Posted on

Bengkel Cat Air Azmannor, Saujana Impian

Ahad lepas sempat juga berkongsi ilmu di bengkel cat air yang dianjurkan oleh Alumni Kolej Tunku Kursiah. Sebahagian besar peserta tidak mempunyai asas dalam lukisan cat air, tetapi menariknya hasil lukisan mereka agak baik dan mudah faham apa yang dimaksudkan. Cuma pengendalian berus dan kadar calitan warna perlu diberi tumpuan, maklumlah hampir semua peserta teruja bila melihat warna.

DSC 0097

Sepanjang bengkel tiada rehat, sedar-sedar jam menunjukkan jam 2.30pm. Keterujaan dan sikap ingin belajar terserlah. Kumpulan workshop kendalian saya yang paling best.

DSC 0099

Tak sempat nak bertanya lebih kepada peserta cilik, tapi hasil lukisannya menarik selain mampu capture apa yang saya maksudkan dalam cat air, good luck Dik!

IMG 20171030 WA0000
Bersama organizer Dr. Norfizah Mohamed Ali
Posted on 1 Comment

Persediaan peserta untuk bengkel lukisan cat air (watercolor)

Sepanjang mengadakan aktiviti bengkel cat air (watercolor), saya berdepan dengan beberapa golongan antaranya yang mempunyai pengetahuan dan tiada pengetahuan terhadap penggunaan peralatan cat air, atau yang mempunyai pengetahuan tetapi agak kedekut untuk mengeluarkan belanja untuk membeli peralatan ini.

Sejujurnya, persediaan peralatan untuk cat air agak tinggi kosnya berbanding lukisan dari medium lain. Sesetengah medium lain, kos yang tinggi hanya pada peralatan atau warna tertentu sahaja, tetapi tidak kepada mereka yang serius untuk mendalami cat air, setiap peralatan yang digunakan memerlukan peruntukan yang agak tinggi berbanding harga lukisan yang agak rendah berbanding lukisan lain (bagi point siap2 supaya tak ada yang kecewa bila lukisan cat air susah nak jual >_< ).

Cat air juga memerlukan skill yang tinggi untuk bersaing dengan pelukis lain. Idea, permainan warna, gaya sapuan berus yang dilakukan serta teknik yang menarik merupakan point utama meletakkan sesuatu lukisan cat air itu dilandasan yang betul dan diterima.

DSC 1798

Ok berbalik kepada tajuk utama, saya nak highlightkan tajuk ni sebab sepanjang berbengkel, terlalu ramai peserta yang memandang remeh tentang persediaan awal terutamanya dari segi persediaan peralatan ini. Kesannya sangat besar, malah boleh menyebabkan peserta mudah kecewa dan tidak berminat lagi dengan cat air selepas apa yang mereka lakukan dalam bengkel tidak seperti hasil yang diinginkan. Sebenarnya sudah banyak kali saya pesan untuk persediaan awal tetapi masih ada yang ambil mudah tentang perkara ni. Sudahnya saya tetapkan, untuk peralatan saya akan sediakan tetapi memerlukan tambahan kos untuk membeli peralatan ini.

Antara peralatan terpenting untuk persediaan berbengkel adalah:

1. Warna

Saya syorkan menggunakan jenama cat air Alpha bagi yang pertama kali ingin mencuba cat air. Agak mudah didapati di kedai-kedai buku utama. Kualiti cat yang baik setanding jenama utama cat air seperti Holbein. Tapi kebiasaannya yang saya tengok warna yang dibawa semasa menghadiri bengkel adalah poster color jenama Buncho, ini bukan cat air!!!, janganlah gunakan Buncho jika datang ke bengkel saya. warna dari Buncho adalah legap (opaque) dan tidak sesuai dengan sifat cat air sebenar iaitu transparent.

Image result for alpha watercolor
Contoh kotak jenama Alpha

Jenama lain yang saya gunakan adalah Daniel Smith, Schmincke, Winsor Newton, dan Holbein. Setiap jenama mempunyai signature color yang berbeza dan sesuai digunakan pada keadaan tertentu.

