Bila balik kampung, tentunya akan ada masa diluangkan bersama2 pelukis di sana terutamanya dari Kelantan. Pada mulanya ingatkan Tho Man nak buat solo plein air, rupanya ada Mazuki Mohammad, Cikgu Haji Mokhtar Ishak dan Sham Cni jugak… Memang rezeki sayalah nak plein air dengan otai berbisa nih…
Pilihan tempat plein air kali ni hanya 10 minit dari rumah Mak Mertua saya di Kuala Besut, cantik sangat la tu, hehehe. Disebabkan saya berada di Kuala Berang menjaga ibu yang dimasukkan ke wad kerana jangkitan kuman pada hari Jumaat, so awal pagi sabtu saya dan keluarga bertolak ke Kuala Besut dan team plein air berjumpa di Kg. Nail… selebihnya tengok gambar di bawah, huh malas nak cerita….
Sebelum pulang, sempat juga la ajak mereka makan tengahari di rumah Mak Mertua saya di Kg. Baharu, terima kasih kerana sudi singgah…
Bila berada disebelah Cikgu Ta, dia tak pernah lokek ilmu dan pengalaman…Sebenarnya banyak kisah suka duka Cikgu Ta sedikit sebanyak membuatkan saya kuat dan tak mudah putus asa dalam perjuangan sebagai seorang pelukis…