Last minute planning dengan Hisham Salmin untuk berplein air di sekita Bangi-Kajang. Kami hanya memutuskan untuk plein air di Kg. Jenderam Hilir selepas bersarapan pagi, harap tiada yang kecewa kerana tidak dapat sertai kami. Thanks jugak pada Farid dari Bukit Mahkota yang sudi join kami, meriah la sikit.
Sesi plein air kali ini agak lain sikit, tempat yang menarik pilihan Hisham Salmin tapi sedikit cabaran buat saya (kurang pengalaman lukis pemandangan macam ni, hehehe). Tapi momen yang paling best adalah ke’sporting’an tuan tanah yang bukan hanya membenarkan kami bersiaran di sekitar tanahnya tapi telah menjamu kami dengan cucur bilis, tapai dan teh O panas, terharu pun ada, terima kasih banyak2 hanya Allah saja mampu membalasnya 🙂
Hasil plein air kali ini…
Saya, Hisham Salmin dan Farid
Mak Lijah sedang menggembur tanah, bercucuk tanam agaknya…
Hisham mencari angle yang sesuai…
Dapat sekor ayam…
Sebelum memulakan sesi, bergambar poyo tu penting
Hisham berkongsi sesuatu dengan Farid untuk mendapat komposisi dan angle yang baik
Hisham lupa nak bawa pelekat easel, tapi Mak Lijah bagi satu table lg, hehehe
Terima kasih Bisharuzi Omar, orang kuat PESAT yang jemput untuk support aktiviti anjuran PESAT mendaki Bukit Broga bersama Pendaki Solo, Encik Mohd Noor Mat Amin. Bila dapat pelawaan tu terfikir jugak kalau boleh plein air di puncak bukit tu. So apa lagi terus planning dan jemput ahli Gangsta Watakala untuk berplein air sambil mengeluarkan peluh. Tapi sambutan agak kurang mungkin tak berapa confident kot…
Walaupun hampir berputus asa, akhirnya Abang Jamal Tommy dan Tajuddin dari SELFUEL offer untuk join. 3 orang pun dah cukup bagus, atleast ada kawan untuk melukis…
Terima kasih Bisha & PESAT…
Lepas lelah selepas penat mendaki…
Pemandangan dari tempat kami melukis…
Memang best tempat ni, sejuk…
Muka poyo, huhu…
Nampak macam gayat…
T-shirt Persatuan Anak-anak Terengganu di Selangor & Wilayah Persekutuan (PESAT)
Broga Hill Medium: Cat air (watercolor) Saiz: 38 cm x 56 cm
Pelukis WASG dan pelukis jemputan bergambar bersama YBhg. Dato’ Mahadzir Lokman, Pengerusi LPSVN
Antara tetamu yang datang
Dato’ Mahadzir menandatangani lukisan yang saya hasilkan
Puan Aminah, Pengerusi MWS dan Encik Suzlee Ibrahim antara tetamu kehormat yang datang
Sedikit penerangan
Lakar langsung…
Interview by Berita Harian dan Utusan
Bersama collector terkenal Mr. Loh
Bukan saja collector, tetapi kolektor berilmu…banyak juga panduan yang diberikan, terima kasih Mr. Loh!
Sahabat fb yang pertama kali jumpa, Prof. Madya Dr. Ghazali Daimin dari UiTM Shah Alam, baru ada kesempatan nak bagi lukisan…
Prof. Madya Dr. Ghazali Daimin juga merupakan ex-classmate Abg Jamal Tommy
Antara audien terawal
Suka bila Dato’ Dale kecek kelate dengan my wife
Orang kuat WASG, Gangsta Watakala dan GSA. Dari kiri Sany Misnan, Jamal Tommy, Abey Zoul, Saya, Iszuan, Hisham Salmin, Ridzuan Nuruddin, Maroz, Razlan dan Syahman
Berbesar hati menerima kehadiran Mazuki Muhammad dan Sham Cni pelukis hebat dari Kelantan yang menginap di rumah saya sepanjang hujung minggu ni. Sebenarnya mereka datang untuk ke Majlis Perasmian Pameran Lambaian Kelantan 5 di City Art Gallery, Ampwalk. Disebabkan mereka datang lebih awal, so kami dari Gangsta Watakala jemputlah untuk ke sesi plein air di Bandar Kajang pada pagi Sabtu.
Alhamdulillah kehadiran agak memuaskan seramai 8 orang pelukis yang join sesi kali ni iaitu Hisham Salmin, Mazuki Muhammad, Sham Cni, Maroz Khuzaini, Wan Borhanudin, King Marul dan Iffat Haiqal. Sebagai permulaan kami berjalan menyusuri bandar mencari lokasi2 dan bangunan2 yang menarik sebelum start berplein air.
