Posted on 1 Comment

Tempahan Handmade Sketchbook

Ini adalah kumpulan yang ketiga membuat tempahan handmade sketchbook ni…untuk info handmade sketchbook ni saya akan siapkan sekiranya tempahan melebihi 5 orang satu2 masa, senang nak run the process. So kali ni 12 orang telah menempah sketchbook ni, alhamdulillah rezeki…

Ok ramai yang nak tahu harga dan jenis kertas yang digunakan. Kebanyakan kertas yang digunakan adalah kertas watercolor, tetapi bergantung juga pada permintaan pelanggan dan stok kertas yang ada. 

So untuk watercolor, kertas yang digunakan adalah jenis Saunders Waterford 300gsm (32 muka surat) + hardcover = RM45 termasuk penghantaran, Bockingford 300gsm (32 muka surat) + hardcover = RM45, Syamal 300gsm (32 muka surat) + hardcover = RM35, Campap 300gsm (32 muka surat) + hardcover = RM30.

Untuk kemasan pula selain Saunders Waterford, bahagian tepi akan dipotong kemas sekemas rambut Wak Doyok, hehehe… manakala bagi Saunders Waterford saya hanya membiarkan potongan kasar untuk menampakkan rupa asal kertas yang dikeluarkan pengilang St. Cuthberts Mill, rupa memang nice…     

Sketchbook ni 100% buatan tangan dan dijahit oleh saya sendiri tanpa bantuan orang lain…

2015329051945
Sebelah kiri rupa sketchbook Saunders Waterford dan belah kanan rupa Bockingford, Syamal, Campap dan sebagainya. Ada nampak beza tak?
2015331064011
Terima kasih yang sudi beli buku ni…
Posted on

Watercolor: Sketchbook

Bila masa terhad untuk berkarya, sketchbook banyak membantu meringkaskan lagi kerja selain tetap ada masa untuk melukis. Itu penting kerana kekerapan melukis yang tinggi mampu memperbaiki skill yang ada.

Ada juga rakan2 pelukis yang cakap saya boleh lah selalu melukis sebab tak busy, maklumlah kerja badan berkanun, ewah2 agaknya dorang pantau ikut satelit kot kerja gomen je tak busy, duduk dalam ofis je tak buat kerja, tak masuk akal ke tak berakal ni?

Alasan untuk tidak melukis sebab busy memang langsung tak boleh pakai sebenarnya kerana ada juga rakan2 dan sifu saya yang busy bekerja tetap luangkan masa untuk beriadah dan melukis, boleh saja tapi hendak seribu daya tak hendak seribu dalih… ni bukan nak kondem tapi nak bagi nasihat sikit, tapi cara kasar, hahaha…

Ok berbalik pada lukisan, kali ni saje nak completekan sketchbook yang ada, baru perasan rupanya dah ada 14 bijik sketchbook, 6 completed, alhamdulillah ada rezeki mungkin boleh buat solo show tentang sketchbook pulak, hehehe

Kat bawah ni hasil yang terbaharu.

2015326174643
Kampung nelayan
2015326224837
Taman Wetland
2015327062228
2015 Putrajaya Hot Air Balloon
2015327062250
Tali air
2015327062351
Pemandangan dari Genting Cable Car
2015327062502
16 sheets handmade sketchbook, 300gsm Saunders Waterford wc paper
Posted on 1 Comment

Sketchbook

Sketchbook sangat penting dalam kehidupan saya, saya sangat kurang bermain dengan handphone atau berwassap bagai tapi saya sangat obses dengan sketching. 

Bermula dengan teruja bila tengok koleksi sketchbook Taib Aur semasa hantar karya untuk Art Sale di BSVN. Yang bestnya, Taib Aur bagitau sketchbook dia memang buat sendiri, lagi jimat dan kita akan lebih hargai… emmm ada kebenarannya…

Bermula dengan idea Taib Aur ni lah saya start google cara pembuatan sketchbook ni. Alhamdulillah percubaan pertama berjaya. Dari situ la saya terus serius dengan sketching ni sampai sekarang…

2015208161321 1
11 sketchbooks dalam masa setahun, 4 dah complete
2015208162021
Handmade sketchbook
Posted on

Buat sendiri sketchbook baru

Bila dah habis semua sketchbook baru perasan dah takde stok lagi, nak buat malas tapi nasib baik ada cuti Thaipusam dapat jugak siapkan sketchbook ni. 

Untuk sketchbook kali ni ada inovasi sikit memandangkan masih ada brosur pameran solo yang lepas boleh digunakan sebagai cover buku. Nak tau caranya??

Boleh tengok step dibawah.

2015203110008
Saya masih setia dengan kertas Bockingford 190gsm (lebih sesuai berbanding 300gsm sebab sketchbook bukannya besar sangat). Kertas ni boleh dibeli di cawangan2 Advanco di Lembah Klang, re-packing by Advanco.
2015203110018
Gunakan brosur pameran solo yang lepas sebagai cover
2015203110151
Bahagian dalam sebagai cover belakang
2015203110014
Kadbod yang digunakan hasil recycle dari backcover Aches wc block yang sangat keras dan tahan air.
2015203121350

Contoh cara jahitan boleh tengok di bawah:

2015204073013
Dah siap, 2 sekaligus, cara murah nak elakkan cover cepat rosak, gunakan transparent tape bersaiz lebar untuk balut cover depan dan belakang…
2015204072949
Siap sketch dah!