Posted on 6 Comments

Jenama cat air (watercolor) yang saya gunakan

IMG 0073
Watercolor box

Setelah 2 tahun bersama cat air banyak perubahan berlaku secara tidak sengaja sehinggalah betul-betul serius sehingga sekarang. Alhamdulillah yang terjual dapat jugalah guna untuk isi minyak kereta >_< …

Cat air ni saya bermula dengan jenama Buncho (2012 budak baru belajar), sebelum bertukar kepada Reeves dan Alpha. Awal 2013 dengan Cotman (Winsor & Newton). Awal 2014 dengan Holbein dan seterusnya cuba-cuba dengan Schmincke Horadam dan Sennelier. Perubahan dilakukan demi kualiti dan kelangsungan karya…

Tidak dinafikan ada istimewanya setiap jenama ini sama ada dari segi keboleholahan sewaktu berkarya, kawalan oleh berus, ketahanan, campuran yang mudah dan tidak dinafikan pigment warna sangat-sangat penting kerana setiap jenama ada kelebihan warnanya sendiri.

Saya banyak membuat rujukan melalui internet, mengadap youtube melihat bagaimana pelukis terkenal watercolor seperti Joseph Zbukvic, Alvaro Castagnet, Mika Toronen, Prafull Savant, Derek Knignok, Herman Pekel dan ramai lagi melakukan campuran warna yang terbaik sebelum disapukan pada kertas lukisan. Setiap warna yang digunakan akan dirujuk pada pembekal sama ada secara online atau terus ke kedai berdekatan.

IMG 0203
Cotman, Winsor & Newton (England)

Karya-karya terbaik saya bermula dengan jenama Cotman dari Winsor & Newton yang dibeli melalui ebay, bukan hendak menidakkan kehebatan Reeves & Alpha (banyak jasa ni, hehehe). Tetapi Cotman lebih membuka peluang saya untuk terus berkarya, pecahan warnanya yang menarik dan sekata serta mudah untuk mengawal warna yang digunakan. Cotman sesuai digunakan untuk teknik Dry Brush mahupun Wet Brush. Jangan tidak tahu kerana bagi saya kualitinya dengan Alpha sedikit sama. Dan kerana itulah saya ingin mencuba yang baharu. Tidak terus bertukar jenama tetapi membeli jenama baharu untuk explore lebih peluang dan keselesaan. Saya menambah koleksi dengan membeli jenama Holbein (HWC).

IMG 0198
Holbein Watercolor (Japan)

Kekuatan HWC bagi saya adalah biasa-biasa sahaja kerana terhad pada hanya beberapa kertas lukisan sahaja. Tetapi bagi lakaran atau memerlukan teknik yang cepat, HWC ada jawapannya… nak cerita lebih pun susah juga, so cubalah dulu, hehehe

Seterusnya dalam beberapa bulan ini saya telah menggunakan 2 jenama sekaligus iaitu Schmincke Horadam dan Sennelier. Setakat beberapa warna yang saya gunakan memang menarik antaranya Cobalt Blue, Ochre dan Burnt Sienna. Yang lain belum lagi sebab masa siapkan lukisan, saya gunakan semua jenama asalkan sesuai.

IMG 0197
Schmincke Horadam (Germany)
IMG 0200
Sennelier, (French)

Bagi saya, kita janganlah terlalu rigid atau cenderung kepada satu jenama sahaja kerana tidak semua warna yang digunakan adalah terbaik untuk karya kita. contohnya saya gunakan juga Sap Green dari jenama Van Gogh kerana warnanya sangat menarik, pigment hijaunya berkilat dan senang diolah semasa berkarya. Sesuai digunakan semasa berplein air. Bagi warna merah, jenama Aquafine Daler Rowney sangat sesuai dengan saya kerana mampu menimbulkan mood segar dalam setiap karya saya.

Sumber bekalan cat air saya:

  1. Alpha & Reeves: Seksyen 7 Bandar Baru Bangi dan Advanco Taman Melawati.
  2. Winsor & Newton: online ebay, Advanco Taman Melawati, Art Shop (berdekatan Tesco) Kota Bharu.
  3. Holbein: online Dickblick.com
  4. Schmincke: Warna & Air Gallery (WASG)
  5. Sennelier: online Jacksonart.com
  6. Van Gogh: Weststar (sebelah Bank Rakyat) Taman Melawati
  7. Aquafine Daler Rowney: Weststar (sebelah Bank Rakyat) Taman Melawati, Advanco Taman Melawati

6 thoughts on “Jenama cat air (watercolor) yang saya gunakan

  1. Bang, nak tanya price range each brand berapa?

  2. sy guna schmincke harga RM 240 warna dalam box hitam.. sy beli dr cikgu sy.. kesan dia sangat cantik~~ wee…

  3. Thank you. Sy baru jinak dlm watercolour. Post ini sungguh helpgul

  4. ASSALAM SY KRUL BARU JUGA BERJINAK2 DALAM LUKISAN CAT AIR CUMA SY PERMULAAN NI SAYA CUBA WATER COLOR BUNCHO..OK KE X? UNTUK BIGINER2 NI HUHU?

Comments are closed.