Kajang mood Saiz: 38 cm x 56 cm
mereka hebat…
Hisham Salmin penuh tekun beraksi…
Bangunan yang menempatkan Galeri Warisan Kajang
Semasa berplein air, kami terserempak dengan Cikgu Lee yang juga merupakan pemilik Galeri Warisan Kajang dan ahli dalam Persatuan Pelukis Hulu Langat, hehe saya yang duduk di Bandar Baru Bangi sendiri pun tak tau kewujudan kumpulan ni…moga lepas ni terus keep in touch dengan mereka. Seterusnya selepas plein air, kami dijemput Cikgu Lee ke Galeri Warisan Kajang untuk melihat koleksi warisan Kajang termasuk lukisan2 dan lakaran2 yang berkaitan Kajang, awesome giler!!!…
Cikgu Lee
Antara koleksi galeri ini, menarik bukan? oldskool sangat…
Gara2 tak puas berplein air di Seremban, sempat lagi buat solo plein air hari berikutnya di Pekan Bangi Lama. Cabaran buat solo plein air ni ialah mudah bosan dan cepat mengantuk, hehe…
Pekan Bangi Lama merupakan pekan nostalgia buat saya kerana saya pernah sewa rumah di kawasan ni dari tahun 2010-2012 (3 tahun jugak lah) sebelum saya moved to Seksyen 1 Bandar Baru Bangi atas sebab tuan rumah nak guna rumah tu, sedih tu agak sedih jugaklah tapi takpe lah rumah yang saya duduk sekarang pun saya beli dari owner terdahulu…so merasa jugaklah nak ada rumah sendiri kan…
Ok berbalik pada Pekan Bangi Lama ni, semasa saya tinggal di sini, penah terjadi sejarah hitam yang mengubah 30 peratus landskap pekan ni. Kalau tak silap pada tahun 2011 berlaku kebakaran satu deretan kedai lama akibat litar pintas. Keseluruhan lebih 5 buah kedai kawasan tersebut musnah sama sekali… sadis tapi kini bangunan baharu pantas didirikan atas tapak tersebut… Disebabkan kejadian ni, mungkin akan memadamkan sedikit sejarah dan warisan Pekan Bangi Lama yang cuba dipertahankan sekian lama. Bayangkan lah ia berlaku sekelip mata, saya balik keje bangunan kedai ni masih ada, keesokannya nak keluar tetiba dah takde, mesti terasakan lebih2 lagi saya selalu ke hardware apek dan kedai perabot amoi kat situ…
Kejadian ke2 yang tak dapat dilupakan bila banjir kilat melanda kawasan sekitar pekan ni menyebabkan saya sendiri tak dapat akses ke rumah sewa saya… Banjir kilat ni berlaku akhir tahun 2011 mungkin disebabkan masalah perparitan yang tersumbat dan terlalu kecil. Terpaksalah saya hampir satu malam sebelum dibenarkan melintasi kawasan banjir… Cabaran jugalah walaupun rumah sewa saya tak ditenggelami air sebab berada dilereng bukit…Difahamkan kini anak sungai di kawasan tersebut telah diluaskan dan dibina benteng konkrit bagi mengelakkan perkara yang sama berulang lagi, thumb up to PBT…
Jauh pulak cerita ni, hehehe… So lukisan ni dihasilkan sekurang2nya saya dapat mengimbau kembali kisah lalu ketika berada di sini.
Tajuk: Rezeki pagi amoi Saiz: 28 cm x 38 cm Daler Rowney/Winsor Newton watercolor + 300gsm Bockingford watercolor paper
Kalau ada yang perasan stail yang saya gunakan atas kertas ni sangat berbeza dengan kertas Saunders Waterford, warna yang disapu pada kertas Bockingford lebih menyerlah walaupun telah kering, kadar serapan kertas ni agak kurang berbanding kertas Saunders Waterford.
Mesti korang tertanya2, so yang mana lebih baik??? betul tak?…hehehe sebenarnya kedua2 nya baik dan ianya bergantung kepada teknik yang kita gunakan, sama ada nak gunakan teknik wet on wet, wet on dry atau dry on wet…nak tahu?perlu ada sesi la kan, susah nak cerita dalam ni, hehehe…jangan risau setakat ni sesi tu free je janji korang join plein air dengan saya >_<…
Pekan Kajang memang terkenal dengan pekan yang mempunyai banyak bangunan bersejarah seawal sebelum merdeka. Semasa menyelusuri jalan di Pekan Kajang sempat juga snap beberapa gambar menarik untuk dilukis.