Selamat berpuasa kepada semua… pagi ni ada sikit masa nak buat plein air dekat2 rumah je… so tempat yang paling ok ialah Taman Tasik Cempaka. Hari Sabtu memang takde orang sangat tambah lagi bulan puasa nih…
Biasa Sabtu dan Ahad kat sini agak meriah dengan kehadiran keluarga yang bersantai hujung minggu ditambahkan lagi dengan Car Boot Sale di tapak parkir Taman Tasik Cempaka ni.
Ghost layer yang mempunyai 3 lapisan utama iaitu lapisan atas adalah campuran Ultramarine Blue + Burn Sienna + Yellow Ocre mengikut nisbah yang diperlukan. Lapisan tengah memadai dengan lapisan nipis yellow ocre dan lapisan bawah adalah campuran Ultramarine Blue + Burn Sienna mengikut nisbah yang sesuai… biarkan ianya kering sedikit sebelum sapukan satu lapisan sap green atau campuran sap green + yellow, biarkan ia kering sepenuhnya…
Selepas kering sepenuhnya baru la dimasukkan warna yang lebih gelap/pekat. Ringkas hanya ambil masa kurang 45 minit…
Bismillah…
kami sekeluarga pun ke TTC pagi Sabtu…suasana sengguh meriah dan tenang.
Kalau round betul2 TTS mesti jumpa En. Azmannor…:)