Alhamdulillah syukur, itu sahaja yang mampu diungkapkan setelah diumumkan memenangi tempat ke-2 Pertandingan Plein Air Tanjung Malim. Dengan kehadiran dan penyertaan seramai 57 orang peserta bukanlah sesuatu yang boleh dijangka untuk memenangi pertandingan ini, tapi saya hanya bertekad untuk memeriahkan lagi acara plein air anjuran UPSI dan PeRUPA ini. Acara yang sangat baik sebagai platform untuk pelukis tanah air berkumpul, berkenalan, berkongsi idea dan mengeratkan silaturrahim.
Juri pertandingan: Prof Dr Tjejep (ITB Bandung, Indonesia), Prof Dr Halim Husain (UPSI) dan Aris Aziz (Pengerusi PeRUPA).
Pemenang:
1) Abey Zoul
2) Azman Nor
3) Ismail Alias
Saguhati:
1) Mazuki Muhammad
2) Khairul Anam,
3) Adzran Omar