Memang jarang kemas studio ni, sebab masih berpegang dengan mentaliti segelintir pelukis, hehehe. Apapun saya tetap kalah dengan mereka kerana studio saya rumah saya. so nak tak nak rumah sendiri perlu sentiasa kemas untuk keselesaan sendiri dan tetamu…
Studio saya sangat simple. Takde pun lampu meja klasik yang biasa pelukis guna, hanya meja dan kerusi IKEA yang paling murah bertemankan beberapa kotak dan satu rak untuk mengisi peralatan lukisan.
Saya juga obses dengan buku dan katalog berkaitan lukisan sebagai rujukan semasa berkarya, dan pelukis yang sentiasa saya rujuk adalah Arwah Tuan Haji Mansor Ghazali, walaupun saya hanya ada 1 katalog lukisannya tapi masih tak puas merujuk hasil lukisannya yang mempunyai aura tersendiri, lukisan yang vibrant, titik fokus yang nyata dan campuran warna yang agak sukar untuk dihasilkan kebanyakan pelukis termasuk saya yang masih mentah ni….
Bagi yang berminat untuk tengok koleksi lukisan saya secara live, boleh lah datang ke studio saya di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi, berdekatan Surau Annur….
Sesekali spent time untuk diri sendiri menarik jugak, release tension. Sebenarnya langsung takde plan untuk ke 7th Putrajaya International Hot Air Balloon ni, semuanya bila Hisham Salmin bagitau ada karnival pada hari yang sama kami plein air…lepas plein air jam 10.30 pagi saya terus ke sana dengan harapan boleh tengok belon gergasi. Huhh harapan musnah, sebijik belon gergasi pun takde kecuali trademark PIHAB.
Tapi terubat juga lah sebab dapat join Helicopter Joy Rides, pusing-pusing sambil tengok pemandangan indah Putrajaya. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan sebab first time naik helicopter, ada sikit kejakunan disitu, hahaha…
Pemandangan Putrajaya Saiz: 19 cm x 56 cm Schmincke + Winsor Newton watercolor + 300gsm Bockingford watercolor paper
Sebelum naik heli, sempat jugaklah buat satu sketch
Pemandangan menarik
Thanks organizer, dapat jgk jd co-pilot
Sape nak buat banglo kat Putrajaya, banyak lagi tanah kosong…
Pemandangan 7th Putrajaya International Hot Air Balloon dari udara, awesome!
Mat Salleh belakang ni lah berebut nak jadi co-pilot, huhhh aku xkan mengalah… hahaha
Misi plein air ke Kg. Baru pada 14/03/2015 terbatal mungkin ahli Gangsta Watakala yang lain ada urusan lebih penting, so saya dan Hisham Salmin terpaksa mencari inisiatif lain untuk berkarya santai sambil berkayuh. Hisham mencadangkan untuk kami turun sekitar Putrajaya, cadangan yang bagus dekat dengan saya dan dekat dengan Hisham…
Tanpa perancangan rapi kami hanya berjumpa di Taman Wetland pada jam 8 pagi. Terus berkayuh mencari port menarik sebelum melukis. Cadangan tempat kedua oleh Hisham amat menarik kerana tiada gangguan oleh pengunjung taman ni dan pemandangan tasik yang memukau dengan kehadiran burung Pelican dan itik Mandarin.
satu setengah jam masa diambil untuk melakar pemandangan dan hasilnya….
Kali ni dengan t-shirt APS
Hisham Salmin penuh santai…
Kami cyclist amatur, beskal pun murah2 je, hehehe…
Pemandangan menarik, sungguh syahdu tengok 2 ekor angsa poyo tu berlagak dalam air…
Hasil plein air kali ni
Hah yang ni dah jadi koleksi peribadi, TQ Hisham, dealed harga yang berpatutan…
Sebenarnya tiada langsung perancangan untuk ke Sibu/Sarikei. Segalanya spontan selepas officemate Rizal bagitau nak balik ke kampung ibunya di Sarikei, petang tu jugak kami beli tiket, awal pagi keesokannya terus fly ke sana, hehe… Sori rakan2 yang tanya tu, bukan tak ajak tapi kalau ajak pun siapa lah yang nak ikut kalau dah rushing macam ni kan… lagi pun saya menumpang kawan je ke sana…
Apapun pengalaman 3 hari berada di Sibu/Sarikei takkan dilupakan kerana kehidupan mereka sangat berbeza dengan kita di semenanjung. Penuh kesederhanaan dan hidup dalam keadaan yang sangat harmoni.
