Sambil2 kayuh boleh jugak siapkan sketch 1 2… biasanya jika awal pagi yang langsung takde shadow, saya akan buat lakaran menggunakan pen, simple lakaran bersaiz kecil. Bila matahari dah naik barulah boleh buat watercolor sketches…
En plein air
Plein air Sambil kayuh di FRIM
Pada mulanya nak join Gerald Chong plein air sekitar FRIM sabtu lepas, tapi hajat tu terpaksa dibatalkan coz terlupa yang hari tu sepatutnya ambil plat yang ditempah di kedai cenderamata di Bangi. Biasa Sabtu kedai macam ni buka sampai kul 1 je… Group Gelard pun start agak lewat terpaksa lah balik dulu, huhu sori geng…
Apapun sempat jugaklah buat sketch di awal pagi. Sampai di FRIM dalam kul 7.15 pagi, fuhhh… memang best dan nyaman, macam duduk kat kampung cuma bezanya sini takde kabus pagi…
Plein air di sekitar Kg. Baru, Kuala Lumpur
Dah lama tak dapat join plein air dengan Gangsta Watakala… bila Hisham Salmin, Abey Zoul dan Emran ajak terus nak join, nak lepas gian kot, hehehe…
Plein Air di Kampung Bukit Tinggi, Pahang
Sesi plein air minggu ini agak terkeluar dari Lembah Klang. Antara sebab yang paling utama ialah masalah jerebu yang teruk melanda beberapa kawasan di Lembah Klang. Jadi team plein air mengambil keputusan untuk tidak pergi terlalu jauh dan mencadangkan Kampung Bukit Tinggi sebagai tempat yang paling sesuai kerana pemandangannya sangat cantik dan cuaca yang tidak terlalu panas.
Sesi plein air di Bagan Pasir, Kuala Selangor
Selesai sudah sesi plein air di Bagan Pasir, Kuala Selangor pada 8 Mac 2014. Subjek yang dipilih semestinya pengkalan kecik bot nelayan di Bagan Pasir. Plein air kali ini merupakan latihan sebagai bekalan untuk ke Sungai Lembing pada 22 Mac nanti.
Setelah penat berplein air, tak sah kalau ke Kuala Selangor sekiranya tidak mencuba Mee Udangnya. Memang sedap berbanding tempat lain tetapi agak kurang pedas…
First time plein air berwarna…
Kali pertama join plein air berwarna ni, bertempat di Kampung Puah, Gombak. Pemilihan subjek yang menarik kerana berkemungkinan besar kampung ini akan lenyap kerana pembangunan, strong bukti ialah dah ada papan tanda cadangan pembinaan pusat komersial di atas tapak ini, sedih betul.
Walaupun tidak semua ahli yang hadir, plein air ini tetap meriah dengan penerimaan penduduk setempat. Mereka jelas teruja bila tengok geng2 plein air ini ‘memotretkan’ suasana dan rumah mereka siap bekalkan air untuk kami, terima kasih banyak…