Plein air, Sg. Tangkas 1 Januari 2016
Category: Chronicles
WASG on Tour Bangkok
Assalamualaikum Semua,
Rasanya kalo blog ni macam TV, dah berhabuk rasanya sebab tak disentuh sejak November tahun lepas, hehehe…Ada juga rakan2 terdekat yang bertanya dah lama sangat tak update blog, memang saya akui sebab terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan.
Apa pun saya cuba update semula blog ni ikut turutan dari Disember 2015 sehinggalah sekarang, sebenarnya saya dah susun awal2 lagi gambar dalam folder blog ni, cuma belum buat story lagi untuk dikongsikan…
WASG on Tour Bangkok, 5-7 Disember 2016
Sekitar plein air di Kg. Jenderam Hilir sempena Deepavali
Last minute planning dengan Hisham Salmin untuk berplein air di sekita Bangi-Kajang. Kami hanya memutuskan untuk plein air di Kg. Jenderam Hilir selepas bersarapan pagi, harap tiada yang kecewa kerana tidak dapat sertai kami. Thanks jugak pada Farid dari Bukit Mahkota yang sudi join kami, meriah la sikit.
Sesi plein air kali ini agak lain sikit, tempat yang menarik pilihan Hisham Salmin tapi sedikit cabaran buat saya (kurang pengalaman lukis pemandangan macam ni, hehehe). Tapi momen yang paling best adalah ke’sporting’an tuan tanah yang bukan hanya membenarkan kami bersiaran di sekitar tanahnya tapi telah menjamu kami dengan cucur bilis, tapai dan teh O panas, terharu pun ada, terima kasih banyak2 hanya Allah saja mampu membalasnya 🙂
Sebelum memulakan sesi, bergambar poyo tu penting
Sekitar Bengkel Cat Air Azmannor-Hisham Salmin
Alhamdulillah selesai sudah Bengkel Cat Air ke-2 saya di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Bengkel kali ini dikendalikan oleh saya dan Hisham Salmin memfokuskan latihan intensif kepada peserta untuk lebih explore kemahiran dan stail masing2 tanpa terlalu bergantung kepada stail pelukis ternama yang lain. Kami bermula dengan pengenalan tentang cat air, sebelum membawa peserta menyelami dunia cat air secara lebih mendalam. Peserta dikehendaki menyiapkan satu lukisan yang dicadangkan oleh Hisham Salmin sebelum diteruskan dengan demo cat air oleh saya sendiri di sesi terakhir.
Kehadiran peserta adalah sangat menggalakkan. Pada mulanya kami cuba hadkan peserta kepada max 10 orang sahaja, tak sangka ada lebih permintaan dan kami memutuskan untuk serapkan juga 5 peserta ini. Antara peserta yang menyertai bengkel ini ialah Cikgu Noraliza Mohamad (Melaka), Cikgu Kuntom Salleh (Melaka), Rasidi Abdul Rahman (Pahang), Eme Arizal Mahidin (Shah Alam), Elisya Munirah (Shah Alam), Ahmad Tajuddin Abdullah (UKM), Razlan Mat (Sg. Buloh), Ahmad Farid Mustaffa (Bukit Mahkota), Engku Iskandar (Kajang), Yen Peng Sim (Puchong), Crystal Lee (Sarawak), Ahmad Affzan Abdullah (Kajang), Wan Borhanuddin (KL), Ridzuan Nuruddin (Subang) dan Mohd Azwan (Kajang), Amin Daud (Bandar Baru Bangi).
Inshaa Allah dalam masa terdekat saya akan membuat demo cat air di beberapa tempat, terima kasih in advance kepada yang menjemput 🙂

Hasil demo cat air selama satu jam setengah:
Naib Juara Pertandingan Plein Air Tanjung Malim
Alhamdulillah syukur, itu sahaja yang mampu diungkapkan setelah diumumkan memenangi tempat ke-2 Pertandingan Plein Air Tanjung Malim. Dengan kehadiran dan penyertaan seramai 57 orang peserta bukanlah sesuatu yang boleh dijangka untuk memenangi pertandingan ini, tapi saya hanya bertekad untuk memeriahkan lagi acara plein air anjuran UPSI dan PeRUPA ini. Acara yang sangat baik sebagai platform untuk pelukis tanah air berkumpul, berkenalan, berkongsi idea dan mengeratkan silaturrahim.
Juri pertandingan: Prof Dr Tjejep (ITB Bandung, Indonesia), Prof Dr Halim Husain (UPSI) dan Aris Aziz (Pengerusi PeRUPA).
Pemenang:
1) Abey Zoul
2) Azman Nor
3) Ismail Alias
Saguhati:
1) Mazuki Muhammad
2) Khairul Anam,
3) Adzran Omar
Hujung minggu yang padat…
Jadual yang agak padat hujung minggu yang lepas dengan beberapa program yang menarik anjuran galeri, BSVN, APS dan plein air. Terima kasih rakan-rakan yang memberi sokongan dalam menjayakan program 2 hari ni, penuh pengisian dan bermanfaat.
17 Oktober 2015
Bengkel Cat Air Azmannor
0930 am : Pendaftaran dan pengenalan
1030 am : Demonstrasi cat air (teknik yang betul)
1330 pm : Tamat
Perasmian Pameran Nan Indah Tokonang Juo anjuran APS
1430 pm : Pendaftaran dan lawatan ke ruang pameran
Demonstrasi Cat Air oleh Abey Zoul, Mazuki Muhammad dan Azmannor di Art Bazaar
1500 pm : Mula (lakaran)
1700 pm : Siap
1730 pm : Sesi bergambar
18 Oktober 2015
Plein Air bersama Hisham Salmin di Taman Wetland Dengkil
0930 am : Mula
1200 pm : Tamat
Bengkel Cat Air Azmannor

Terima kasih Abey Zoul, Mazuki Muhammad, Ryzal Misran dan Padi Razak yang membantu.
Hasil bengkel…
Perasmian Pameran Nan Indah Tokonang Juo anjuran APS
Demonstrasi Cat Air oleh Abey Zoul, Mazuki Muhammad dan Azmannor di Art Bazaar
Plein Air bersama Hisham Salmin di Taman Wetland Dengkil
Plein air di KTM Sentul dan Sesi Seni di Project B Sentul
Walaupun cuaca agak jerebu, semangat GW masih lagi kuat untuk berplein air di Sentul. Perancangan awal untul kami melukis gerabak keretapi lama yang masih tersadai di stesen lama Sentul tidak kesampaian kerana menurut guard yang bertanggung jawab, kami perlu membuat surat kepada pihak atasan KTM memohon kebenaran bertulis kerana tempat tersebut dilarang untuk kunjungan awam. Selepas hampir 1 jam berunding, kami masih lagi tidak dibenarkan untuk melukis pandangan hadapan gerabak tersebut, kami akur kerana mereka hanya menjalankan tugas. Sekiranya kami dilepaskan mungkin mereka akan hadapi masalah nanti.
Walaupun sedikit hampa, kami tetap meneruskan aktiviti plein air ditempat yang sama walaupun view yang agak terbatas.

Sesi Seni di Project B, Sentul, 1.00 Petang
Seterusnya adalah sesi seni sambil mengisi perut yang kosong, Abey Zoul minta saya buatkan satu lukisan untuk rakan2 yang hadir

*Kredit foto-Abey Zoul, Jeremy Lee & Iffat Haiqal



































































