2. Kertas

Kertas yang paling asas yang dicadangkan untuk digunakan sewaktu berbengkel adalah dari jenama Bockingford (300gsm). Tetapi ramai juga peserta yang hadir ke bengkel menggunakan kertas dari jenama Campap malah ada yang datang dengan Drawing Block (yang ni memang diharamkan) sahaja. Jenama Campap merupakan jenama paling asas kepada mereka yang berjinak-jinak dengan cat air. Saya jarang syorkan sebab ada yang mempertikaikan kenapa hasil lukisan tidak seperti yang saya tunjukkan, masalah juga kan?

Image result for watercolor paper
3 jenis tekstur kertas lukisan yang dikeluarkan pengilang

Jadi untuk tidak mengundang masalah kepada anda dan saya, eloklah gunakan kertas yang disyorkan. Terdapat 3 jenis tekstur kertas lukisan yang dikeluarkan oleh pengilang. Kebiasaannya untuk bengkel, kertas dari tekstur Cold Press sering digunakan kerana lebih sesuai sifat cat air.

3. Berus

Setiap kali bengkel, pemilihan berus yang salah juga menjadi mimpi ngeri tenaga pengajar. Berus yang tidak mesra cat air diharamkan sama sekali digunakan kerana selain menyusahkan, berus ini sebenarnya merosakkan terus aliran air yang spontan pada kertas. Sebagai persediaan awal boleh menggunakan berus dari jenama Syamal yang agak murah tetapi memang dikhaskan untuk kegunaan cat air. Harga boleh didapati dari RM7 – RM50 setiap batang. Berus ini dan jenama lain agak mudah didapati di Balai Seni Negara, Artfriend Garden, Artfriend The Curve, Artfriend Pavillion, The Premier Art Publika, Advanco Taman Melawati dan Weststar Taman Melawati.

4. Bekas bancuhan warna (watercolor palette)

Bekas bancuhan warna sangat penting kerana sesetengah bekas yang digunakan tidak mesra car air. Jadi pemilihan bekas ini juga perlu dirujuk kepada mereka yang lebih pakar.

5. Spray

Spray digunakan untuk mendapatkan kesan spontan pada lukisan. Sesetengah lukisan, spray digunakan untuk mendapatkan mood yang sesuai.

IMG 20170108 WA0019
Spray yang saya gunakan

6. Masking tape

Digunakan untuk melekatkan lukisan pada papan, lekatan ini amat penting bagi memastikan lukisan lebih kemas dan aliran air yang tidak terganggu semasa lukisan beransur kering.

7. Papan lukisan

Lukisan akan dilekatkan di atas papan ini bagi memastikan proses mewarna tidak terganggu selain menjaga teknik yang terhasil secara spontan.

8. Bekas air

Digunakan untuk membuat campuran warna, wash dan membersihkan berus.

Posted on

Sekitar Bengkel Cat Air Azmannor-Hisham Salmin

Alhamdulillah selesai sudah Bengkel Cat Air ke-2 saya di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Bengkel kali ini dikendalikan oleh saya dan Hisham Salmin memfokuskan latihan intensif kepada peserta untuk lebih explore kemahiran dan stail masing2 tanpa terlalu bergantung kepada stail pelukis ternama yang lain. Kami bermula dengan pengenalan tentang cat air, sebelum membawa peserta menyelami dunia cat air secara lebih mendalam. Peserta dikehendaki menyiapkan satu lukisan yang dicadangkan oleh Hisham Salmin sebelum diteruskan dengan demo cat air oleh saya sendiri di sesi terakhir.

