Gara2 tak puas berplein air di Seremban, sempat lagi buat solo plein air hari berikutnya di Pekan Bangi Lama. Cabaran buat solo plein air ni ialah mudah bosan dan cepat mengantuk, hehe…
Pekan Bangi Lama merupakan pekan nostalgia buat saya kerana saya pernah sewa rumah di kawasan ni dari tahun 2010-2012 (3 tahun jugak lah) sebelum saya moved to Seksyen 1 Bandar Baru Bangi atas sebab tuan rumah nak guna rumah tu, sedih tu agak sedih jugaklah tapi takpe lah rumah yang saya duduk sekarang pun saya beli dari owner terdahulu…so merasa jugaklah nak ada rumah sendiri kan…
Ok berbalik pada Pekan Bangi Lama ni, semasa saya tinggal di sini, penah terjadi sejarah hitam yang mengubah 30 peratus landskap pekan ni. Kalau tak silap pada tahun 2011 berlaku kebakaran satu deretan kedai lama akibat litar pintas. Keseluruhan lebih 5 buah kedai kawasan tersebut musnah sama sekali… sadis tapi kini bangunan baharu pantas didirikan atas tapak tersebut… Disebabkan kejadian ni, mungkin akan memadamkan sedikit sejarah dan warisan Pekan Bangi Lama yang cuba dipertahankan sekian lama. Bayangkan lah ia berlaku sekelip mata, saya balik keje bangunan kedai ni masih ada, keesokannya nak keluar tetiba dah takde, mesti terasakan lebih2 lagi saya selalu ke hardware apek dan kedai perabot amoi kat situ…
Kejadian ke2 yang tak dapat dilupakan bila banjir kilat melanda kawasan sekitar pekan ni menyebabkan saya sendiri tak dapat akses ke rumah sewa saya… Banjir kilat ni berlaku akhir tahun 2011 mungkin disebabkan masalah perparitan yang tersumbat dan terlalu kecil. Terpaksalah saya hampir satu malam sebelum dibenarkan melintasi kawasan banjir… Cabaran jugalah walaupun rumah sewa saya tak ditenggelami air sebab berada dilereng bukit…Difahamkan kini anak sungai di kawasan tersebut telah diluaskan dan dibina benteng konkrit bagi mengelakkan perkara yang sama berulang lagi, thumb up to PBT…
Jauh pulak cerita ni, hehehe… So lukisan ni dihasilkan sekurang2nya saya dapat mengimbau kembali kisah lalu ketika berada di sini.
Kalau ada yang perasan stail yang saya gunakan atas kertas ni sangat berbeza dengan kertas Saunders Waterford, warna yang disapu pada kertas Bockingford lebih menyerlah walaupun telah kering, kadar serapan kertas ni agak kurang berbanding kertas Saunders Waterford.
Mesti korang tertanya2, so yang mana lebih baik??? betul tak?…hehehe sebenarnya kedua2 nya baik dan ianya bergantung kepada teknik yang kita gunakan, sama ada nak gunakan teknik wet on wet, wet on dry atau dry on wet…nak tahu?perlu ada sesi la kan, susah nak cerita dalam ni, hehehe…jangan risau setakat ni sesi tu free je janji korang join plein air dengan saya >_<…