Kumpulan Gangsta Watakala dengan projek terbaru untuk pameran akan datang.
Category: Chronicles
Terapi Seni bersama Gangsta Watakala
Geng Kelantan ada Saturday Art Fever (SAF), KL-Lembah Klang pun ada SAF jugak, sentiasa ada perancangan untuk berpagi2 untuk mengadakan plein air, group study dan terapi seni. Pertama kali join terapi seni bersama Gangsta Watakala memang banyak perkara dipelajari antaranya kelemahan yang harus diperbaiki, berkongsi idea dan pengalaman, dan mendapat tunjuk ajar dalam memilih peralatan seni yang bersesuaian. Terima Kasih Gangsta Watakala dan WASG!
Pertandingan Melukis Terbuka SENIKA 2014 “Panorama Sungai Lembing”
Walaupun sudah seminggu terlewat untuk post kan entry ni disebabkan masalah internet yang kritikal, saya nak share jugak gambar-gambar sepanjang aktiviti ni berlangsung.
Sebagai info Sungai Lembing sememangnya terkenal dengan panorama yang menarik dan unik kerana suasana bekas tapak perlombongan bijih timah (sekitar tahun 1920-1950) yang ditinggalkan dan tambahkan lagi dengan rekabentuk bangunan lama yang dikekalkan untuk tatapan pelancong dalam dan luar negara. Justeru Pertandingan Melukis Panorama Sungai Lembing diadakan bagi mengabadikan panorama Sungai Lembing dalam bentuk catan.
Untuk tidak melepaskan peluang saya dan kumpulan Warna dan Air Gallery (WASG) telah menyertai pertandingan yang disertai pelukis dari seluruh semenanjung. Sebanyak 40 penyertaan diterima oleh pihak penganjur dan aktiviti dimulakan dengan taklimat oleh Tuan Mohd Shaimy sebelum pertandingan bermula pada jam 930 pagi dan berakhir pada jam 130 petang. Karya yang siap berserta frame hendaklah dihantar sebelum atau pada jam 130 petang sahaja. Sementara menunggu karya diadili juri, aktiviti seterusnya adalah melukis potret yang diketuai oleh 2 orang sifu iaitu Tuan Munif dan Tuan Fadli, potret pilihan sifu akan menerima hadiah sebanyak RM300.
Keputusan hasil melukis Panorama Sungai Lembing pula sangat-sangatlah tidak diduga, dengan hanya berbekalkan semangat dan niat untuk bertemu otai-otai lukisan tanahair saya sertai juga pertandingan ini. Mungkin rezeki lebih memihak kepada saya mendapat tempat ketiga. Bantuan dan sokongan isteri, keluarga dan yang paling utama Gengsta Watakala dari WASG yang tidak pernah jemu untuk melukis dan terus melukis.
Kredit gambar kepada Syarfuddin Abdullah dan Rajawali Artgroupe Internationale.
Plein Air di Kampung Bukit Tinggi, Pahang
Sesi plein air minggu ini agak terkeluar dari Lembah Klang. Antara sebab yang paling utama ialah masalah jerebu yang teruk melanda beberapa kawasan di Lembah Klang. Jadi team plein air mengambil keputusan untuk tidak pergi terlalu jauh dan mencadangkan Kampung Bukit Tinggi sebagai tempat yang paling sesuai kerana pemandangannya sangat cantik dan cuaca yang tidak terlalu panas.
Sesi plein air di Bagan Pasir, Kuala Selangor
Selesai sudah sesi plein air di Bagan Pasir, Kuala Selangor pada 8 Mac 2014. Subjek yang dipilih semestinya pengkalan kecik bot nelayan di Bagan Pasir. Plein air kali ini merupakan latihan sebagai bekalan untuk ke Sungai Lembing pada 22 Mac nanti.
Setelah penat berplein air, tak sah kalau ke Kuala Selangor sekiranya tidak mencuba Mee Udangnya. Memang sedap berbanding tempat lain tetapi agak kurang pedas…
Solo, moga dipermudahkan…
Sesuatu yang terjadi mungkin ada hikmahnya…mula serius dengan cat air kira-kira 2 tahun lepas, berkorban masa, menadah telinga mendengar kritikan demi menyiapkan satu persatu karya sehinggalah jumlahnya menjejak angka 100. Alhamdulillah kerana doa keluarga dan beberapa individu berhati mulia, saya mampu berkongsi pentas seni bersama-sama nama yang tidak asing dalam dunia catan air.
Saya masih ingat lagi… suatu masa perlu mencari collector untuk survival karya saya, amat-amat sukar dan perlukan pengorbanan, waktu itu tiada seorang pun yang benar-benar dekat untuk memahami karya saya kecuali isteri, mak ayah, keluarga terdekat saya dan sebelah isteri serta beberapa individu yang kalau boleh saya sebut satu nama ialah Mohd Noor Anzam Deraman. Mereka banyak membantu memberi semangat dan kekuatan kepada saya untuk terus berkarya.
Bersyukur sangat-sangat ada mereka sekurang-kurang apa yang kita lakukan dihargai, dan saya bertekad untuk hasil seberapa banyak karya sebelum meng’expose’kan diri dengan menyertai pameran dan jualan. Akhirnya pada 2014, impian untuk betul-betul serius menyertai pameran terlaksana dengan menghantar beberapa karya kepada beberapa galeri di sekitar Lembah Klang termasuklah yang masih dalam perancangan iaitu pameran solo saya sendiri di Galeri Seni, UKM Bangi yang akan diadakan pada bulan Oktober 2014. Jauh lagi tuuu… tapi perancangan rapi perlu dibuat sebab ini adalah acara terbesar yang pernah saya buat untuk diri sendiri. Lantaklah orang nak cakap belakang, lambat lagi tapi dah beria bagai, hehehe. Anyway terima kasih sangat-sangat kepada Puan Zaiton, Pegawai Pusat Kebudayaan UKM atas perhatian beliau dengan memasukkan pameran solo ini sebagai salah satu aktiviti dalam kalendar Pusat Kebudayaan 2014.
Doa rakan-rakan diperlukan semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan.
First time plein air berwarna…
Kali pertama join plein air berwarna ni, bertempat di Kampung Puah, Gombak. Pemilihan subjek yang menarik kerana berkemungkinan besar kampung ini akan lenyap kerana pembangunan, strong bukti ialah dah ada papan tanda cadangan pembinaan pusat komersial di atas tapak ini, sedih betul.
Walaupun tidak semua ahli yang hadir, plein air ini tetap meriah dengan penerimaan penduduk setempat. Mereka jelas teruja bila tengok geng2 plein air ini ‘memotretkan’ suasana dan rumah mereka siap bekalkan air untuk kami, terima kasih banyak…








































































