Posted on 2 Comments

Watercolor Palette Baharu

Dalam melukis kalau boleh saya nak se’simple mungkin dari hasil lukisan hinggalah ke peralatan yang digunakan untuk melukis. Watercolor palette yang digunakan sebelum ni bukan lah tak best, tapi setiap satu tu pasti ada sikit kekurangan. Saya kurang selesa gunakan palette yang mempunyai pan mudah alih atau tempat isi color yang terlalu dalam (sebab color terlalu banyak diletakkan). Palette ni kadang2 boleh merosakkan hujung berus bila nak calit color tu…

Satu hari bila dah belek2 website ebay, terjumpa satu palette yang memang dicari sebelum ni. Harga murah tapi kos penghantaran agak mahal, nak tak nak memang kena beli sebab dah lama mengidam >_<

Kos Penghantaran agak mahal pun sangat puas hati sebab penghantaran dari Kanada mengambil masa kurang seminggu, memang terbaik!

2015930061033
2015930061348
2015930061356
Posted on 1 Comment

Berkongsi apa yang berguna… simple watercolor step

Sejujurnya ramai yang bertanya saya adakan kelas cat air atau x, saya bagitau kalau sekadar berkongsi datang je boleh datang ke Bandar Baru Bangi atau set tempat disekitar Lembah Klang saya akan datang. Tapi dialog ni dah berpuluh kali berlaku, xde yang sudi datang walaupun saya tak amik bayaran untuk beberapa sesi ni… Saya tak amik bayaran sebab niat saya just berkongsi idea saya bukan untuk kelas formal yang perlu ajar asas dan teori, lagi satu saya xcukup pengalaman pun untuk adakan kelas… 

Kalau nak tau di negara luar terutama di Europe, mereka adakan kelas bukan saja untuk belajar teori tetapi tenaga pengajar mereka willing to show the way they paint… tak kedekut sangat la… steps yang ditunjukkan itu sebenarnya yang akan memberi inspirasi kepada anak murid mereka untuk berkarya suatu hari nanti… 

So kalau dah susah sangat saya just share simple steps kat sini la, jangan pulak cakap sikitnya gambar tak nampak step betul2 pun, haha… 

KLCC pandangan dari Kg. Baru (simple watercolor step)

2015910182630
2015910185528

Seperti biasa saya suka gunakan Saunders Waterford 300gsm watercolor paper, senang nak control air, tapi kelemahan kertas anda sedikit sukar untuk remain warna yang anda perlukan (serap warna). Tapi tak pe yang nak nampak lebih natural lukisannya gunalah kertas ni. Ok untuk 1st layer (gambar 1) saya gunakan 4 warna utama iaitu Ultramarine Blue, Burn Sienna, Yellow Ochre dan Alizarine Crimson. Sebelum masukkan warna basahkan kertas keseluruhannya (jangan basah lencun plak >_<), tujuan basahkan sepenuhnya ni sebab nak dapatkan kesan cantuman warna yang lembut (takde hard edge la kata omputih). Then identify warna putih untuk ditinggalkan macam kat bawah belah kanan gambar 1 tu.

Selepas biarkan ianya kering sepenuhnya (10 minit), masukkan 2nd layer. Untuk membezakan depth pada pandangan kita, saya masukkan warna lembut putuk pandangan jauh (dalam gambar ni KLCC la paling jauh), gunakan ultramarine blue dan sedikit burn sienna (lebihkan air dalam campuran ni). Selepas kering sepenuhnya barulah masukkan warna untuk subjek yang lebih dekat.

Jangan risau dalam watercolor ni tak banyak pun warna yang digunakan, trust me cuma gunakan color yang saya nyatakan ini sahaja:

  • Ultramarine Blue
  • Burn Sienna
  • Yellow Ochre
  • Alizarine Crimson

Nak bagi lukisan lebih umphhh gunakan warna ni (nak touch sikit2 je):

  • Red
  • Turquoise
  • Veridien Green
  • Orange
2015910195619
2015910195826

Last but not least, masukkan subjek yang menghidupkan lagi suasana iaitu orang, binatang dan kenderaan…

2015910214401 1
KLCC view from Kg. Baru
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: A4

Posted on 1 Comment

Watercolor: Bintang tak didendang

Gambar ni diambil setahun lepas di Kg. Baru, KL… Sejujurnya lukisan yang dihasilkan dalam masa 6 jam ini diharapkan mampu memberi pelbagai persepsi pandangan umum tentang maksud yang ingin disampaikan serta penggunaan warna yang betul pada tempat yang sesuai. Saya lebih mengutamakan penggunaan warna yang sesuai bagi menghasilkan kesan cahaya (lighting) dan bayangan (shading) yang menarik. Subjek adalah perkara kedua… 

