Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak Perpustakaan UKM kerana telah selesai penyerahan koleksi lukisan-lukisan saya, sewaktu Majlis Perasmian Pembudayaan Ilmu Perpustakaan UKM pada hari ini, tanggal 8 November 2023, bertempat di Perpustakaan Tun Seri Lanang. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Tuan Syahredzan Johan, Ahli Parlimen Bangi dan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti. Beberapa lukisan saya telah diserahkan kepada pihak Perpustakaan UKM untuk dimasukkan ke dalam koleksi mereka; yang sebahagiannya termasuk dalam koleksi buku Lakar Lukis 5 Dasawarsa UKM.
Alhamdulillah selesai sudah Bengkel Cat Air ke-2 saya di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Bengkel kali ini dikendalikan oleh saya dan Hisham Salmin memfokuskan latihan intensif kepada peserta untuk lebih explore kemahiran dan stail masing2 tanpa terlalu bergantung kepada stail pelukis ternama yang lain. Kami bermula dengan pengenalan tentang cat air, sebelum membawa peserta menyelami dunia cat air secara lebih mendalam. Peserta dikehendaki menyiapkan satu lukisan yang dicadangkan oleh Hisham Salmin sebelum diteruskan dengan demo cat air oleh saya sendiri di sesi terakhir.
Kehadiran peserta adalah sangat menggalakkan. Pada mulanya kami cuba hadkan peserta kepada max 10 orang sahaja, tak sangka ada lebih permintaan dan kami memutuskan untuk serapkan juga 5 peserta ini. Antara peserta yang menyertai bengkel ini ialah Cikgu Noraliza Mohamad (Melaka), Cikgu Kuntom Salleh (Melaka), Rasidi Abdul Rahman (Pahang), Eme Arizal Mahidin (Shah Alam), Elisya Munirah (Shah Alam), Ahmad Tajuddin Abdullah (UKM), Razlan Mat (Sg. Buloh), Ahmad Farid Mustaffa (Bukit Mahkota), Engku Iskandar (Kajang), Yen Peng Sim (Puchong), Crystal Lee (Sarawak), Ahmad Affzan Abdullah (Kajang), Wan Borhanuddin (KL), Ridzuan Nuruddin (Subang) dan Mohd Azwan (Kajang), Amin Daud (Bandar Baru Bangi).
Inshaa Allah dalam masa terdekat saya akan membuat demo cat air di beberapa tempat, terima kasih in advance kepada yang menjemput 🙂
Peserta bergambar bersama Abang Zul dari Pusat Kebudayaan UKM yang banyak membantu memudahkan urusan dan menguruskan logistik kami. Terima kasih Abg Zul
Hasil demo cat air selama satu jam setengah:
Tajuk: Kundasang Saiz: 28 cm x 38 cm
Tajuddin ceria bersama Abg Wan Borhanuddin (tokey WanB Art Supply)
Hikmat tangan kiri Razlan…
Berkongsi sesuatu…
Peserta paling muda…
Tekun beraksi…
Sharing is caring
Orang hebat animation ni, Amin Daud…
Demo
Kusyuk
Photographer yang ingin mencuba sesuatu yang baru, katanya…
Rambut stail tentera ni nampak garang sikit la, nak tegur pun takut…
Terima kasih Encik Zaidi yang buat tempahan ni, katanya akan dicopy kepada beberapa salinan untuk dijadikan cenderamata kepada mantan dan warga FKAB yang terpilih.
Lukisan kali ni dihasilkan lebih detail atas permintaan Encik Zaidi sendiri, walaupun kecik tetapi mengambil masa yang agak lama dan memerlukan ketekunan yang tinggi.
Menggunakan Schminke watercolor di atas Bockingford watercolor paper, hasilnya memang seperti yang dijangka kerana kertas ni memang sesuai dengan semua teknik dan kawalan berus.
Atas permintaan untuk nampakkan suasana senja dan katanya akan diframekan menggunakan frame IKEA ni, hmm menarik…
Terima kasih Prof. Dr. Che Husna Azhari dari Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina UKM yang sudi menempah lukisan yang tak seberapa ni. Baru tahu yang Prof. peminat tegar watercolor, dan beberapa karya nama besar pelukis Kelantan dalam koleksi antaranya karya Maestro Mokhtar Ishak, Mazuki Mohamad dan ramai lagi. Semoga karya saya ini menyuntik lagi semangat Prof untuk konsisten sebagai private collector yang hebat. Lepas ni boleh join pameran koleksi daripada collector tanah air.
Terima kasih Prof. Dr. Che Husna dari Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina UKM yang sudi menempah lukisan yang tak seberapa ni. Baru tahu yang Prof. peminat tegar watercolor, dan beberapa karya nama besar pelukis Kelantan dalam koleksi antaranya karya Maestro Mokhtar Ishak, Mazuki Mohamad dan ramai lagi. Semoga karya saya ini menyuntik lagi semangat Prof untuk konsisten sebagai private collector yang hebat. Lepas ni boleh join pameran koleksi daripada collector tanah air,hehehe
Walaupun kecil peranan dan sumbangannya, tapi tetap dihargai mereka yang faham erti seni… Terima kasih Prof. Dato’ Ir. Dr. Wan Ramli yang menerima cadangan dan memberi peluang untuk saya hasilkan potret Tun. Dr. Mahathir bin Mohamad. Terima kasih juga kepada SELFUEL khususnya Prof. Dr. Abu Bakar, bos yang sangat memahami…
Tun cakap, “Saya suka, terima kasih.”
Mereka yang faham akan cuba memberi penerangan tentang seni dan latar pelakang saya, itu membuatkan saya sangat tersentuh, terima kasih!