Posted on

Plein air Kajang

Berbesar hati menerima kehadiran Mazuki Muhammad dan Sham Cni pelukis hebat dari Kelantan yang menginap di rumah saya sepanjang hujung minggu ni. Sebenarnya mereka datang untuk ke Majlis Perasmian Pameran Lambaian Kelantan 5 di City Art Gallery, Ampwalk. Disebabkan mereka datang lebih awal, so kami dari Gangsta Watakala jemputlah untuk ke sesi plein air di Bandar Kajang pada pagi Sabtu.

Alhamdulillah kehadiran agak memuaskan seramai 8 orang pelukis yang join sesi kali ni iaitu Hisham Salmin, Mazuki Muhammad, Sham Cni, Maroz Khuzaini, Wan Borhanudin, King Marul dan Iffat Haiqal. Sebagai permulaan kami berjalan menyusuri bandar mencari lokasi2 dan bangunan2 yang menarik sebelum start berplein air.

2015509195736 1
Kajang mood
Saiz: 38 cm x 56 cm
2015509120555
mereka hebat…
2015509101032
Hisham Salmin penuh tekun beraksi…
2015509120801
Bangunan yang menempatkan Galeri Warisan Kajang

Semasa berplein air, kami terserempak dengan Cikgu Lee yang juga merupakan pemilik Galeri Warisan Kajang dan ahli dalam Persatuan Pelukis Hulu Langat, hehe saya yang duduk di Bandar Baru Bangi sendiri pun tak tau kewujudan kumpulan ni…moga lepas ni terus keep in touch dengan mereka. Seterusnya selepas plein air, kami dijemput Cikgu Lee ke Galeri Warisan Kajang untuk melihat koleksi warisan Kajang termasuk lukisan2 dan lakaran2 yang berkaitan Kajang, awesome giler!!!…

2015509121927
Cikgu Lee
2015509121946
Antara koleksi galeri ini, menarik bukan? oldskool sangat…
2015509121956
Koleksi kamera lama pun ada…
2015509122017
Selak pintu pun ada…
2015509122022
Sham Cni posing maut…
2015509122039
2015509122049
Perlakuan apakah ini?
2015509122236
Sesekali posing ala superpoyo