Posted on 1 Comment

Plein Air Hulu Langat

Sebelum ni saya dan Hisham Salmin pernah berbincang untuk plein air ke Sg. Congkak, tapi target utama kami bukanlah nak lukis sungai. Yang saya lebih teruja sebab menurut Hisham sepanjang perjalanan ke sana banyak rumah tradisional pusaka yang masih terpelihara…

Jadi kami cuba war-warkan dalam grup untuk ajak rakan2 lain menyertai kami pada 22 Ogos lepas. Walaupun penyertaan kurang memuaskan memandangkan ahli mempunyai komitmen yang perlu diutamakan, kami tetap teruskan misi plein air kali ni…

Ada juga yang bertanya, best ke plein air ni…haa ini jawapannya nama pun plein air, udara yang disedut sepanjang aktiviti lebih segar berbanding terperap di studio, kami bebas bergerak sambil menikmati alam sekeliling dan yang paling utama kami boleh berkongsi ilmu dalam memperbaiki teknik dan kemahiran yang ada…

Di sinilah adanya teguran sekiranya berlaku kesilapan… dapat ilmu free, hehehe…. Alhamdulillah setakat ni dorang tak lokek ilmu…

2015822112731
Saya, Wan Borhanuddin, King Marul, Maroz Khuzaini dan Hisham Salmin
2015822082023
Sempat posing di kebun keluarga Maroz Khuzaini, untung ada kebun dekat Lembah Pangsun ni
2015822085114
Target subjek, rumah pusaka berusia lebih 100 tahun yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat luar terutamanya produksi filem dan dokumentari
2015822110642
Khusyuk bangat!
2015822110651
2 orang kat belakang ni sangat hebat dan berilmu, rugi tak bersama mereka
2015822112310
Ahli Gangsta Watakala yang dah capai tahap internasionale, Hisham Salmin bersama buku Sketch City yang berkongsi tips dan inspirasi beliau dan 24 pelukis seluruh dunia, MUNGKIN INI RAHSIA BELIAU KEKAL REMAJA, SIFU!
2015822112521
Setakat ini saja…
2015822113053
2015822155807 1
Tajuk: Rumah Pusaka
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38 cm x 56 cm
Posted on

Plein Air Kuala Kubu Bharu

Alhamdulillah cadangan Hisham Salmin untuk berplein air di Kuala Kubu Baru menjadi kenyataan, kami bersama beberapa orang ahli Gangsta Watakala dan Jeremy Lee dari Sketchwalk KL bertolak dari KL, Bangi dan Puchong seawal jam 6.30 pagi. Kumpulan pertama tiba di Pekan Kuala Kubu Baru pada jam 8 pagi, bersarapan dan mula berplein air di laluan masuk utama ke pekan. 

Cuaca yang agak baik dan sesuai untuk melukis, lighting dan shadow pada bangunan jugak memang terbaik… 

2015815124102
Puas hati dengan hasil masing2. Dari kiri: Hisham Salmin, Saya, Wan Borhanuddin, Tembakau, Abey Zoul, King Marul, Jamal Tommy
2015815193750 1
Kuala Kubu Baru
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38 cm x 56 cm
2015815080655
Pasar KKB
2015815081103
Tersusun dan bersih, I like it…
2015815090300
Laluan masuk utama untuk melehat deretan bangunan lama KKB
2015815091002
Sebelum plein air sempat bergambar dengan Jeremy Lee
2015815091732
2015815103825
En. Amir Ahmad, adik Tembakau dan keluarga juga sempat join kami berplein air, memang sporting family ni
2015815103915
Acah2, hehehe
2015815121019
Biasa plein air banyak kali jugak pindah tempat nak elak dari panas, tapi di KKB hanya sekali je, port terbaik…
2015815121027
Yang ni bukan acah, spontan, hehehe
2015815141104
Terima kasih Abang Jamal Tommy dan Keluarga sudi sediakan makan tengahari untuk kami, alhamdulillah rezeki perantau, penangan Asam Pedas dan Kopi Muar memang terbaik dan sedap bangat….
Posted on

Solo plein air (simple steps)

Biar gambar berbicara 🙂 (sebenarnya malas nak karang ayat >_<)

Steps sebelum lukisan terhasil

2015621095256
Sketch yang betul dan perspektif yang tepat amat penting, ingat jangan tergesa2…
2015621100127
3 lapisan utama, atas tengah dan bawah…
2015621102943
2nd layer
2015621103252
Biarkan ianya kering…

Detailing dan siap

2015621154857 1
Tajuk: Hening pagi di Canselori UKM
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 31cm x 41cm
300 gsm Arches wc paper
2015621112131
Posted on 1 Comment

Solo plein air di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi

Selamat berpuasa kepada semua… pagi ni ada sikit masa nak buat plein air dekat2 rumah je… so tempat yang paling ok ialah Taman Tasik Cempaka. Hari Sabtu memang takde orang sangat tambah lagi bulan puasa nih…

Biasa Sabtu dan Ahad kat sini agak meriah dengan kehadiran keluarga yang bersantai hujung minggu ditambahkan lagi dengan Car Boot Sale di tapak parkir Taman Tasik Cempaka ni.

