Walaupun sudah seminggu terlewat untuk post kan entry ni disebabkan masalah internet yang kritikal, saya nak share jugak gambar-gambar sepanjang aktiviti ni berlangsung.
Sebagai info Sungai Lembing sememangnya terkenal dengan panorama yang menarik dan unik kerana suasana bekas tapak perlombongan bijih timah (sekitar tahun 1920-1950) yang ditinggalkan dan tambahkan lagi dengan rekabentuk bangunan lama yang dikekalkan untuk tatapan pelancong dalam dan luar negara. Justeru Pertandingan Melukis Panorama Sungai Lembing diadakan bagi mengabadikan panorama Sungai Lembing dalam bentuk catan.
Untuk tidak melepaskan peluang saya dan kumpulan Warna dan Air Gallery (WASG) telah menyertai pertandingan yang disertai pelukis dari seluruh semenanjung. Sebanyak 40 penyertaan diterima oleh pihak penganjur dan aktiviti dimulakan dengan taklimat oleh Tuan Mohd Shaimy sebelum pertandingan bermula pada jam 930 pagi dan berakhir pada jam 130 petang. Karya yang siap berserta frame hendaklah dihantar sebelum atau pada jam 130 petang sahaja. Sementara menunggu karya diadili juri, aktiviti seterusnya adalah melukis potret yang diketuai oleh 2 orang sifu iaitu Tuan Munif dan Tuan Fadli, potret pilihan sifu akan menerima hadiah sebanyak RM300.
Keputusan hasil melukis Panorama Sungai Lembing pula sangat-sangatlah tidak diduga, dengan hanya berbekalkan semangat dan niat untuk bertemu otai-otai lukisan tanahair saya sertai juga pertandingan ini. Mungkin rezeki lebih memihak kepada saya mendapat tempat ketiga. Bantuan dan sokongan isteri, keluarga dan yang paling utama Gengsta Watakala dari WASG yang tidak pernah jemu untuk melukis dan terus melukis.
Tempat Ketiga
Kredit gambar kepada Syarfuddin Abdullah dan Rajawali Artgroupe Internationale.
Sesi plein air minggu ini agak terkeluar dari Lembah Klang. Antara sebab yang paling utama ialah masalah jerebu yang teruk melanda beberapa kawasan di Lembah Klang. Jadi team plein air mengambil keputusan untuk tidak pergi terlalu jauh dan mencadangkan Kampung Bukit Tinggi sebagai tempat yang paling sesuai kerana pemandangannya sangat cantik dan cuaca yang tidak terlalu panas.
Antara gengsta watakala yang setia diketuai oleh Abey Zoul
Port yang paling selesa dan tidak diganggu, Balai Polis Bukit Tinggi
Hasil yang tidak seberapa, tak puas hati balik rumah terus buat second artwork
Pameran Terbuka buat pertama kalinya diperkenalkan oleh Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1971. Kali terakhir pameran ini diadakan adalah pada tahun 2005. Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Program MCAT, LPSVN merasakan ini adalah masa yang tepat untuk mengadakan pameran Terbuka atau Open Show. Kini, Balai Seni Visual Negara sekali lagi mempersembahkan Pameran Terbuka 2014 (OpenShow 2014) kepada penggiat seni visual di Malaysia.
Pameran Terbuka ini diadakan bagi memberi ruang dan peluang kepada pelukis-pelukis dari seluruh Malaysia untuk berkumpul, mempamer dan mengkaji karya-karya mereka dalam penglibatan kegiatan-kegiatan kesenian yang akan datang. Pameran ini juga bertujuan untuk melihat perkembangan seni visual yang berlaku dalam negara.
Justeru itu, Balai Seni Visual Negara (BSVN) menjemput anda untuk menyertai Pameran Terbuka 2014 (open Show 2014) bermula 10/3/2014 sehingga 25/4/2014. Sebarang pertanyaan sila hubungi Urusetia Open Show 2014 di talian 603 40267000, ext 186 / 135, Fax : 603 40254987 atau layari www.artgallery.gov.my untuk maklumat lanjut.
Refleksi pada permukaan air ada fokus yang paling utama dalam lukisan ini
Rezeki pagi nelayan kecil Saiz A3
1. Siapkan bahagian Refleksi dulu.
2. Sesuaikan warna Refleksi dengan apa yang ada di atas bot. Untuk pengetahuan anda, untuk menghasilkan kesan refleksi yang lebih realistik, beberapa lapisan diperlukan iaitu pertama lapisan lembut (disapukan pada semua bahagian sungai tersebut), kedua warna air (tidak termasuk yang terkena cahaya matahari), ketiga objek yang dipantulkan di atas air, keempat warna air yang lebih gelap (green, cobalt blue dan burnt sienna) dan kelima gelapkan objek yang berkaitan.
3. Lengkapkan beberapa bahagian utama mengikut kesesuaian. Jangan lupa kawalan warna bergantung pada berus yang digunakan. So jangan malas menukar berus!!!
