Selepas photoshoot di Kg. Baru, KL terus ada semangat nak buat beberapa lakaran ringkas. Berbekalkan beberapa gambar yang menarik maka terhasillah lukisan bersaiz kompak ni.
Tag: Kampung Baru
Watercolor: Sangkar Kg. Baru
Tiada kebebasan, terperangkap, ketakutan sepanjang masa apa yang dialami makhluk ciptaan Allah dalam sangkar ini, itulah juga yang mungkin dialami sebahagian penduduk Kg. Baru Kuala Lumpur. Hari demi hari sekangkang tanah mereka diambil dan didirikan pusat komersil serta bangunan-bangunan pencakar oleh tangan-tangan yang berkuasa.
















