Posted on 3 Comments

Diari Sibu-Sarikei

Sebenarnya tiada langsung perancangan untuk ke Sibu/Sarikei. Segalanya spontan selepas officemate Rizal bagitau nak balik ke kampung ibunya di Sarikei, petang tu jugak kami beli tiket, awal pagi keesokannya terus fly ke sana, hehe… Sori rakan2 yang tanya tu, bukan tak ajak tapi kalau ajak pun siapa lah yang nak ikut kalau dah rushing macam ni kan… lagi pun saya menumpang kawan je ke sana…

Apapun pengalaman 3 hari berada di Sibu/Sarikei takkan dilupakan kerana kehidupan mereka sangat berbeza dengan kita di semenanjung. Penuh kesederhanaan dan hidup dalam keadaan yang sangat harmoni.

Hari pertama 27/02/2015: Flight KL-Sibu jam 6.00 pagi, tiba di Sibu jam 8.00 pagi kami dijemput Cousin Rizal. Dari Airport Sibu kami ambil teksi ke Bandar Sibu untuk dapatkan trip bas ke Sarikei. Kami sampai di bandar Sibu jam 9.20 pagi… Alhamdulillah sempat dengan trip bas jam 9.45 pagi. Sementara menunggu bas bertolak, saya sempat round sekitar Bandar Sibu untuk snap beberapa gambar yang menarik. Seterusnya tepat jam 9.45 kami bertolak ke Sarikei, agak janggal sebab dah hampir 12 tahun tak naik bas lompat2. hehehe

Selepas 1 jam perjalanan, kami akhirnya tiba di Sarikei. Maka bermulalah episod sketching saya sekitar Bandar Sarikei. Sempat jugalah beberapa keping sebelum dijemput ayah dan ibu Salim. Seterusnya kami teruskan perjalanan ke Kabong yang mengambil masa hampir 1 setengah jam untuk sampai ke sana. Saya sangat teruja sepanjang perjalanan dengan hidangan pemandangan yang memukau bumi Sarawak.

Tiba di Kabong, kami di sambut mesra saudara mara Rizal. Saya biarkan Rizal dengan saudaranya. tak mau ganggu mungkin banyak cerita nak dikongsi, saya terus dapatkan port yang menarik untuk buat sketching di jeti berdekatan. Sepanjang hari sketchbook tidak lekang daripada tangan saya…

Hari kedua 28/02/2015: Awal pagi terus melakukan sketching di sekitar Kg. Gerigat, pemandangan yang menarik matahari terbit adalah bonus untuk saya siapkan beberapa lukisan yang menarik. Sketching session ni berlangsung hingga petang. Dan target untuk penuhkan 60% sketchbook telah berjaya. Selepas rehat dan solat, saya cuma lakukan final touch untuk pastikan lukisan yang dihasilkan lebih dramatik. Nak tengok hasil sketchbook boleh rujuk entry sebelum ni…

Hari terakhir 01/03/2015: Awal jam 4 pagi Salim dan Pak Ngah turun ke laut mencari rezeki, kot2 boleh dapat banyak hasil tangkapan udang untuk bekalan kami pulang ke semenanjung. Terima kasih Salim, Pak Ngah dan Mak Ngah! Dan saya teruskan dengan sketching session di sekitar jeti, melakar puluhan nelayan berlumba2 turun ke laut mencari rezeki. Bayu pagi ni agak dingin berbanding semalam, sesuai dan tenang tuk siapkan lukisan. Sebelum jam 12 tengahari, hanya 2 muka surat lagi yang tinggal untuk saya buat lakaran di sepanjang perjalanan ke Sibu nanti. Salim dan Pak Ngah pulang dengan hasil tangkapan yang agak memberansangkan, sebahagian hasil ini sebagai bekalan kami pulang nanti…

2015227053854
Sempat dengan satu sketching sebelum berlepas
2015227074447
Sungai Rejang
2015227091652
Bandar Sibu
2015227121728
Sambil alas perut, sempat lukis bot laju di depan mata…
2015227123118
Pasar Sungai Rejang
2015227154639
hari pertama di sebelah jeti obor2
2015227160508
Siap
2015227165906
Round kampung, terjumpa jeti JKR ni, apa lagi…
2015228080100
Peralatan yang setia
2015228082051
Dibelakang tu bot hasil pertukangan bapa saudara Rizal, memang tak percaya upah satu bot lebih kurang RM1200-RM1500 sahaja, dan satu bot cuma berharga sekitar RM5000!
2015228090941
Jeti JKR
2015228093654
Siap
2015228103030
Pagi ni sorang2 je
2015228173732
Lewat petang di pasar Kg. Nyabor, 2 orang perempuan sebelah tu cikgu dari semenanjung, orang Kelantan, ni kira port lepak dorang waktu petang la…
2015301070100
Stail jugak lukis atas ni…
2015301072737
view dari tempat saya melukis…
2015301074700
80% siap
2015301112036
Hasil tangkapan Salim dan Pak Ngah
2015301190818
Sebelum balik sempat tuk last sketch
2015301200735
Complete 1 sketchbook menceritakan perjalanan saya ke Sibu/Sarikei, Terima kasih Rizal, Salim, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Ban & isteri (lupa nama, hehehe) dan keluarga lain yang mesra menerima kehadiran saya di sana, JUMPA LAGI…

3 thoughts on “Diari Sibu-Sarikei

  1. Kg bintangor jauh ke dari situ?

  2. assalamualaikum.. kalau dari sibu ke pantai belawai tu naik bas jauh tak ekk?
    dan gambar tuan ni ada tak utk dijual… saya minat la….. hihi

  3. sekadar menjawab..dai sibu ke pantai belawai ambik masa 1 jam lebih jugak klu naek bas.

Comments are closed.