Posted on 1 Comment

Berkongsi apa yang berguna… simple watercolor step

Sejujurnya ramai yang bertanya saya adakan kelas cat air atau x, saya bagitau kalau sekadar berkongsi datang je boleh datang ke Bandar Baru Bangi atau set tempat disekitar Lembah Klang saya akan datang. Tapi dialog ni dah berpuluh kali berlaku, xde yang sudi datang walaupun saya tak amik bayaran untuk beberapa sesi ni… Saya tak amik bayaran sebab niat saya just berkongsi idea saya bukan untuk kelas formal yang perlu ajar asas dan teori, lagi satu saya xcukup pengalaman pun untuk adakan kelas… 

Kalau nak tau di negara luar terutama di Europe, mereka adakan kelas bukan saja untuk belajar teori tetapi tenaga pengajar mereka willing to show the way they paint… tak kedekut sangat la… steps yang ditunjukkan itu sebenarnya yang akan memberi inspirasi kepada anak murid mereka untuk berkarya suatu hari nanti… 

So kalau dah susah sangat saya just share simple steps kat sini la, jangan pulak cakap sikitnya gambar tak nampak step betul2 pun, haha… 

KLCC pandangan dari Kg. Baru (simple watercolor step)

2015910182630
2015910185528

Seperti biasa saya suka gunakan Saunders Waterford 300gsm watercolor paper, senang nak control air, tapi kelemahan kertas anda sedikit sukar untuk remain warna yang anda perlukan (serap warna). Tapi tak pe yang nak nampak lebih natural lukisannya gunalah kertas ni. Ok untuk 1st layer (gambar 1) saya gunakan 4 warna utama iaitu Ultramarine Blue, Burn Sienna, Yellow Ochre dan Alizarine Crimson. Sebelum masukkan warna basahkan kertas keseluruhannya (jangan basah lencun plak >_<), tujuan basahkan sepenuhnya ni sebab nak dapatkan kesan cantuman warna yang lembut (takde hard edge la kata omputih). Then identify warna putih untuk ditinggalkan macam kat bawah belah kanan gambar 1 tu.

Selepas biarkan ianya kering sepenuhnya (10 minit), masukkan 2nd layer. Untuk membezakan depth pada pandangan kita, saya masukkan warna lembut putuk pandangan jauh (dalam gambar ni KLCC la paling jauh), gunakan ultramarine blue dan sedikit burn sienna (lebihkan air dalam campuran ni). Selepas kering sepenuhnya barulah masukkan warna untuk subjek yang lebih dekat.

Jangan risau dalam watercolor ni tak banyak pun warna yang digunakan, trust me cuma gunakan color yang saya nyatakan ini sahaja:

  • Ultramarine Blue
  • Burn Sienna
  • Yellow Ochre
  • Alizarine Crimson

Nak bagi lukisan lebih umphhh gunakan warna ni (nak touch sikit2 je):

  • Red
  • Turquoise
  • Veridien Green
  • Orange
2015910195619
2015910195826

Last but not least, masukkan subjek yang menghidupkan lagi suasana iaitu orang, binatang dan kenderaan…

2015910214401 1
KLCC view from Kg. Baru
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: A4

1 thought on “Berkongsi apa yang berguna… simple watercolor step

Comments are closed.