Posted on

Plein air Kg. Nail, Kuala Besut

Bila balik kampung, tentunya akan ada masa diluangkan bersama2 pelukis di sana terutamanya dari Kelantan. Pada mulanya ingatkan Tho Man nak buat solo plein air, rupanya ada Mazuki Mohammad, Cikgu Haji Mokhtar Ishak dan Sham Cni jugak… Memang rezeki sayalah nak plein air dengan otai berbisa nih…

Pilihan tempat plein air kali ni hanya 10 minit dari rumah Mak Mertua saya di Kuala Besut, cantik sangat la tu, hehehe. Disebabkan saya berada di Kuala Berang menjaga ibu yang dimasukkan ke wad kerana jangkitan kuman pada hari Jumaat, so awal pagi sabtu saya dan keluarga bertolak ke Kuala Besut dan team plein air berjumpa di Kg. Nail… selebihnya tengok gambar di bawah, huh malas nak cerita….

Sebelum pulang, sempat juga la ajak mereka makan tengahari di rumah Mak Mertua saya di Kg. Baharu, terima kasih kerana sudi singgah…

2015516141012
Kami berlima sudah, anda bila lagi?
2015516104457
Antara pemandangan yang menarik
2015516130056
Peminat Cikgu Ta
2015516134532
Palette yang digunakan Cikgu Ta ni berusia lebih 8 tahun dan bila close up boleh nampak retak seribu dan warna sudah bercampur dengan plastik. Bukan tidak ada palette baharu katanya tapi Cikgu Ta sangat menghargai palette ni, hmmm kalau offer tentu tak ternilai harga ni…
2015516133714
Sambil Cikgu Ta beraksi, saya siapkan satu sketch beliau…
2015516133643
Tho Man sempat tidur tapi dia mampu siapkan lukisan sama dengan orang lain, saka apakah yang digunakan?
2015516133802
Sentuhan Sham Cni nampak lembut, bila dah siap memang woww!
2015516134731

Bila berada disebelah Cikgu Ta, dia tak pernah lokek ilmu dan pengalaman…Sebenarnya banyak kisah suka duka Cikgu Ta sedikit sebanyak membuatkan saya kuat dan tak mudah putus asa dalam perjuangan sebagai seorang pelukis…

2015517084929 1
Kg. Nail, Kuala Besut
Saiz: 28 cm x 38 cm
Mix watercolor brands + 300 gsm Bockingford watercolor paper
2015517085023
Terima kasih Cikgu Ta atas komen semangat 🙂
Posted on 1 Comment

Animasi di Besut

Kebetulan cuti di kampung waktu program ini diadakan. Pada hari perasmian oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh saya tak dapat hadir kerana join Grup PESENI berplein air di Pasir Puteh. So datanglah pada hari Ahad bawak Hero jalan2, ingatkan Hero saya excited rupa2nya takut pada costume watak yang dipakai, hehehe.

Bagi saya program ni oklah sebab pengisiannya taklah terlalu berat untuk masyarakat sekitar terlibat sama. Lebih kepada program kanak-kanak dan beberapa slot dikhaskan untuk memberi pendedahan bagaimana watak dihasilkan serta teknik tertentu dalam penghasilan animasi tempatan. Syabas kepada penganjur Kolej Komuniti, sekurang2nya apa yang dianjurkan tu lain dari yang lain. Ni tak asal kat kampung je fun fair dan pasar malam…

2015405151340
Kanak2 confirm suka program ni, mana taknya kartun bersepah…
2015405152241
Jumpa YB YM Tengku Zaihan, Adun Kuala Besut dan keluarga
2015405152447
Beberapa cadangan di utarakan untuk perhatian menjadikan Kuala Besut hab kesenian, chewahh…sempat bagi ncard kalo2 ada yang hendak dibantu, hehehe
2015405150958
Abam Padi (Kartunis) in da haus, tetiba pulak jumpa Abam Padi dari grup Gangsta Watakala kami di Besut!tapi tak sempat sembang panjang sebab Hero saya tak selesa,huhu…
2015405151712
For display only…
2015405152652
2015405150438
Bila dah nak balik barulah buat2 muka ceria, hmmm…
Posted on

Watercolor: Rehat

Nak lukis xde mood, tapi kalau tak lukis bosan pulak. Last2 ambil jugak lah kertas, lama dok pikir apa nak lukis tetiba datang idea awal nak conteng2 buat bot je, tapi idea tu bertukar jadi lebih serius maka terhasillah lukisan tak seberapa ni dalam masa 1 jam. Lama jugak tak fokus sangat pada water reflection, sebelum ni buat ringkas2 je, alhamdulillah masih menjadi…

2015316205022 1
Rehat (Nelayan Kuala Besut)
Medium: watercolor
Saiz: 28.5 cm x 38.5 cm
Schmincke + Winsor Newton watercolor + 300gsm Saunders Waterford watercolor paper
2015316204908
Posted on

Watercolor: Kampung nelayan Besut

Seminggu bercuti di kampung terasa semangat untuk melukis semakin bertambah bila tengok pemandangan yang menarik. Bila ada peluang je pusing satu daerah cari foto2 yang menarik untuk dijadikan bahan lukisan. Lukisan yang dihasilkan ini jgk hasil photo hunting di sekitar Besut…

2015225201059 1
Kampung nelayan Besut
Saiz: A2+
Medium: Watercolor
Schmincke watercolor + 300gsm Bockingford watercolor paper
2015224222014
Waktu start lakar ni jam dah 10.00 mlm, terpaksalah sambung esok
2015225183456
Balik kerja je terus sambung, tak sempat tukar baju
2015225190139
80%, yang dah siap kat atas tu…
Posted on

Bumi Terengganu yang dipotretkan…

Tanpa buku lakaran, hanya bertemankan handphone murah ketika balik bercuti di Terengganu. Sempat jugak ke Marang, Setiu dan Besut mendapatkan gambar pemandangan yang menarik untuk dilukis. Hasilnya 4 lukisan dihasilkan 2 malam berturut2, kesemua lukisan ni dilukis kurang 1 jam menggunakan Schmincke Watercolor atas Saunders Waterford Watercolor paper… best juga layan wash tanpa detailing bagai, yang penting cepat siap dan nampak cool…

IMG 0085 1
Tajuk: Tenang (Depot nelayan Pantai Marang)
Saiz: 28 cm x 37 cm
IMG 0086 1
Tajuk: Tali air (Sawah padi Kg. Nangka, Kuala Besut)
Saiz: 28 cm x 37 cm
IMG 0087 1
Tajuk: Kenangan silam (Jambatan Pulau Salim dari Kg. Sungai, Kuala Besut)
Saiz: 28 cm x 37 cm
IMG 0088 1
Tajuk: Damai (Pantai Penarik, Setiu)
Saiz: 28 cm x 37 cm