Akhirnya setelah sekian lama tidak dapat plein air kerana kekangan masa, dapat juga meluangkan masa bersama-sama sahabat pelukis terdekat antaranya Hisham Salmin, Maroz Khuzaini dan Kartunis Buloh Qasap melakukan aktiviti plain air di Pekan Bangi Lama. Perancangan asal untuk berplein air di Rinching kerana di situ terdapat rumah-rumah kampung yang mempunyai senibina yang masih dipelihara serta mempunyai keunikan tersendiri. Perancangan asal terbantut kerana pada ketika kami melewati Pekan Bangi Lama, keindahan struktur bangunan di situ menarik perhatian kami.
Rimba Klasik hasil cetusan idea Maroz Khuzaini yang merasai kesusahan ahli Gangsta Watakala (GW) Lembah Klang yang berada di sebelah selatan yang tidak mampu ke KL atas faktor jarak dan kekangan masa. Alhamdulillah sudah Rimba Klasik #02 pada 10 September 2015 dan turut disertai ahli GW dari KL iaitu Abey Zoul dan WanB.
Siap2kan sketch kat umah, kat RK masuk color je…
Antara peralatan dan berus yang dijual Abang WanB, kualiti terbaik jarang dijual di Artshop di Malaysia, harga berpatutan
Terima kasih rakan2 yang sudi datang ke Bangi untuk sesi makan durian yang disponsor oleh Aziezan Ahmad dan saya sendiri di gerai durian berdekatan dengan Kg. Sungai Buah. Thanks jugak sebab korang sudi datang ke rumah A.K.A studio mini saya di Seksyen 1, B.B.Bangi…
Selepas sesi men’durian’, kami berpindah ke Restoran Tasik Idaman untuk sesi belajar potret dari Aziezan Ahmad…
Terima kasih Abey Zoul, Hisham Salmin, Maroz Khuzaini, Zaid Jaapar, Wan Borhanuddin, Aziezan Ahmad, Ridzuan Nuruddin, King Marul, Amin Daud dan Syahman yang sudi hadir….
Yang lain next time kata Maroz >_<…
Lukisan2 saya dari tahun 2012
Untuk dikenali dan menjadi pilihan kolektor bukannya mudah… buat seribu lukisan, sebab dalam seribu lukisan tu akan ada satu atau dua yang mampu mengubah hidup kita, Jangan berputus asa, percaya pada takdir, doa dan harapan…
Masing2 membelek apa yang patut…
Sesi men’durian’…
Sangkut jugak satu berus Dan, menjadi permainan WanB, hehehe
Da Vinci 5 (Serie 418)
‘Alat solek WanB’
Aziezan mendedahkan rahsia kejayaannya
Masing2 teruja melihat hasil potret Aziezan yang jelas tersangat awesome…
Sambil layan WanD karok dengan suara jantannya, hebat beliau ni…
Cerita lama rasanya boleh lagi share dengan kawan2… nak karang panjang2 memang tak sempat…
Tajuk: Saya anak Felda Medium: Cat air (watercolor) Saiz: 56 cm x 76 cm
85% WIP
Hujung minggu yang agak lapang, bosan nak siapkan di studio packing barang terus ke Taman Tasik Cempaka (10minit je pun dari rumah), lagi pun bulan puasa sini agak sunyi la…
Sebenarnya melukis ni takde istilah bosan bagi saya. Sebelum ni saya dah cuba banyak perkara untuk mengisi masa lapang tapi hampir semuanya tak menjadi, daripada berpuluh cubaan tu melukis cat air sahaja melekat, hehehe…mmm mungkin sebab dapat pulangan yang memberangsangkan kot…
Selamat berpuasa kepada semua… pagi ni ada sikit masa nak buat plein air dekat2 rumah je… so tempat yang paling ok ialah Taman Tasik Cempaka. Hari Sabtu memang takde orang sangat tambah lagi bulan puasa nih…
Biasa Sabtu dan Ahad kat sini agak meriah dengan kehadiran keluarga yang bersantai hujung minggu ditambahkan lagi dengan Car Boot Sale di tapak parkir Taman Tasik Cempaka ni.
Solo plein air, so muka pun xbleh belah la
Ghost layer yang mempunyai 3 lapisan utama iaitu lapisan atas adalah campuran Ultramarine Blue + Burn Sienna + Yellow Ocre mengikut nisbah yang diperlukan. Lapisan tengah memadai dengan lapisan nipis yellow ocre dan lapisan bawah adalah campuran Ultramarine Blue + Burn Sienna mengikut nisbah yang sesuai… biarkan ianya kering sedikit sebelum sapukan satu lapisan sap green atau campuran sap green + yellow, biarkan ia kering sepenuhnya…
Selepas kering sepenuhnya baru la dimasukkan warna yang lebih gelap/pekat. Ringkas hanya ambil masa kurang 45 minit…
Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi Medium: Cat air (watercolor) Saiz: 14cm x 38cm (handmade sketchbook) 300gsm Saunders Waterford