
Azmannor menerima Anugerah Khas PERTADI untuk Bakat Cemerlang sempena Malam Gala Universiti Kebangsaan Malaysia. Anugerah ini disampaikan bagi menghargai bakat dan kreativiti terutama sumbangan artis sebagai pelukis cat air kepada UKM.
Azmannor menerima Anugerah Khas PERTADI untuk Bakat Cemerlang sempena Malam Gala Universiti Kebangsaan Malaysia. Anugerah ini disampaikan bagi menghargai bakat dan kreativiti terutama sumbangan artis sebagai pelukis cat air kepada UKM.
Nama Taib Aur sudah tidak asing lagi dikalangan pelukis tanah air. Antara pelukis yang mempunyai bakat semula jadi dalam pelbagai genre. Memanfaatkan rangkaian yang ada, Taib Aur telah merealisasikan impiannya untuk mengadakan pameran solo yang mengenengahkan subjek berkaitan Negeri Terengganu. Saya mendapat kesempatan untuk berkunjung ke Duyong Marina untuk melihat dengan lebih dekat pameran yang sedang berlangsung. Bertepatan dengan tema, rata-rata karya yang dihasilkan memberi mood yang segar kepada pengunjung dan peminat seni lukis. Taib Aur berjaya membuktikan usaha kerasnya selamat ini membuahkan hasil apabila lebih 50% lukisan yang dipamerkan terjual.
Syabas dan tahniah!!!
Saya dijemput oleh Kartunis Buloh ke studionya yang terletak di Bandar Baru Bangi. Pertama kali dipelawa memang agak teruja, dan yang paling mengujakan apabila Abang Buloh mempelawa saya untuk bertukar karya dengan karya terbaharunya yang baru sahaja diterbitkan bersama majalah Ujang.
Foto ini diambil ketika saya menemani isteri ke pasar ikan yang terletak di Kg.Lampu, Kuala Besut. Diambil spontan ketika saya dan anak kedua berada dalam kereta menunggu isteri membeli ikan. Saya seorang yang agak janggal apabila melibatkan kerja-kerja mengambil foto—lebih-lebih lagi jika berada ditengah-tengah kelompok manusia. Bukan apa, takut ditegur tidak minta kebenaran. Jadi apa yang saya buat, saya akan berlakon swafoto dengan anak saya padahal kamera tidak ditukarkan ke mod swafoto. Foto yang diambil juga ala kadar kerana saya bukan jurufoto yang terbaik, ini diakui oleh rakan-rakan saya. Seringkali foto yang diambil oleh saya akan ditegur rakan-rakan. Ada yang menuduh saya mengambil foto sambil lewa dan banyak merosakkan foto mereka sedangkan apabila mereka mengambil foto saya pasti menarik. Saya akui saya tidak pandai mengambil foto dan kenapa komposisi lukisan
saya lebih baik daripada komposisi gambar yang diambil, jawapannya adalah satu lukisan saya adalah gabungan beberapa foto yang diambil berulang kali atau digabungkan dengan foto dari sumber berlainan. Saya bukan jenis yang fokus satu foto untuk satu lukisan. Kesimpulannya, jangan merendahkan sesama sendiri jika kita juga mempunyai kekurangan yang rakan kita cuba sembunyikan sebaik mungkin. Kekurangan itu sebenarnya mungkin titik perubahan kita dalam mengecapi kejayaan dimasa akan datang.