Kehadiran coptic stitch sketchbook ini sedikit sebanyak improve teknik yang saya gunakan selama ni. Sebelum ni memang takut-takut nak buat satu-satu lukisan sebab saiznya besar (takut le kalo tak jadi rugi besar den, harga kertas lukisan tak menentu sejak minyak naik ni, hehehe). Lakaran ringan ni cuma ambil masa kurang 1 jam je untuk disiapkan.
Saiz buku ini hanya sebesar 2 tapak tangan…
Benang yang telah ditukar untuk menguatkan lagi ikatan…
Saiz sebenar
Inilah semua lakaran dan lukisan yang disiapkan setakat ini.
Sesuatu yang terjadi mungkin ada hikmahnya…mula serius dengan cat air kira-kira 2 tahun lepas, berkorban masa, menadah telinga mendengar kritikan demi menyiapkan satu persatu karya sehinggalah jumlahnya menjejak angka 100. Alhamdulillah kerana doa keluarga dan beberapa individu berhati mulia, saya mampu berkongsi pentas seni bersama-sama nama yang tidak asing dalam dunia catan air.
Saya masih ingat lagi… suatu masa perlu mencari collector untuk survival karya saya, amat-amat sukar dan perlukan pengorbanan, waktu itu tiada seorang pun yang benar-benar dekat untuk memahami karya saya kecuali isteri, mak ayah, keluarga terdekat saya dan sebelah isteri serta beberapa individu yang kalau boleh saya sebut satu nama ialah Mohd Noor Anzam Deraman. Mereka banyak membantu memberi semangat dan kekuatan kepada saya untuk terus berkarya.
Bersyukur sangat-sangat ada mereka sekurang-kurang apa yang kita lakukan dihargai, dan saya bertekad untuk hasil seberapa banyak karya sebelum meng’expose’kan diri dengan menyertai pameran dan jualan. Akhirnya pada 2014, impian untuk betul-betul serius menyertai pameran terlaksana dengan menghantar beberapa karya kepada beberapa galeri di sekitar Lembah Klang termasuklah yang masih dalam perancangan iaitu pameran solo saya sendiri di Galeri Seni, UKM Bangi yang akan diadakan pada bulan Oktober 2014. Jauh lagi tuuu… tapi perancangan rapi perlu dibuat sebab ini adalah acara terbesar yang pernah saya buat untuk diri sendiri. Lantaklah orang nak cakap belakang, lambat lagi tapi dah beria bagai, hehehe. Anyway terima kasih sangat-sangat kepada Puan Zaiton, Pegawai Pusat Kebudayaan UKM atas perhatian beliau dengan memasukkan pameran solo ini sebagai salah satu aktiviti dalam kalendar Pusat Kebudayaan 2014.
Doa rakan-rakan diperlukan semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan.
Tempat pameran yang akan diadakan
Kakitangan pusat kebudayaan sedang menguruskan karya Pameran Solo Saudara Rasfan, pensyarah ASWARA yang sedang berlangsung sehingga April ini
Kali pertama join plein air berwarna ni, bertempat di Kampung Puah, Gombak. Pemilihan subjek yang menarik kerana berkemungkinan besar kampung ini akan lenyap kerana pembangunan, strong bukti ialah dah ada papan tanda cadangan pembinaan pusat komersial di atas tapak ini, sedih betul.
Walaupun tidak semua ahli yang hadir, plein air ini tetap meriah dengan penerimaan penduduk setempat. Mereka jelas teruja bila tengok geng2 plein air ini ‘memotretkan’ suasana dan rumah mereka siap bekalkan air untuk kami, terima kasih banyak…
Karya Abah, Abang Jamal Tommy, Aku punya, Nabil Azwar dan Emran Smikey
Hasil pertama kali, rupanya warna memainkan peranan penting sewaktu plein air tak macam berkarya di studio…
Karya-karya cat air Tuan Faizal Zainal sangat menarik dan impressionist membuatkan sesiapa pun teruja termasuklah saya sendiri. Bila tengok semua lukisan yang ada terasa nak join kelas lukisan Tuan Faizal, tapi masalah utama adalah masa kerana kebanyakan masa hujung minggu saya dipenuhi jadual yang tak menentu (takde planning masa sangat la, adhoc punya keje ni). Bagi rakan-rakan yang berminat sangat mengikuti kelas lukisan ni boleh terus ke Studio Jomlukis bertempat di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi…
Sebahagian koleksi karya cat air Tuan Faizal, yang saya pegang tu paling saya suka.
Gambar-gambar di atas adalah proses sistem barter yang sedang berlangsung di Studio Jomlukis.
Dah lama sangat hasrat nak jumpa sifu Faizal Zainal terpendam kerana kekangan masa. Dan hari ni sempat berbual-bual dengannya di Restoran Melaka Kitchen, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Banyak ilmu dan pandangan Tuan Faizal boleh diambil sebagai bekalan dimasa akan datang.
Tuan Faizal bersama salah satu lukisan saya.
Kata Tuan Faizal, lukisan2 saya persis Dean Mitchell (watercolorist terkenal USA), berkerut muka sebab langsung tak pernah dengar nama tu. Balik rumah terus google dan memang ada persamaan, tapi yang penting saya tak tiru BELIAU kerana selama 2 tahun dengan watercolor saya memang tak pernah kenal DEAN MITCHELL, hehehe…
Sejujurnya saya belum kenal lebih dekat siapa pembeli lukisan ini, tetapi yang penting telah selamat berada dipangkuan pemilik baharunya. Terima kasih rakan-rakan WASG yang membantu memudahkan urusan.
Bagi rakan-rakan yang berminat dengan karya catan air (watercolor) bolehlah terus ke alamat ini 33-2-1 Jalan Semarak Api 2, Diamond Square, Setapak, 53000 Kuala Lumpur atau lawat blog WASG.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan karya hebat pelopor dan pelapis catan air di Malaysia seperti Akbar Long, Jamal Tommy, Abey Zoul, Hisham Salmin dan ramai lagi.
Nama yang cukup sinonim untuk menggambarkan kumpulan pengkarya catan air dan mungkin satu-satunya galeri berkumpulan WC yang ada di KL atau mungkin di negara kita. Usaha murni ini sebenarnya menguatkan lagi semangat kami dan saya sendiri sebagai generasi pelapis dalam memastikan lukisan cat air terus dimartabatkan di Bumi Malaysia, chewahhh macam yb!
Berjumpa dengan nama yang cukup besar dan dikagumi, tiada langsung rasa kekok dengan nama2 seperti Hisham Salmin, Abey Zoul, Jamal Tommy, Zaki Hadri kerana layanan yang mereka berikan walaupun cuma beberapa kali sahaja bertemu muka. Sahabat2 yang lain yang cukup terbuka Maroz Khuzaini, Zaid Jaapar sememangnya membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus berkarya, terima kasih semua, anda memang terbaik!
Minum2 selepas beberapa jam di galeri
Saya yakin bagi Abey Zoul dan founders, galeri ini tertubuh atas semangat setiakawan dikalangan mereka dan terima kasih kerana menerima karya orang baru seperti saya.
6 karya saya dipamerkan untuk jualan di sini
Antara karya yang dipamerkan
2 sudah di dinding
Bersahaja
Kata Abey Zoul, nilah future art promoter untuk Galeri Warna dan Air, A. Zaki Hadri