Pelukis watercolor memang tak lari dari aktiviti plein air. Selain dapat meningkatkan skill beraksi dilapangan, plein air juga dapat mengeratkan silaturrahim antara pelukis. Mereka dapat bertukar pendapat dan ilmu, kritikan terhadap lukisan juga dapat diberikan selepas aktiviti plein air dilakukan sedikit sebanyak membantu menambahbaik lagi skill dari semasa ke samasa.
Untuk persediaan plein air, saya seboleh-bolehnya akan bawa peralatan seminima mungkin. Mungkin faktor usia agaknya, tapi sebenarnya peralatan yang minima ini dapat mengurangkan beban lebih-lebih lagi kita perlu bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Peralatan yang minima ini juga membantu kita untuk persediaan pantas dan lebih mudah untuk dikemaskan selepas selesai plein air.
Peralatan yang saya bawa dimasukkan ke dalam satu beg khas yang dibeli di Bangkok pada tahun 2015 dulu. Beg ini jauh berkualiti berbanding beg yang pernah saya beli di sebuah Artshop di Lembah Klang. Beg ini dihasilkan dengan kombinasi kanvas dan kain jenis tahan lasak sangat ringan dengan back support yang cukup selesa, poket meletak peralatan yang optimum penggunaannya. Kalau ke Bangkok jangan lupa beli ya…
Peralatan seterusnya board lukisan. Jika dulu saya guna board yang digunakan oleh pelajar Lukisan Kejuruteraan, kini saya tukarkan kepada softboard yang lebih ringan dan nipis.
Seterusnya, easel yang saya gunakan juga lebih ringan dan tahan lasak dari jenama Jakar yang agak popular digunakan oleh pelukis watercolor. Yang paling penting dibeli dari supplier tempatan, Wan Bornanuddin. Easel ini sangat mudah dikendalikan dan sememangnya mesra watercolor kerana ia mudah dilaraskan sehingga posisi rata seperti meja.
Melukis tidak sah jika tiada palette beserta warna yang lengkap. Saya hanya gunakan 2 palette untuk lukisan studio atau plein air. Kata orang, jimat itu lebih baik bukan apa kerana sebelum ni saya pernah guna beberapa palette untuk melukis, last-last sampai berkulat warna dalam palette sebab sangat jarang digunakan, hehehe. Jadi adalah lebih baik menggunakan 2 palette sahaja, satu yang besar satu lagi yang poket punya (travel kit).
Tidak lupa berus perlu dibawa bersama. Set berus yang saya gunakan semasa plein air sama juga yang digunakan di dalam studio. Saya agak waras kerana hanya menggunakan berus yang benar2 optimum. Membeli berus bukan kerana kehendak, trend atau mengejar keluaran terbaharu yang agak terhad, tetapi saya akan membeli berus yang dirasakan perlu dan sesuai dengan lukisan yang akan dihasilkan. Semua ini berlaku berdasarkan pengalaman kerana saya pernah membeli 2 berus dengan harga yang agak mahal, tetapi langsung tidak digunakan. Daripada membeli berus yang tidak digunakan lebih baik allocate part yang lebih penting, tambahkan lagi stok kertas lukisan ke, tambah tube warna ke…
Semua ni tak akan bermakna tanpa kertas lukisan, untuk plein air yang hanya bawa maksimum 2 keping kertas lukisan saiz A2 (satu sebagai back up).
Selain itu beberapa peralatan tambahan yang dibawa bersama iaitu spray, bekas air dan masking tape. Semoga info ini berguna sebagai panduan untuk meminimakan peralatan ketika plein air.