Posted on 1 Comment

Hero cilik beraksi…

Bila tengok hero saya menunjukkan tanda2 minat pada lukisan sy jadi sedikit optimis yang dia mampu buat lebih baik dari ayahnya. Bila tengok ayahnya tengah melukis mulalah keluar perkataan “NAK NAK…”. Bila bagi pensil dan kertas dia tak puas hati sebab tengok ayahnya pakai berus dan watercolor… nak jugak guna berus. hmmm terpaksalah ikut kehendak kalo tak memang mengamuklah…

Dah bagi berus dan kertas pun tak cukup lagi sebab dia tengok ayahnya ‘mengaler’ guna air. hehehe macam2. Izz Zaheen ni agak cepat tangkap apa yang orang lain buat especially dia mudah tiru apa yang ibu n ayah buat. 

Dia akan perhati betul2 apa yang ayah ibu buat, hmm lepas tu siaplah. 

Yang paling tak dapat dilupakan bila saya berbincang sesuatu dengan isteri (dalam kereta), biasalah isteri saya akan membahasakan saya ‘Abang’… apa lagi bila dengar perkataan tu, x lekang la diulangnya dengan muka sinis.

2015218185127
Saya guna berus RM4.90, tapi Izz Zaheen guna berus mahal, hehehe yang penting biar jadi yang terbaik…
2015218185129
2015218185151
2015218185159
Ayah amik color satu pan je, Izz Zaheen sapu satu pallete
2015218185210
Perhati betul2, wajib ada bekas air kat sebelah kertas Izz Zaheen. Nasib baik dia tak tau ayah bawa balik satu travel pallete dalam simpanan, kalo tak memang dia tak mau share, hehehe
Posted on 1 Comment

Sketchbook

Sketchbook sangat penting dalam kehidupan saya, saya sangat kurang bermain dengan handphone atau berwassap bagai tapi saya sangat obses dengan sketching. 

Bermula dengan teruja bila tengok koleksi sketchbook Taib Aur semasa hantar karya untuk Art Sale di BSVN. Yang bestnya, Taib Aur bagitau sketchbook dia memang buat sendiri, lagi jimat dan kita akan lebih hargai… emmm ada kebenarannya…

Bermula dengan idea Taib Aur ni lah saya start google cara pembuatan sketchbook ni. Alhamdulillah percubaan pertama berjaya. Dari situ la saya terus serius dengan sketching ni sampai sekarang…

2015208161321 1
11 sketchbooks dalam masa setahun, 4 dah complete
2015208162021
Handmade sketchbook
Posted on

Watercolor: Rumah biru Kg. Baru

Peminat Adnan Sempit pasti perasan dengan kewujudan Rumah Biru ni… terletak di Kg. Baru, pemilik rumah kecik ni yang dikenali Mak Long agak resah memikirkan nasib mereka yang puluhan tahun menghuni Kg. Baru selepas kerajaan mengumumkan Pelan Pembangunan Kg. Baru… Doakan mereka akan terus dibela sekurang-kurangnya pampasan yang diberikan setimpal dengan apa yang mereka terpaksa korbankan.

2015121221823 1
Tajuk: Rumah Biru
Medium: Cat air @ watercolor
Saiz: A4++
Posted on

Plein air di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi

Tetiba pagi Ahad lepas terasa nak plein air di tempat sendiri, so tempat paling ok adalah Tasik Cempaka. Port yang dipilih langsung tiada gangguan membolehkan lukisan disiapkan dalam jangka masa 1jam 40 minit sahaja.

Kali ni masih menggunakan Schmincke watercolor dan kertas jenama Saunders Waterford 300gsm yang mudah didapati di Art Shop BSVN.

2015201090355
2015201103838
2015201112620 1
Tasik Cempaka (dari Perpustakaan B.B.Bangi)
Saiz: 28 cm x 37 cm
Tahun: 2015
Posted on

Plein air di Tasik Titiwangsa

Agak lewat post pasal plein air di Tasik Titiwangsa ni, Gangsta Watakala telah turun ke Tasik Titiwangsa dengan semangat yang berkobar2 setelah beberapa minggu xplein air. Macam biasa dengan kehadiran Abey Zoul, Hisham Salmin, KingMarul, Maroz Khuzaini, Abah tambah merancakkan lagi aktiviti gangsta. Bukan itu saja, kami juga sebenarnya ingin memeriahkan lagi sesi plein air kumpulan cat minyak dari Melaka iaitu Abinaj, Pak Loong Yus, Conteng Artz dan beberapa orang lagi yang dah beberapa minggu berkampung di Tasik Titiwangsa… Mereka hadir sempena pameran hasil lukisan cat minyak mereka yang sedang berlangsung di Artiseri, Seri Pasific Hotel, sebelah PWTC…

Jom support karya anak tempatan…

IMG 20150131 WA0019
Menarik angle yang diambil Abey Zoul
IMG 20150131 WA0012
King memulakan sesi melakar…sengih tak tentu pasal
IMG 20150131 WA0018
Peminat Abinaj…
IMG 20150131 WA0020
Silap langkah kena pancung ni, hehehe
2015131082427
2015131184607
Tasik Titiwangsa
Medium: Watercolor
Saiz: 28 cm x 37 cm
Posted on

Name card baru…

Dah berapa kali tangguh nak buat name card yang baharu sebab yang lama dah habis. Terima kasih sebab ada yang prihatin ingatkan untuk print out yang baharu, nasib baik ingat. Alang2 buat yang baharu, design pun baharu la, lebih simple dan yang paling penting dalam name card ni anda takkan jumpa alamat studio saya.

2015129071803
Yang baharu menggunakan 220gsm paper yang teksturnya seakan2 Arches Watercolor Paper, hmmm…agak menarik…
2015129071846
Yang lama tinggal 2 keping ni je…
IMG 0091 1
Painting asal yang digunakan untuk name card kali ni…
Posted on 2 Comments

30 Tahun Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina UKM

Terima kasih Encik Zaidi yang buat tempahan ni, katanya akan dicopy kepada beberapa salinan untuk dijadikan cenderamata kepada mantan dan warga FKAB yang terpilih. 

Lukisan kali ni dihasilkan lebih detail atas permintaan Encik Zaidi sendiri, walaupun kecik tetapi mengambil masa yang agak lama dan memerlukan ketekunan yang tinggi.

2015111172724

Menggunakan Schminke watercolor di atas Bockingford watercolor paper, hasilnya memang seperti yang dijangka kerana kertas ni memang sesuai dengan semua teknik dan kawalan berus.

2015111204631
Atas permintaan untuk nampakkan suasana senja dan katanya akan diframekan menggunakan frame IKEA ni, hmm menarik…
2015111204713
Tajuk: Tasik kejuruteraan
Medium: watercolor
Saiz: A5++
Tahun: 2015
2015113221737
Tajuk: Bangunan Pentadbiran & Akademik FKAB
Medium: watercolor
Saiz: A5++
Tahun: 2015
2015113221754