Penggunaan warna yang pelbagai mampu menaikkan mood mereka yang melihat dan menghayati lukisan ini, campuran 3 warna utama iaitu ultramarine blue, burn sienna dan alizarin crimson digunakan untuk menghasilkan warna lantai… air (water spray) digunakan secara berlebihan untuk menghasilkan kesan warna semulajadi, hanya 1 lapisan sahaja dan biarkan ianya kering, lihat hasilnya…

Wash yang diamalkan dalam lukisan ni sangat sukar untuk kekalkan beberapa bahagian putih yang diperlukan, jadi untuk pastikan warna asal kertas tidak terganggu saya gunakan masking fluid. Selesai disapukan dibahagian dikehendaki… lakukan wash dengan bebas (dapat jimatkan masa lagi…)

Selebihnya kalau nak tau keje join kelas la >_<

2015826211523 1
Bintang tak didendang
Medium: cat air (watercolor)
Saiz: 56 cm x 76 cm
2015823205631
Buat detailing
2015826201441
Free postcard…
Posted on 1 Comment

Watercolor: Keraian Kampung

Suasana kampung yg sangat unik dan meriah sentiasa menjadi impian mereka yg pernah melaluinya untuk merasai kembali… paling tidak pun mereka akan berkata “bestkan masa kecik dulu masa kat kampung, rasa macam nak putar balik masa…

diri sendiri pernah melalui suasana ini di kampung, seawal jam 4 petang kami akan mengajak rakan sebaya berkumpul di rumah saya untuk bermain permainan kampung seperti main sorok2, baling selipar, kriket kampung, baling tin, main getah, main kereta sorong tin milo… di belakang rumah pulak kami memancing, mencari ikan sekilau/karin, jebak burung serindit/puling dan sebagainya. Sangat mengujakan…

Sekarang hampir semuanya berubah dan dilupakan..

Foto rumah terbaik dari photographer hebat Budakli Azli Yah, saya tambah figure saja

2015726064252 1
Tajuk: Keraian kampung 
Medium: cat air (watercolor)
Saiz: 56 cm x 76 cm
2015725204441
Posted on

Watercolor: Sinar Kg. Baru (Jalan Haji Yaakob)

Sinar harapan dari Kg. Baru yang pasti semakin pudar ditelan arus pembangunan yang terus menggila. Saya lebih suka dengan siri kali ni kerana sentiasa menjadi perhatian dan pilihan para kolektor yang sangat berminat untuk mengetahui perkembangan Kg. Baru…

Merupakan salah satu lorong di Kg. Baru, Lorong Haji Yaakob mempunyai pemandangan yang sangat cantik dimana menara KLCC berdiri megah dibelakangnya serta beberapa rekabentuk rumah lama masih dipelihara dengan baik… 

2015616193711 1
Tajuk: Sinar Kg. Baru
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 56 cm x 76 cm
Posted on

Watercolor: Saya anak Felda

Cerita lama rasanya boleh lagi share dengan kawan2… nak karang panjang2 memang tak sempat…

2015628110448 1
Tajuk: Saya anak Felda
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 56 cm x 76 cm
2015628091436
85% WIP
2015628093717

Hujung minggu yang agak lapang, bosan nak siapkan di studio packing barang terus ke Taman Tasik Cempaka (10minit je pun dari rumah), lagi pun bulan puasa sini agak sunyi la…

2015628094009

Sebenarnya melukis ni takde istilah bosan bagi saya. Sebelum ni saya dah cuba banyak perkara untuk mengisi masa lapang tapi hampir semuanya tak menjadi, daripada berpuluh cubaan tu melukis cat air sahaja melekat, hehehe…mmm mungkin sebab dapat pulangan yang memberangsangkan kot…

Posted on

Solo plein air (simple steps)

Biar gambar berbicara 🙂 (sebenarnya malas nak karang ayat >_<)

Steps sebelum lukisan terhasil

2015621095256
Sketch yang betul dan perspektif yang tepat amat penting, ingat jangan tergesa2…
2015621100127
3 lapisan utama, atas tengah dan bawah…
2015621102943
2nd layer
2015621103252
Biarkan ianya kering…

Detailing dan siap

2015621154857 1
Tajuk: Hening pagi di Canselori UKM
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 31cm x 41cm
300 gsm Arches wc paper
2015621112131