Hampir 2 setengah jam masa nak siapkan lukisan ni… 3 hari lepas dengan marathon lukisan bersaiz kecil, malam tadi cuba dengan saiz lebih besar. Alhamdulillah berjaya siap tanpa bertangguh, hehehe. Betul kata Faizal Zainal, buat wash ni memang best, langsung rasa tidak terkongkong sepertimana nak hasilkan sebuah lukisan realis…
Seperti kata Abey Zoul pula, cari mana titik fokus utama dalam lukisan tu, selebihnya buat wash yang menggambarkan itu adalah cat air!
Baik SIFU!
Tajuk: Alor damai Pantai Kelulut Saiz: 37 cm x 56 cm Schmincke + 300gsm Saunders Waterford Watercolor paper
Dah berapa kali tangguh nak buat name card yang baharu sebab yang lama dah habis. Terima kasih sebab ada yang prihatin ingatkan untuk print out yang baharu, nasib baik ingat. Alang2 buat yang baharu, design pun baharu la, lebih simple dan yang paling penting dalam name card ni anda takkan jumpa alamat studio saya.
Yang baharu menggunakan 220gsm paper yang teksturnya seakan2 Arches Watercolor Paper, hmmm…agak menarik…
Yang lama tinggal 2 keping ni je…
Painting asal yang digunakan untuk name card kali ni…
Bila nak melukis lukisan yang besar-besar ni tak mampu, boleh jugaklah isi masa kosong dengan lukisan bersaiz lebih kecil. Bagi saya tetap menarik dan memberi inspirasi… dua buah lukisan ni menggunakan Schmincke Watercolor dan kertas Saunders Waterford, kombinasi yang menarik…
Tajuk: Rehat di Kuala Besut Medium: Watercolor Saiz: 19 cm × 28 cm
Tajuk: Pantai Marang Medium: Watercolor Saiz: 19 cm x 28 cm
Terima kasih Encik Zaidi yang buat tempahan ni, katanya akan dicopy kepada beberapa salinan untuk dijadikan cenderamata kepada mantan dan warga FKAB yang terpilih.
Lukisan kali ni dihasilkan lebih detail atas permintaan Encik Zaidi sendiri, walaupun kecik tetapi mengambil masa yang agak lama dan memerlukan ketekunan yang tinggi.
Menggunakan Schminke watercolor di atas Bockingford watercolor paper, hasilnya memang seperti yang dijangka kerana kertas ni memang sesuai dengan semua teknik dan kawalan berus.
Atas permintaan untuk nampakkan suasana senja dan katanya akan diframekan menggunakan frame IKEA ni, hmm menarik…
Terima kasih Prof. Dr. Che Husna Azhari dari Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina UKM yang sudi menempah lukisan yang tak seberapa ni. Baru tahu yang Prof. peminat tegar watercolor, dan beberapa karya nama besar pelukis Kelantan dalam koleksi antaranya karya Maestro Mokhtar Ishak, Mazuki Mohamad dan ramai lagi. Semoga karya saya ini menyuntik lagi semangat Prof untuk konsisten sebagai private collector yang hebat. Lepas ni boleh join pameran koleksi daripada collector tanah air.
Terima kasih Prof. Dr. Che Husna dari Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina UKM yang sudi menempah lukisan yang tak seberapa ni. Baru tahu yang Prof. peminat tegar watercolor, dan beberapa karya nama besar pelukis Kelantan dalam koleksi antaranya karya Maestro Mokhtar Ishak, Mazuki Mohamad dan ramai lagi. Semoga karya saya ini menyuntik lagi semangat Prof untuk konsisten sebagai private collector yang hebat. Lepas ni boleh join pameran koleksi daripada collector tanah air,hehehe
Tanpa ‘Abang Besar Kawasan’ Abey Zoul, hehehe… semangat ahli Gangsta Watakala tetap membara demi mempotretkan wajah Kg. Baru di atas kanvas lukisan. Kadang-kadang ia perlu bergerak tanpa perancangan rapi, masing-masing hadir secara sukarela dengan satu misi iaitu melakar sebanyak mungkin wajah-wajah Kg. Baru.
Sedang kami tercari-cari port terbaik untuk melakar, tetiba terserempak dengan pemilik rumah biru (tumpuan penggambaran filem dan drama), Mak Long yang nyata raut wajahnya ada seribu macam keresahan mendengar keputusan Fasa Pembangunan Kg. Baru yang telah dimuktamadkan. Biarpun janji untuk memberikan pampasan, mereka tetap takut janji sekadar janji yang tidak ditepati…apa pun boleh jadi…cuma perlu tunggu dan lihat…
Okeh berbalik kepada plein air session ni, Sabtu lepas yang dihadiri Hisham Salmin, King Marul, Kartunis Tembakau, Saya dan Abang Wan Borhanuddin. Plein air waktu pagi bertukar kepada sesi pembelajaran seterusnya sesi tawar menawar, hehehe
Gangsta yang cukup gangster
Subjek pagi yang indah tetapi diganggu pihak Alam Flora yang buat pembersihan di lorong ni, hampeh kalau tak sketch lg memang dah lama caw…dalam banyak2 lorong boleh plak lorong ni yang dia pilih nak bersih, huhuhu
Ada gaya pelukis berdaulat, hehehe
Hebat 2 orang ni…
final touch sebelum dipinang Abang Wan
pen sketch skali…
Sesi jual beli bermula…
2 orang ni buat bodoh je time nak balik, tak puas lagi agaknya, hehehe