Posted on

Solo, moga dipermudahkan…

Sesuatu yang terjadi mungkin ada hikmahnya…mula serius dengan cat air kira-kira 2 tahun lepas, berkorban masa, menadah telinga mendengar kritikan demi menyiapkan satu persatu karya sehinggalah jumlahnya menjejak angka 100. Alhamdulillah kerana doa keluarga dan beberapa individu berhati mulia, saya mampu berkongsi pentas seni bersama-sama nama yang tidak asing dalam dunia catan air.

Saya masih ingat lagi… suatu masa perlu mencari collector untuk survival karya saya, amat-amat sukar dan perlukan pengorbanan, waktu itu tiada seorang pun yang benar-benar dekat untuk memahami karya saya kecuali isteri, mak ayah, keluarga terdekat saya dan sebelah isteri serta beberapa individu yang kalau boleh saya sebut satu nama ialah Mohd Noor Anzam Deraman. Mereka banyak membantu memberi semangat dan kekuatan kepada saya untuk terus berkarya. 

Bersyukur sangat-sangat ada mereka sekurang-kurang apa yang kita lakukan dihargai, dan saya bertekad untuk hasil seberapa banyak karya sebelum meng’expose’kan diri dengan menyertai pameran dan jualan. Akhirnya pada 2014, impian untuk betul-betul serius menyertai pameran terlaksana dengan menghantar beberapa karya kepada beberapa galeri di sekitar Lembah Klang termasuklah yang masih dalam perancangan iaitu pameran solo saya sendiri di Galeri Seni, UKM Bangi yang akan diadakan pada bulan Oktober 2014. Jauh lagi tuuu… tapi perancangan rapi perlu dibuat sebab ini adalah acara terbesar yang pernah saya buat untuk diri sendiri. Lantaklah orang nak cakap belakang, lambat lagi tapi dah beria bagai, hehehe. Anyway terima kasih sangat-sangat kepada Puan Zaiton, Pegawai Pusat Kebudayaan UKM atas perhatian beliau dengan memasukkan pameran solo ini sebagai salah satu aktiviti dalam kalendar Pusat Kebudayaan 2014.

Doa rakan-rakan diperlukan semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan.

1920573 707888662594702 319093863 n
Tempat pameran yang akan diadakan
1512306 707888679261367 806501144 n
1623792 707888725928029 1588968890 n
Kakitangan pusat kebudayaan sedang menguruskan karya Pameran Solo Saudara Rasfan, pensyarah ASWARA yang sedang berlangsung sehingga April ini
1922448 707888812594687 1639313502 n
1970822 707888775928024 1506244600 n