Azmannor: Lakaran Sepeda Motor

RM29.00

Authored and illustrated by AZMANNOR, IZZ ZAHEEN RIZQI, ROSMAWATI ISMAIL

Self-published (First edition, 2020)
56 pages, including cover

Available

SKU: 9789671678923 Category: Tags: , ,

About the Creation

Azmannor: Lakaran Sepeda Motor adalah buku ketiga oleh Azman Nor, yang berfokus kepada perkongsian sisi pengalaman beliau, tips serta kaedah seni cat air. Menerusi buku ini, pelukis memfokuskan kepada lakaran motosikal dan basikal. Mengapa motosikal dan basikal? Jawapannya mudah, pelukis tidak arif tentang subjek berkaitan anatomi, potret dan rupa berkait dengan manusia, jadi digantikannya dengan subjek motosikal. Ia adalah “potret” pelukis dalam berkarya.

Antara faktor pelukis memilih subjek motosikal terutamanya Honda C70 kerana mempunyai nilai sentimental kepada beliau dan keluarga. Motosikal ini adalah barisan hadapan (frontliner) beliau sekeluarga dalam membantu memudahkan urusan seharian. Motosikal ini diberikan oleh bapa saudara kepada Ayah pelukis kerana pada waktu itu Ayah beliau tidak mempunyai kemampuan untuk membeli motosikal untuk kegunaan harian sekeluarga.

Kisah suka duka pelukis sekeluarga dalam menempuh cabaran dalam kehidupan mencapai kemuncak ketika Ayah membuat keputusan untuk berpindah dan tinggal di kawasan penerokaan baharu oleh FELDA terletak di Daerah Hulu Terengganu. Berada di kawasan pedalaman dengan kehidupan yang serba kekurangan tidak mematahkan semangat mereka sekeluarga. Hari demi hari ditempuhi dengan penuh kesabaran, perubahan demi perubahan dilakukan sehinggalah kehidupan beliau sekeluarga menjadi lebih baik. Usia pelukis juga semakin meningkat remaja seiringan. Kesukaran yang dahulunya sedikit sebanyak mengajar beliau dan adik beradiknya untuk berdikari dan redha dengan ketentuan dari-Nya.

Azmannor

Azmannor lahir di Ajil, Hulu Terengganu. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Teknik Terengganu. Menyambung pendidikan di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam dalam bidang Kimia Gunaan. Berkhidmat di Institut Sel Fuel, Universiti Kebangsaan Malaysia, selain merupakan tenaga pengajar Citra bagi Kursus Cat Air. Merupakan ahli Balai Seni Negara, Malaysian Watercolour Society (MWS), Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer) dan Persatuan Seni Rupa Malaysia (PeRUPA). Pernah menyertai Masterclass Watercolor yang dikendalikan oleh pelukis cat air antarabangsa, Prafull Sawant (India) & Direk Kingnok (Thailand)

Specification Details

Weight 0.3 kg
Dimensions 19.5 × 26.5 × 0.7 cm
Language

Malay

ISBN

9789671678923

Publisher

Azmannor

Technique

Watercolor

Payment

On our website, you can pay securely by credit card or bank transfer.

Please notify us for any transactions that exceed your credit limit. As part of the battle against fraud and money laundering, we are required to authenticate every transfer.