Hari pertama 27/02/2015: Flight KL-Sibu jam 6.00 pagi, tiba di Sibu jam 8.00 pagi kami dijemput Cousin Rizal. Dari Airport Sibu kami ambil teksi ke Bandar Sibu untuk dapatkan trip bas ke Sarikei. Kami sampai di bandar Sibu jam 9.20 pagi… Alhamdulillah sempat dengan trip bas jam 9.45 pagi. Sementara menunggu bas bertolak, saya sempat round sekitar Bandar Sibu untuk snap beberapa gambar yang menarik. Seterusnya tepat jam 9.45 kami bertolak ke Sarikei, agak janggal sebab dah hampir 12 tahun tak naik bas lompat2. hehehe
Selepas 1 jam perjalanan, kami akhirnya tiba di Sarikei. Maka bermulalah episod sketching saya sekitar Bandar Sarikei. Sempat jugalah beberapa keping sebelum dijemput ayah dan ibu Salim. Seterusnya kami teruskan perjalanan ke Kabong yang mengambil masa hampir 1 setengah jam untuk sampai ke sana. Saya sangat teruja sepanjang perjalanan dengan hidangan pemandangan yang memukau bumi Sarawak.
Tiba di Kabong, kami di sambut mesra saudara mara Rizal. Saya biarkan Rizal dengan saudaranya. tak mau ganggu mungkin banyak cerita nak dikongsi, saya terus dapatkan port yang menarik untuk buat sketching di jeti berdekatan. Sepanjang hari sketchbook tidak lekang daripada tangan saya…
Hari kedua 28/02/2015: Awal pagi terus melakukan sketching di sekitar Kg. Gerigat, pemandangan yang menarik matahari terbit adalah bonus untuk saya siapkan beberapa lukisan yang menarik. Sketching session ni berlangsung hingga petang. Dan target untuk penuhkan 60% sketchbook telah berjaya. Selepas rehat dan solat, saya cuma lakukan final touch untuk pastikan lukisan yang dihasilkan lebih dramatik. Nak tengok hasil sketchbook boleh rujuk entry sebelum ni…
Hari terakhir 01/03/2015: Awal jam 4 pagi Salim dan Pak Ngah turun ke laut mencari rezeki, kot2 boleh dapat banyak hasil tangkapan udang untuk bekalan kami pulang ke semenanjung. Terima kasih Salim, Pak Ngah dan Mak Ngah! Dan saya teruskan dengan sketching session di sekitar jeti, melakar puluhan nelayan berlumba2 turun ke laut mencari rezeki. Bayu pagi ni agak dingin berbanding semalam, sesuai dan tenang tuk siapkan lukisan. Sebelum jam 12 tengahari, hanya 2 muka surat lagi yang tinggal untuk saya buat lakaran di sepanjang perjalanan ke Sibu nanti. Salim dan Pak Ngah pulang dengan hasil tangkapan yang agak memberansangkan, sebahagian hasil ini sebagai bekalan kami pulang nanti…
Sempat dengan satu sketching sebelum berlepas
Sungai Rejang
Bandar Sibu
Sambil alas perut, sempat lukis bot laju di depan mata…
Pasar Sungai Rejang
hari pertama di sebelah jeti obor2
Siap
Round kampung, terjumpa jeti JKR ni, apa lagi…
Peralatan yang setia
Dibelakang tu bot hasil pertukangan bapa saudara Rizal, memang tak percaya upah satu bot lebih kurang RM1200-RM1500 sahaja, dan satu bot cuma berharga sekitar RM5000!
