Tanpa ‘Abang Besar Kawasan’ Abey Zoul, hehehe… semangat ahli Gangsta Watakala tetap membara demi mempotretkan wajah Kg. Baru di atas kanvas lukisan. Kadang-kadang ia perlu bergerak tanpa perancangan rapi, masing-masing hadir secara sukarela dengan satu misi iaitu melakar sebanyak mungkin wajah-wajah Kg. Baru.
Sedang kami tercari-cari port terbaik untuk melakar, tetiba terserempak dengan pemilik rumah biru (tumpuan penggambaran filem dan drama), Mak Long yang nyata raut wajahnya ada seribu macam keresahan mendengar keputusan Fasa Pembangunan Kg. Baru yang telah dimuktamadkan. Biarpun janji untuk memberikan pampasan, mereka tetap takut janji sekadar janji yang tidak ditepati…apa pun boleh jadi…cuma perlu tunggu dan lihat…
Okeh berbalik kepada plein air session ni, Sabtu lepas yang dihadiri Hisham Salmin, King Marul, Kartunis Tembakau, Saya dan Abang Wan Borhanuddin. Plein air waktu pagi bertukar kepada sesi pembelajaran seterusnya sesi tawar menawar, hehehe