Kumpulan Gangsta Watakala dengan projek terbaru untuk pameran akan datang.
Author: Azman Nor
Watercolor Study: Teratai di Tasik Madu
Bagi peminat cat air siapa yang tak kenal Joseph Zbukvic tak payah scroll down la, hehehe. Joseph Zbukvic memang terkenal dengan kehebatan gaya impressionist terutama berkaitan refleksi. Bukan lah nak jadi sepertinya tetapi sebagai rujukan sahaja…
Untuk hasilkan kesan yang lebih realistik… tarian berus seharusnya tiada langsung halangan terutama dalam menghasilkan refleksi yang menarik, jadi untuk mengekalkan rupa objek di atas air saya gunakan masking fluid.
Watercolor: Hening desa
Surat Jemputan dah dapat
Alhamdulillah terima kasih bebanyak Puan Zaiton yang mewakili Pusat Kebudayaan UKM telah membantu dan memberi sokongan dalam menjayakan pameran solo ini. Walaupun berdasarkan tarikh yang diberikan masih banyak masa boleh digunakan untuk menguruskan event terbesar dalam hidup ini, tapi perlu perancangan yang baik supaya yang hadir tidak merasa kecewa.
Terapi Seni bersama Gangsta Watakala
Geng Kelantan ada Saturday Art Fever (SAF), KL-Lembah Klang pun ada SAF jugak, sentiasa ada perancangan untuk berpagi2 untuk mengadakan plein air, group study dan terapi seni. Pertama kali join terapi seni bersama Gangsta Watakala memang banyak perkara dipelajari antaranya kelemahan yang harus diperbaiki, berkongsi idea dan pengalaman, dan mendapat tunjuk ajar dalam memilih peralatan seni yang bersesuaian. Terima Kasih Gangsta Watakala dan WASG!
Hasil study dalam Coptic Stitch Sketchbook
Sketch study ni amat sesuai bagi yang mereka kesuntukan masa untuk melukis, sekurang-kurangnya mampu memperbaiki kelemahan yang ada. Selain itu dapat mempelajari teknik terbaharu serta campuran warna yang sesuai sebelum dicalitkan di atas kertas. Pedulikan kalau ada yang komen buruk hasil dalam sketchbook ni kerana ia merupakan salah satu proses pembelajaran untuk kita, tapi kalau komen membina dan membantu sangat2 dialu-alukan.
Antara yang dilukis (versi II)








