2015620104017
Solo plein air, so muka pun xbleh belah la
2015620105110

Ghost layer yang mempunyai 3 lapisan utama iaitu lapisan atas adalah campuran Ultramarine Blue + Burn Sienna + Yellow Ocre mengikut nisbah yang diperlukan. Lapisan tengah memadai dengan lapisan nipis yellow ocre dan lapisan bawah adalah campuran Ultramarine Blue + Burn Sienna mengikut nisbah yang sesuai… biarkan ianya kering sedikit sebelum sapukan satu lapisan sap green atau campuran sap green + yellow, biarkan ia kering sepenuhnya…

Selepas kering sepenuhnya baru la dimasukkan warna yang lebih gelap/pekat. Ringkas hanya ambil masa kurang 45 minit…

2015620113326
Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 14cm x 38cm (handmade sketchbook)
300gsm Saunders Waterford
Posted on

Plein air di Jalan Salman Al-Farisi RA, Batu 24

Sabtu ahli Gangsta Watakala busy dengan keluarga, so plein air kali ni dibawa ke hari Ahad 24 Mei 2015 disertai Hisham Salmin, Maroz Khuzaini dan Shamruismawi (Abah) di Jalan Salman Al Farisi R.A. Batu 24 berhampiran pekan Bangi Lama.

2015524082446
Cuaca agak gerimis pagi ni
2015524084516
Abah sedang beraksi
11313031 961123333937899 7291787470830019072 o
Hisham Salmin sedang beraksi
2015524105320
Bersama tuan tanah, Pak Rahim…
11220882 961123227271243 5985296401449476609 n
Walaupun bertiga, semangat tu tak pernah luntur
2015524184835 1
Dah siap…
Posted on

Plein air Kg. Nail, Kuala Besut

Bila balik kampung, tentunya akan ada masa diluangkan bersama2 pelukis di sana terutamanya dari Kelantan. Pada mulanya ingatkan Tho Man nak buat solo plein air, rupanya ada Mazuki Mohammad, Cikgu Haji Mokhtar Ishak dan Sham Cni jugak… Memang rezeki sayalah nak plein air dengan otai berbisa nih…

Pilihan tempat plein air kali ni hanya 10 minit dari rumah Mak Mertua saya di Kuala Besut, cantik sangat la tu, hehehe. Disebabkan saya berada di Kuala Berang menjaga ibu yang dimasukkan ke wad kerana jangkitan kuman pada hari Jumaat, so awal pagi sabtu saya dan keluarga bertolak ke Kuala Besut dan team plein air berjumpa di Kg. Nail… selebihnya tengok gambar di bawah, huh malas nak cerita….

Sebelum pulang, sempat juga la ajak mereka makan tengahari di rumah Mak Mertua saya di Kg. Baharu, terima kasih kerana sudi singgah…

2015516141012
Kami berlima sudah, anda bila lagi?
2015516104457
Antara pemandangan yang menarik
2015516130056
Peminat Cikgu Ta
2015516134532
Palette yang digunakan Cikgu Ta ni berusia lebih 8 tahun dan bila close up boleh nampak retak seribu dan warna sudah bercampur dengan plastik. Bukan tidak ada palette baharu katanya tapi Cikgu Ta sangat menghargai palette ni, hmmm kalau offer tentu tak ternilai harga ni…
2015516133714
Sambil Cikgu Ta beraksi, saya siapkan satu sketch beliau…
2015516133643
Tho Man sempat tidur tapi dia mampu siapkan lukisan sama dengan orang lain, saka apakah yang digunakan?
2015516133802
Sentuhan Sham Cni nampak lembut, bila dah siap memang woww!
2015516134731

Bila berada disebelah Cikgu Ta, dia tak pernah lokek ilmu dan pengalaman…Sebenarnya banyak kisah suka duka Cikgu Ta sedikit sebanyak membuatkan saya kuat dan tak mudah putus asa dalam perjuangan sebagai seorang pelukis…

2015517084929 1
Kg. Nail, Kuala Besut
Saiz: 28 cm x 38 cm
Mix watercolor brands + 300 gsm Bockingford watercolor paper
2015517085023
Terima kasih Cikgu Ta atas komen semangat 🙂