Posted on

Penyerahan Koleksi Lukisan untuk Perpustakaan UKM

Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak Perpustakaan UKM kerana telah selesai penyerahan koleksi lukisan-lukisan saya, sewaktu Majlis Perasmian Pembudayaan Ilmu Perpustakaan UKM pada hari ini, tanggal 8 November 2023, bertempat di Perpustakaan Tun Seri Lanang. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Tuan Syahredzan Johan, Ahli Parlimen Bangi dan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti. Beberapa lukisan saya telah diserahkan kepada pihak Perpustakaan UKM untuk dimasukkan ke dalam koleksi mereka; yang sebahagiannya termasuk dalam koleksi buku Lakar Lukis 5 Dasawarsa UKM.

YB Tuan Syahredzan Johan menyampaikan ucapan, selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat.
Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak menyampaikan ucapan perasmian, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti.
Cik Rohaya Umar, selaku Ketuan Pustakawan Universiti Kebangsaan Malaysia, menyampaikan ucapan alu-aluan.