Posted on

Jom pegi Pameran Art Sale di BSVN

Jom datang beramai-ramai ke pameran jualan seni sempena Visit Malaysia Year (VMY) 2014 yang berlangsung di Balai Seni Visual Negara (BSVN), Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak, 53200 Kuala Lumpur.

IMG 20140212 WA0006
Inilah lukisan saya yang menyertai pameran jualan seni ini (satu penyertaan sahaja dibenarkan)
20140215 113352
20140215 113402
IMG 20140212 WA0001
Perasmian oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan
IMG 20140212 WA0009
IMG 515768568511521
Posted on

Watercolor: Basikal Tua III

Alhamdulillah tercapai juga impian untuk menghasilkan lukisan berbentuk realiti abstrak ni. Sebelum ni dengan Basikal Tua II bersaiz besar (A1) mungkin rakan-rakan terpaksa berfikir 2 kali untuk menjadikannya koleksi atas faktor harga, tapi yang terbaharu ni saya buatkan yang mini sikit tapi basikal dan backgroundnya pun berlainan sama sekali…

IMG 0432
Basikal Tua III
Saiz A3
IMG 0426
IMG 0427
IMG 0433
Posted on

Coptic Stitch Binding Sketchbook untuk versi watercolor

Semuanya kerana Taib Aur (pelukis terkenal yang memperkenalkan coptic stitch bindingsketchbook ni)…hehe, betul juga kata Taib Aur, bila dah buat sendiri buku ni kita akan hargai lebih dari yang lain… so di bawah ni saya buatkan sendiri tanpa bantuan tutorial sebab google punya google tak jumpa, rupanya keywordnya adalah coptic stitch binding itu pun dapat tahu dari brader Taib Aur kita…

Terima kasih sifu yang telah mewujudkan idea ini…

20140209 192503
Coptic Stitch Binding Sketchbook
20140209 192933
Reference saya adalah koleksi buku lama yang saya simpan
20140209 164700
Untuk dapatkan saiz terbaik, saya belikan Bockingford WC paper bersaiz A2 yang akan dipotong 8 bahagian menggunakan pisau.
20140209 164731
Lepas potong kepada 8 bahagian, gunakan paper cutter untuk membuat kemasan penjuru
20140209 164713
Susun mengikut pilihan sendiri, saya buat susunan 3 helai 1 bahagian
20140209 192529
Untuk cover, saya menggunakan mounting board yang dah tak digunakan lagi, balutkan ia menggunakan pembalut yang sesuai mengikut kreativiti sendiri.
20140209 165300
Gunakan benang dan saiz jarum yang sesuai.
20140209 192511
Maaf, untuk teknik ikatan ni saya tak sempat nak tunjukkan maklumlah tangan ada 2 je,hehe. Tapi boleh refer link di bawah ni
20140209 192823
Ok dah siap!
Posted on

Target tahun ini

Moga tahun 2014 menjadi permulaan yang pantas dalam menyertai sebanyak mungkin pameran dan pertandingan lukisan. Walaupun Solo Exhibition memang masih jauh lagi, tapi pameran-pameran yang dianjurkan ni sedikit sebanyak membantu ke arah itu…

Terima kasih rakan-rakan dan keluarga yang bagi sokongan

1620779 691297970920438 1970225677 n
Tengah discuss dengan Encik Haniff keperluan lain
1623615 691297944253774 1252554078 n
Isi borang dulu sebelum tinggalkan lukisan
Posted on

Salah satu lukisan yang saya suka…

Kata Joseph Zbukvic one of the most popular watercolor painter in the world, menjadi watercolorist yang hebat perlu ada tahap keyakinan yang tinggi semasa berkarya. Kita perlu menguasai berus dan warna, baru la kita dapat berkarya dengan tenang, senang dan hasil yang menakjubkan (part ni saya tambah sendiri, hehehe)

Lukisan flora nampak mudah tetapi bagi yang pernah mencuba pasti tahu kesukaran yang bakal dihadapi. Subjek ini perlu bermain dengan campuran warna yang betul2 sesuai, jika tidak hasilnya menjadi tidak menarik…

IMG 0435
Hutan Simpan Dara
Saiz A3
Posted on

Watercolor: Aktiviti harian nelayan Kuala Besut

Pekan Kuala Besut sememangnya terkenal dikalangan pelancong samaada dalam mahupun luar negara. Jeti Kuala Besut sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang ingin berkunjung ke pulau-pulau berdekatan antaranya yang terkenal adalah Pulau Perhentian. Namun ada sesuatu yang tidak harus dipinggirkan sekiranya anda melewati jeti untuk ke Pulau Perhentian, anda akan menikmati pemandangan bot-bot nelayan yang keluar masuk memunggahkan hasil tangkapan mereka. Jika tiada aktiviti turun ke laut, mereka akan melakukan persiapan seperti membaiki kerosakan-kerosakan kecil pada bot, pukat serta membuat penyelenggaraan ke atas bot dan peralatan menangkap ikan mereka. 

Gambar yang saya lukis ini adalah salah satu aktiviti petang para nelayan Kuala Besut yang melakukan penyelenggaraan ke atas bot mereka.

*Dan yang paling menarik kerana lukisan ni menggunakan signature terbaharu pertama saya ^_^

IMG 0419

Aktiviti nelayan Kuala Besut
Saiz A3
IMG 0413
IMG 0415
IMG 0431