Tanpa buku lakaran, hanya bertemankan handphone murah ketika balik bercuti di Terengganu. Sempat jugak ke Marang, Setiu dan Besut mendapatkan gambar pemandangan yang menarik untuk dilukis. Hasilnya 4 lukisan dihasilkan 2 malam berturut2, kesemua lukisan ni dilukis kurang 1 jam menggunakan Schmincke Watercolor atas Saunders Waterford Watercolor paper… best juga layan wash tanpa detailing bagai, yang penting cepat siap dan nampak cool…
Tag: Marang
Watercolor: Alor damai Pantai Kelulut
Hampir 2 setengah jam masa nak siapkan lukisan ni… 3 hari lepas dengan marathon lukisan bersaiz kecil, malam tadi cuba dengan saiz lebih besar. Alhamdulillah berjaya siap tanpa bertangguh, hehehe. Betul kata Faizal Zainal, buat wash ni memang best, langsung rasa tidak terkongkong sepertimana nak hasilkan sebuah lukisan realis…
Seperti kata Abey Zoul pula, cari mana titik fokus utama dalam lukisan tu, selebihnya buat wash yang menggambarkan itu adalah cat air!
Baik SIFU!
Mula mengumpul postcard buatan sendiri
Sebagai penghias studio dan mungkin buah tangan mampu milik sekiranya pengunjung studio saya tidak mahu pulang dengan tangan kosong.
Kejernihan air di muara Pantai Marang sememangnya menarik perhatian pengunjung yang datang. Istimewanya tempat ini dikalangan penggemar fotografi dan lukisan ialah deretan bot-bot kecil yang menghiasi pantai menggambarkan aktiviti nelayan kecil yang gigih mencari rezeki demi sesuap nasi.






