… terima kasih semua…
11953227 1017748584942040 4687167809482321282 n
Khusyuk sangat nih, hehehe
2015831121906
Terima kasih PeTer
2015831122042
Hasil lakar langsung kami…
2015831123443
Akhirnya, selepas setahun berhubung, hari ni dapat juga join sebagai ahli seumur hidup Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer), muka nampak excited
Posted on

Raya di Kampung…

Raya tahun ni agak sederhana mungkin penangan GST dan senario politik semasa kot, apapun tetap meriah bila dapat beraya dengan orang tersayang.

2015716081533
Rumah ayahanda bonda…
2015716104814
Tak pernah dilupakan sehari sebelum raya, model hero cilik…
2015716180029
Yang ni pun sama, xpernah dilupakan…
2015716185027 1
Suasana hari raya II
Saiz: 38 cm x 56 cm
2015717101426
Posted on

Bila melukis di kampung sendiri…

Perjalanan dari Bandar Baru Bangi terus ke Kuala Berang hanya mengambil masa 4 jam sahaja melalui LPT 1 dan LPT 2, hampir 1 1/2 jam masa dikurangkan, lepas ni boleh lah pegi KL balik hari, hehehe…

Alhamdulillah Mak Ayah sentiasa diberi kesihatan yang baik…

Sampai rumah je terus rasa nak melukis, dapatkan beberapa shot menarik dan terus membuat lakaran…

2015612182317
 Start sketching jam 530 petang, siap sepenuhnya hampir jam 7 petang
2015612182413
Dah siap…
2015612182433
Pengkritik utama saya…ayat biasa yang ditanya “Apa ni???Omey…”, hehehe
2015612142526
Rumah orang tua nun di atas bukit sana…
2015612184019 1
Tajuk: Rumah orang tua
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38 cm x 56 cm
Posted on

Plein air Kg. Nail, Kuala Besut

Bila balik kampung, tentunya akan ada masa diluangkan bersama2 pelukis di sana terutamanya dari Kelantan. Pada mulanya ingatkan Tho Man nak buat solo plein air, rupanya ada Mazuki Mohammad, Cikgu Haji Mokhtar Ishak dan Sham Cni jugak… Memang rezeki sayalah nak plein air dengan otai berbisa nih…

Pilihan tempat plein air kali ni hanya 10 minit dari rumah Mak Mertua saya di Kuala Besut, cantik sangat la tu, hehehe. Disebabkan saya berada di Kuala Berang menjaga ibu yang dimasukkan ke wad kerana jangkitan kuman pada hari Jumaat, so awal pagi sabtu saya dan keluarga bertolak ke Kuala Besut dan team plein air berjumpa di Kg. Nail… selebihnya tengok gambar di bawah, huh malas nak cerita….

Sebelum pulang, sempat juga la ajak mereka makan tengahari di rumah Mak Mertua saya di Kg. Baharu, terima kasih kerana sudi singgah…

2015516141012
Kami berlima sudah, anda bila lagi?
2015516104457
Antara pemandangan yang menarik
2015516130056
Peminat Cikgu Ta
2015516134532
Palette yang digunakan Cikgu Ta ni berusia lebih 8 tahun dan bila close up boleh nampak retak seribu dan warna sudah bercampur dengan plastik. Bukan tidak ada palette baharu katanya tapi Cikgu Ta sangat menghargai palette ni, hmmm kalau offer tentu tak ternilai harga ni…
2015516133714
Sambil Cikgu Ta beraksi, saya siapkan satu sketch beliau…
2015516133643
Tho Man sempat tidur tapi dia mampu siapkan lukisan sama dengan orang lain, saka apakah yang digunakan?
2015516133802
Sentuhan Sham Cni nampak lembut, bila dah siap memang woww!
2015516134731

Bila berada disebelah Cikgu Ta, dia tak pernah lokek ilmu dan pengalaman…Sebenarnya banyak kisah suka duka Cikgu Ta sedikit sebanyak membuatkan saya kuat dan tak mudah putus asa dalam perjuangan sebagai seorang pelukis…

2015517084929 1
Kg. Nail, Kuala Besut
Saiz: 28 cm x 38 cm
Mix watercolor brands + 300 gsm Bockingford watercolor paper
2015517085023
Terima kasih Cikgu Ta atas komen semangat 🙂
Posted on

Watercolor: Rehat

Nak lukis xde mood, tapi kalau tak lukis bosan pulak. Last2 ambil jugak lah kertas, lama dok pikir apa nak lukis tetiba datang idea awal nak conteng2 buat bot je, tapi idea tu bertukar jadi lebih serius maka terhasillah lukisan tak seberapa ni dalam masa 1 jam. Lama jugak tak fokus sangat pada water reflection, sebelum ni buat ringkas2 je, alhamdulillah masih menjadi…

2015316205022 1
Rehat (Nelayan Kuala Besut)
Medium: watercolor
Saiz: 28.5 cm x 38.5 cm
Schmincke + Winsor Newton watercolor + 300gsm Saunders Waterford watercolor paper
2015316204908
Posted on

Watercolor: Kampung nelayan Besut

Seminggu bercuti di kampung terasa semangat untuk melukis semakin bertambah bila tengok pemandangan yang menarik. Bila ada peluang je pusing satu daerah cari foto2 yang menarik untuk dijadikan bahan lukisan. Lukisan yang dihasilkan ini jgk hasil photo hunting di sekitar Besut…

2015225201059 1
Kampung nelayan Besut
Saiz: A2+
Medium: Watercolor
Schmincke watercolor + 300gsm Bockingford watercolor paper
2015224222014
Waktu start lakar ni jam dah 10.00 mlm, terpaksalah sambung esok
2015225183456
Balik kerja je terus sambung, tak sempat tukar baju
2015225190139
80%, yang dah siap kat atas tu…