Posted on Leave a comment

Lukisan yang tak dapat dikesan selepas niat nak membantu…

2016813120722
Bantu saya untuk mengesan lukisan ini… (Saiz 31cm x 41cm berbingkai seperti di atas)

Bagi saya lukisan ini sangat bermakna dan sebenarnya telah dibooking oleh seorang kolektor. Janji untuk menghantar lukisan ini kepada kolektor terpaksa ditangguhkan kerana tidak dapat dikesan gara-gara orang tengah.

Lukisan ini saya pinjamkan kepada individu yang saya kenal untuk digunakan sebagai kulit buku pendidikan yang akan dihasilkan. Lukisan ini diambil dengan cara yang cukup sopan daripada pejabat saya, tetapi sayang tidak dipulangkan dengan baik sehingga hilang tanpa dikesan. Bila ditanya kepada individu tersebut, katanya lukisan telah dipulangkan kepada staf dipejabat saya. Apabila semakan dilakukan tiada langsung rekod pemulangan (termasuk rekod cctv).

Tiada yang nak bertanggungjawab, so saya perlu cari sendiri atau kita jumpa di Padang Mahsyar nanti.

Bila tak dibantu dikatakan sombong, bila dibantu ini yang saya dapat, maaf jika saya kedekut pinjamkan lukisan lepas ni…

Sesiapa yang ada maklumat tentang lukisan ni boleh hubungi saya, TERIMA KASIH

Leave a Reply