Galeri Studio Warna & Air dan gugusannya bakal membuat penampilan umum pertama di Galeri Seni UKM. Lukisan yang akan dipamerkan adalah 100% cat air yang dihasilkan oleh beberapa pelukis WASG dan juga pelukis bersekutu… Pameran akan berlangsung pada 16 November – 15 Disember 2014. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!
Category: News
Sebuah karya saya mungkin di Pameran Buat Mu Duhai Tanah Air
Kawan-kawan terdekat yang ada kesempatan bolehlah lapangkan masa untuk datang ke Pameran Buat Mu Duhai Tanah Air bertempat di Muzium Negeri Terengganu, pada 12 Ogos – 12 September 2014. Berdasarkan maklumat daripada Encik Mohd Saberi Muda, lukisan saya pada tahun 2013 bertajuk keropok lekor juga berkemungkinan akan dipamerkan di sana… In Shaa Allah ada kelapangan nanti saya akan join…
Selected Watercolor Paintings 2012-2014
Borang Keahlian PERUPA
Post untuk rakan-rakan yang masih belum menjadi ahli PERUPA. Yuran pendaftaran sangat berpatutan iaitu RM150 bagi keahlian seumuar hidup dan RM30 bagi keahlian tahunan. Banyak yang boleh dimanfaatkan melalui persatuan ni contohnya dapat menyertai diskusi, pameran, bengkel dan sebagainya*.
Untuk maklumat lanjut boleh terus ke blog PERUPA.
A.B. Hubback, An Architectural Celebration in Malaya
Surat Jemputan dah dapat
Alhamdulillah terima kasih bebanyak Puan Zaiton yang mewakili Pusat Kebudayaan UKM telah membantu dan memberi sokongan dalam menjayakan pameran solo ini. Walaupun berdasarkan tarikh yang diberikan masih banyak masa boleh digunakan untuk menguruskan event terbesar dalam hidup ini, tapi perlu perancangan yang baik supaya yang hadir tidak merasa kecewa.
Pameran Terbuka 2014, Balai Seni Visual Negara
Pameran Terbuka buat pertama kalinya diperkenalkan oleh Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1971. Kali terakhir pameran ini diadakan adalah pada tahun 2005. Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Program MCAT, LPSVN merasakan ini adalah masa yang tepat untuk mengadakan pameran Terbuka atau Open Show. Kini, Balai Seni Visual Negara sekali lagi mempersembahkan Pameran Terbuka 2014 (OpenShow 2014) kepada penggiat seni visual di Malaysia.
Pameran Terbuka ini diadakan bagi memberi ruang dan peluang kepada pelukis-pelukis dari seluruh Malaysia untuk berkumpul, mempamer dan mengkaji karya-karya mereka dalam penglibatan kegiatan-kegiatan kesenian yang akan datang. Pameran ini juga bertujuan untuk melihat perkembangan seni visual yang berlaku dalam negara.
Justeru itu, Balai Seni Visual Negara (BSVN) menjemput anda untuk menyertai Pameran Terbuka 2014 (open Show 2014) bermula 10/3/2014 sehingga 25/4/2014. Sebarang pertanyaan sila hubungi Urusetia Open Show 2014 di talian 603 40267000, ext 186 / 135, Fax : 603 40254987 atau layari www.artgallery.gov.my untuk maklumat lanjut.