Kehadiran peserta adalah sangat menggalakkan. Pada mulanya kami cuba hadkan peserta kepada max 10 orang sahaja, tak sangka ada lebih permintaan dan kami memutuskan untuk serapkan juga 5 peserta ini. Antara peserta yang menyertai bengkel ini ialah Cikgu Noraliza Mohamad (Melaka), Cikgu Kuntom Salleh (Melaka), Rasidi Abdul Rahman (Pahang), Eme Arizal Mahidin (Shah Alam), Elisya Munirah (Shah Alam), Ahmad Tajuddin Abdullah (UKM), Razlan Mat (Sg. Buloh), Ahmad Farid Mustaffa (Bukit Mahkota), Engku Iskandar (Kajang), Yen Peng Sim (Puchong), Crystal Lee (Sarawak), Ahmad Affzan Abdullah (Kajang), Wan Borhanuddin (KL), Ridzuan Nuruddin (Subang) dan Mohd Azwan (Kajang), Amin Daud (Bandar Baru Bangi).

Inshaa Allah dalam masa terdekat saya akan membuat demo cat air di beberapa tempat, terima kasih in advance kepada yang menjemput 🙂

12183855 10205354693054880 6284710992518843357 o
Peserta bergambar bersama Abang Zul dari Pusat Kebudayaan UKM yang banyak membantu memudahkan urusan dan menguruskan logistik kami. Terima kasih Abg Zul

Hasil demo cat air selama satu jam setengah:

20151107200635
Tajuk: Kundasang
Saiz: 28 cm x 38 cm
887561 10205354703895151 2203044740676649070 o
Tajuddin ceria bersama Abg Wan Borhanuddin (tokey WanB Art Supply)
10472837 10205354698215009 3151071721042635002 o
Hikmat tangan kiri Razlan…
11057272 10205354701495091 4907112237129127703 o
Berkongsi sesuatu…
11223706 10205354703495141 8039947539928716521 o
Peserta paling muda…
11236468 10205354702535117 1958895304933425716 o
Tekun beraksi…
12182487 10205354704575168 7584036040761611273 o
Sharing is caring
12182526 10205354706815224 5356126522340756727 o
Orang hebat animation ni, Amin Daud…
12182657 10205354698975028 5689410684189411792 o
Demo
12182722 10205354706695221 8874690806066253057 o
Kusyuk
12185304 10205354706135207 9091426905660975435 o
Photographer yang ingin mencuba sesuatu yang baru, katanya…
12185351 10205354705815199 2792899413605252204 o
Rambut stail tentera ni nampak garang sikit la, nak tegur pun takut…
12186377 10205354700775073 6201443262692808514 o
Demo cara mudah kepada peserta…
12186418 10205354705775198 3187680258794497327 o
Crystal Lee beraksi…
12188157 10205354705495191 8206337797755968357 o
Mr. Yen yang sporting
12188240 10205354702375113 8527311745038863918 o
Abg Sidi punya hasil tangan memang menarik…
12191346 10205354706775223 1045689884800824118 o
12191372 10205354703855150 5209415488865109005 o
Encik Eme ralit beraksi…
12194520 10205354699375038 464281019448365566 o
12194581 10205354700535067 6777251499525479724 o
12194898 10205354700735072 2919058274927161594 o
10482313 10205354696694971 4895712985265393546 o
Terima kasih Cikgu Noraliza & Cikgu Kuntom
12185062 10205354693134882 7006929396261844422 o
Terima kasih Encik Eme dan anak, Elisya Munirah
20151107140850
Terima kasih Engku Iskandar
12186696 10205354696734972 9138172132279466290 o
Terima kasih Mr. Yen
12188023 10205354695134932 5460842591655158773 o
Terima kasih Abg Sidi
12189221 10205354696294961 2787811251661258634 o
Terima kasih Tajuddin
12194561 10205354697975003 4930144647358782504 o
Terima kasih Affzan
12194613 10205354693014879 657191119842628155 o
Terima kasih Amin
12194924 10205354695014929 7417780462429450457 o
Terima kasih WanD
12186597 10205354693094881 7849164281121185067 o
Terima kasih Cikgu Azwan
12186515 10205354694934927 5834144470553494586 o
Terima kasih Abg WanB
12186438 10205354696774973 8762109647355394761 o
Terima kasih Lan
12194642 10205354695054930 6434459724357473271 o
Terima kasih Farid