Posted on

Postcard Siri Jip Gila

Yang ni sambil2 study tone color yang sesuai tuk shadow, cari kelainan la katakan… Hari ni saya memang tak pakai ultramarine blue untuk hasilkan shadow, yang saya gunakan adalah cobalt blue dan Sennelier Orange (menggantikan burnt sienna). Hasilnya agak menjadi, lepas ni boleh la jimatkan ultramarine & burnt sienna.

2015110204103
2015110212704
2015110212655
Siri Jip Gila
Tajuk: Tersadai
Medium: Watercolor
Saiz: Postcard
Tahun: 2015
Posted on 1 Comment

Terima kasih SELFUEL, terima kasih Tun Dr. Mahathir bin Mohamad…

Walaupun kecil peranan dan sumbangannya, tapi tetap dihargai mereka yang faham erti seni… Terima kasih Prof. Dato’ Ir. Dr. Wan Ramli yang menerima cadangan dan memberi peluang untuk saya hasilkan potret Tun. Dr. Mahathir bin Mohamad. Terima kasih juga kepada SELFUEL khususnya Prof. Dr. Abu Bakar, bos yang sangat memahami…

Tun cakap, “Saya suka, terima kasih.”

IMG2

Mereka yang faham akan cuba memberi penerangan tentang seni dan latar pelakang saya, itu membuatkan saya sangat tersentuh, terima kasih!

IMG4
IMG9
2015109211912
Potret Tun yang disiapkan dalam masa 3 jam
2015110125721
2015110130009
Posted on

Plein air Sambil kayuh di FRIM

Pada mulanya nak join Gerald Chong plein air sekitar FRIM sabtu lepas, tapi hajat tu terpaksa dibatalkan coz terlupa yang hari tu sepatutnya ambil plat yang ditempah di kedai cenderamata di Bangi. Biasa Sabtu kedai macam ni buka sampai kul 1 je… Group Gelard pun start agak lewat terpaksa lah balik dulu, huhu sori geng…

Apapun sempat jugaklah buat sketch di awal pagi. Sampai di FRIM dalam kul 7.15 pagi, fuhhh… memang best dan nyaman, macam duduk kat kampung cuma bezanya sini takde kabus pagi…

2015110075854
2015110082023
2015110090320
2015110091206
yang penting Gangsta Watakala mesti ada
2015110132530
Hasilnya
Posted on

Watercolor: Siri Jip Gila

Siri Jip Gila tercetus secara spontan semasa saya bercuti di Cameron Highland. Nama yang diberi bukanlah menggambarkan perkara buruk mengenai jip ini, tapi usaha gigih mereka demi sesuap nasi. Anda pasti akan terserempak dengan kelibat jip usang setiapkali menyusuri jalan di CH, bagaikan lipas kudung mereka seakan mengejar sesuatu atau bahasa kampung ‘lorat’…mungkin mengejar trip penghantaran sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya….

Entri kali ni saya kongsikan lukisan pertama Siri Jip Gila dan step ringkas menghasilkannya…
 

2015104184048 1
Tajuk: Siri Jip Gila
Medium: Cat Air
Saiz: 56x76cm
Tahun: 2015
2015101072409
2015101073142
2015101203625 1
2015103173122
Posted on

Postcard Sketches

Melakar lukisan atas postcard memang menarik dan boleh dijadikan cenderamata. Apa yang saya buat adalah sketch dan poskan terus daripada tempat lakaran dibuat ke rumah sendiri, barulah dramatik sikit. Bukti pos menyatakan memang kita berada di tempat berkenaan semasa lakaran dibuat. Awesome n syok sendiri >_<

Kertas yang digunakan jugak tak kurang hebatnya The Langton CP 300gsm, Daler Rowney. So hasilnya memang terbaik….

2015104205316
2015103110441
Siap untuk diposkan…