Terima kasih team Mingguan Malaysia, terutamanya Mohamad Hafiz Yusoff Bakri yang telah menemubual untuk ruangan Sastera & Budaya.
Kemahiran seorang pelukis melakar di atas kertas sudah cukup untuk memberi gambaran tentang hasil seni halusnya nanti. Apatah lagi lukisan tersebut dihasilkan secara langsung di kawasan terbuka sambil pelukis menatap subjek terbabit… Boleh juga baca lanjut artikel menerusi Minggu Malaysia dalam talian, bertarikh 28 Januari 2024.
AZMANNOR; Lakaran Sepeda Motor adalah buku kedua diterbitkan sendiri oleh pelukis. Kelainan pada buku kali ini ialah mengenengahkan motosikal dan basikal sebagai subjek utama dalam karya. Jika dilihat pada tajuk ‘Lakaran Sepeda Motor’ membawa maksud gabungan motosikal dan basikal. Sepeda jelas diertikan melalui Kamus Dewan Bahasa & Pustaka sebagai kenderaan beroda dua yang dikayuh untuk menggerakkannya, manakala motor sebahagiannya boleh dirujuk sebagai motosikal. Dalam Kamus Besar Indonesia, sepeda motor jelas memberi maksud motosikal. Jadi tajuk yang diberikan amat sesuai memberi fokus kepada notosikal, basikal dan kisah sebaliknya.
21 November merupakan detik yang paling menggembirakan, selepas mendapat perkhabaran dari International Watercolor Society (IWS) Malaysia melalui Mr. Jansen Chow. Saya dan beberapa orang rakan artis terpilih antara 36 orang pemenang yang disenarai pendek untuk 1st Malaysia International Watercolor Biennale. Pemenang mengikut kategori akan di ketahui dalam program yang akan berlangsung pada 20 Disember 2018 bersama-sama dengan majlis perasmian pameran IWS yang disertai oleh peserta dari 66 negara melibatkan 645 lukisan.
Ini merupakan kali kedua saya menyertai program anjuran IWS. Pertama kali ialah UAE International Watercolor Festival 2017.
Lukisan saya yang menyertai 1MIWB, Title: Old is Gold.
Alhamdulillah dapat juga participate dalam aktiviti International Watercolour Society (IWS). Saya join sebagai individu untuk menimba pengalaman walaupun Malaysia juga ada IWS Malaysia yang diketuai oleh Jansen Chow. Mungkin next time saya akan join melalui IWS Malaysia.
Selepas melepasi penjurian peserta dikehendaki membuat bayaran yuran sebanyak USD80 (MYR350+) kepada pihak penganjur dan perlu menghantar lukisan sebelum atau pada 30 November 2017.
Bantu saya untuk mengesan lukisan ini (Saiz 31 cm x 41 cm berbingkai seperti di atas)
Bagi saya lukisan ini sangat bermakna dan sebenarnya telah dibooking oleh seorang kolektor. Janji untuk menghantar lukisan ini kepada kolektor terpaksa ditangguhkan kerana tidak dapat dikesan gara-gara orang tengah.
Lukisan ini saya pinjamkan kepada individu yang saya kenal untuk digunakan sebagai kulit buku pendidikan yang akan dihasilkan. Lukisan ini diambil dengan cara yang cukup sopan daripada pejabat saya, tetapi sayang tidak dipulangkan dengan baik sehingga hilang tanpa dikesan. Bila ditanya kepada individu tersebut, katanya lukisan telah dipulangkan kepada staf dipejabat saya. Apabila semakan dilakukan tiada langsung rekod pemulangan (termasuk rekod cctv).
Tiada yang nak bertanggungjawab, so saya perlu cari sendiri atau kita jumpa di Padang Mahsyar nanti.
Bila tak dibantu dikatakan sombong, bila dibantu ini yang saya dapat, maaf jika saya kedekut pinjamkan lukisan lepas ni…
Sesiapa yang ada maklumat tentang lukisan ni boleh hubungi saya, TERIMA KASIH.
Pameran Cair sebenarnya banyak mengubah landskap WASG ke arah yang lebih dikenali dan lebih mesra rakyat marhaen. Keratan akhbar 10 Julai 2015 menceritakan sebahagian hasil usaha kami memartabatkan cat air di kalangan rakyat Malaysia amnya dan dunia seni khususnya dan memaparkan sebahagian lukisan yang sedang dipamerkan di Galeri Shah Alam. Pameran ini akan berakhir pada 15 Julai 2015 (masih ada peluang cuci mata >_<).