Jeti JKR
Siap
Pagi ni sorang2 je
Lewat petang di pasar Kg. Nyabor, 2 orang perempuan sebelah tu cikgu dari semenanjung, orang Kelantan, ni kira port lepak dorang waktu petang la…
Stail jugak lukis atas ni…
view dari tempat saya melukis…
80% siap
Hasil tangkapan Salim dan Pak Ngah
Sebelum balik sempat tuk last sketch
Complete 1 sketchbook menceritakan perjalanan saya ke Sibu/Sarikei, Terima kasih Rizal, Salim, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Ban & isteri (lupa nama, hehehe) dan keluarga lain yang mesra menerima kehadiran saya di sana, JUMPA LAGI…
Warna Air Studio Gallery telah mengadakan open day dengan kerjasama Scrap n Crop yang merupakan sole agent untuk produk QoR Watercolordari Golden USA. Para pelukis telah dijemput hadir untuk mencuba sendiri produk yang tidak menggunakan Arabic Gum ini, hasilnya sangat mengujakan dengan warna yang lebih menyerlah walaupun telah kering. Antara part yang paling best bila campuran warna dilakukan, warna yang diinginkan lebih mudah terhasil…
Sekali cuba pasti tersangkut, hehe… harganya hmmm boleh tahan la, sesuai dengan kualitinya, review harga boleh rujuk website mereka.
Gambar di bawah menunjukkan betapa terujanya kami menggunakan warna yang hebat ni…
Nampak tak muka teruja Kartunis Tembakau tu?
QoR Watercolor tampil dengan 3 pilihan iaitu High Chroma, Earth Colors dan Introductory, harga yang ditawarkan ialah RM150/6tubes in box dan RM250/12tubes in box
Synthetic brushes turut ditawarkan, ditanya kenapa sintetik, jawapan mereka membuatkan kami terharu…
Antara produk yang ditawarkan dengan harga berpatutan
Opening oleh Tn. Zaid, wakil WASG dan biker yang handsome
Nampak tak muka teruja Abey Zoul? macam budak baru dapat mainan, hehehe, gurau je… Yang ni set 12 berharga RM250
Yang ni Set 6 berharga RM150
3 Demo card ni diedarkan pada semua untuk merasai sendiri ke’best‘an QoR watercolor ni. Tetapi yang paling teruja ialah Stratch More watercolor paper yang sangat2 best. Kualiti setaraf Arches watercolor paper
Selama 3 hari berkampung di Kg. Gerigat, Kabong, Sarawak, banyak pengalaman yang diperolehi. Seperti biasa sebagai seorang pelukis tidak sah kalau pengalaman ini tidak dilakar dalam bentuk lukisan. Bagi saya sangat jarang orang ingin mendengar cerita pengalaman menarik kita kecuali dengan paparan visual seperti gambar atau lukisan, inilah sebenarnya tarikan.
Perjalanan ke daerah pedalaman Sarawak ini sangat mengujakan kerana budaya dan kehidupan masyarakat di sini sangat jauh berbeza dengan masyarakat semenanjung. sepanjang perjalanan ini, satu skecthbook telah disiapkan menggambarkan kehidupan dan keadaan masyarakat di sana.
lihatlah paparan di bawah, pasti menarik…
Sketchbook saiz A5 buatan sendiri menggunakan kertas Bockingford 190gsm
Bot panjang
Mercu tanda Bandar Sarikei
Tahun Baru Cina di Sarikei
Sekitar jeti obor2 Kg. Gerigat
Pasar Sungai Rejang
Sugar Bun
Jeti dari Wharp, Sibu
Bot nelayan Sarawak
Bandar Sibu
Dinihari di Kg. Gerigat
Jeti JKR, Kg. Gerigat
Selenggara dan buat bot dilakukan sendiri oleh masyarakat di sini
Lepas kerja terasa nak makan mee udang, terfikir Bangi Kopitiam harap2 petang ni ada la…
Bila order tak de stok kuah pulak, terpaksa change to another menu yang hampir sama, kuey teow udang, sipi2 pun ok la. Lepas je melantak terus terfikir nak sketch kebetulan ada bawak travel set n sketchbook baru. hmmm hasilnya ok la not bad, nak buat lebih2 pun duk dalam kopitiam berkipas ni pun berpeluh jugak according to fenomena yang berlaku sekarang ni.
Tajuk: Si baju merah Saiz: A5 Schmincke wc + 190gsm bockingford watercolor paper