4. Untuk siapkan background (daratan), basahkan kertas dengan warna lembut seperti burnt sienna dan biarkan kering. Masukkan warna yang lebih gelap seperti campuran burnt umber dan cobalt blue untuk menghasilkan kesan yang menarik. Pastikan apabila berus ditarik dan terdapat beberapa bahagian tidak terkena warna, biarkan sahaja bahagian tersebut kerana boleh dijadikan tanah tidak rata atau batu batan. Bahagian ditinggalkan itu ditambahkan dengan nisbah campuran yang sesuai burnt umber dan cobalt blue untuk menghasilkan bayang.
Setelah 2 tahun bersama cat air banyak perubahan berlaku secara tidak sengaja sehinggalah betul-betul serius sehingga sekarang. Alhamdulillah yang terjual dapat jugalah guna untuk isi minyak kereta >_< …
Cat air ni saya bermula dengan jenama Buncho (2012 budak baru belajar), sebelum bertukar kepada Reeves dan Alpha. Awal 2013 dengan Cotman (Winsor & Newton). Awal 2014 dengan Holbein dan seterusnya cuba-cuba dengan Schmincke Horadam dan Sennelier. Perubahan dilakukan demi kualiti dan kelangsungan karya…
Tidak dinafikan ada istimewanya setiap jenama ini sama ada dari segi keboleholahan sewaktu berkarya, kawalan oleh berus, ketahanan, campuran yang mudah dan tidak dinafikan pigment warna sangat-sangat penting kerana setiap jenama ada kelebihan warnanya sendiri.
Saya banyak membuat rujukan melalui internet, mengadap youtube melihat bagaimana pelukis terkenal watercolor seperti Joseph Zbukvic, Alvaro Castagnet, Mika Toronen, Prafull Savant, Derek Knignok, Herman Pekel dan ramai lagi melakukan campuran warna yang terbaik sebelum disapukan pada kertas lukisan. Setiap warna yang digunakan akan dirujuk pada pembekal sama ada secara online atau terus ke kedai berdekatan.
Cotman, Winsor & Newton (England)
Karya-karya terbaik saya bermula dengan jenama Cotman dari Winsor & Newton yang dibeli melalui ebay, bukan hendak menidakkan kehebatan Reeves & Alpha (banyak jasa ni, hehehe). Tetapi Cotman lebih membuka peluang saya untuk terus berkarya, pecahan warnanya yang menarik dan sekata serta mudah untuk mengawal warna yang digunakan. Cotman sesuai digunakan untuk teknik Dry Brush mahupun Wet Brush. Jangan tidak tahu kerana bagi saya kualitinya dengan Alpha sedikit sama. Dan kerana itulah saya ingin mencuba yang baharu. Tidak terus bertukar jenama tetapi membeli jenama baharu untuk explore lebih peluang dan keselesaan. Saya menambah koleksi dengan membeli jenama Holbein (HWC).
Holbein Watercolor (Japan)
Kekuatan HWC bagi saya adalah biasa-biasa sahaja kerana terhad pada hanya beberapa kertas lukisan sahaja. Tetapi bagi lakaran atau memerlukan teknik yang cepat, HWC ada jawapannya… nak cerita lebih pun susah juga, so cubalah dulu, hehehe
Seterusnya dalam beberapa bulan ini saya telah menggunakan 2 jenama sekaligus iaitu Schmincke Horadam dan Sennelier. Setakat beberapa warna yang saya gunakan memang menarik antaranya Cobalt Blue, Ochre dan Burnt Sienna. Yang lain belum lagi sebab masa siapkan lukisan, saya gunakan semua jenama asalkan sesuai.
Schmincke Horadam (Germany)
Sennelier, (French)
Bagi saya, kita janganlah terlalu rigid atau cenderung kepada satu jenama sahaja kerana tidak semua warna yang digunakan adalah terbaik untuk karya kita. contohnya saya gunakan juga Sap Green dari jenama Van Gogh kerana warnanya sangat menarik, pigment hijaunya berkilat dan senang diolah semasa berkarya. Sesuai digunakan semasa berplein air. Bagi warna merah, jenama Aquafine Daler Rowney sangat sesuai dengan saya kerana mampu menimbulkan mood segar dalam setiap karya saya.
Sumber bekalan cat air saya:
Alpha & Reeves: Seksyen 7 Bandar Baru Bangi dan Advanco Taman Melawati.
Winsor & Newton: online ebay, Advanco Taman Melawati, Art Shop (berdekatan Tesco) Kota Bharu.
Holbein: online Dickblick.com
Schmincke: Warna & Air Gallery (WASG)
Sennelier: online Jacksonart.com
Van Gogh: Weststar (sebelah Bank Rakyat) Taman Melawati
Aquafine Daler Rowney: Weststar (sebelah Bank Rakyat) Taman Melawati, Advanco Taman Melawati
Selesai sudah sesi plein air di Bagan Pasir, Kuala Selangor pada 8 Mac 2014. Subjek yang dipilih semestinya pengkalan kecik bot nelayan di Bagan Pasir. Plein air kali ini merupakan latihan sebagai bekalan untuk ke Sungai Lembing pada 22 Mac nanti.
Gengsta Watakala yang terdiri daripada Nabil, Abah, Aku, Abey Zoul dan Emran
Setelah penat berplein air, tak sah kalau ke Kuala Selangor sekiranya tidak mencuba Mee Udangnya. Memang sedap berbanding tempat lain tetapi agak kurang pedas…
Tengah makan pun sempat lagi sketch dalam coptic book Abah.