Posted on

Watercolor: Aktiviti harian nelayan Kuala Besut

Pekan Kuala Besut sememangnya terkenal dikalangan pelancong samaada dalam mahupun luar negara. Jeti Kuala Besut sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang ingin berkunjung ke pulau-pulau berdekatan antaranya yang terkenal adalah Pulau Perhentian. Namun ada sesuatu yang tidak harus dipinggirkan sekiranya anda melewati jeti untuk ke Pulau Perhentian, anda akan menikmati pemandangan bot-bot nelayan yang keluar masuk memunggahkan hasil tangkapan mereka. Jika tiada aktiviti turun ke laut, mereka akan melakukan persiapan seperti membaiki kerosakan-kerosakan kecil pada bot, pukat serta membuat penyelenggaraan ke atas bot dan peralatan menangkap ikan mereka. 

Gambar yang saya lukis ini adalah salah satu aktiviti petang para nelayan Kuala Besut yang melakukan penyelenggaraan ke atas bot mereka.

*Dan yang paling menarik kerana lukisan ni menggunakan signature terbaharu pertama saya ^_^

IMG 0419

Aktiviti nelayan Kuala Besut
Saiz A3
IMG 0413
IMG 0415
IMG 0431
Posted on

Conteng-conteng watercolor: Pekan Jerteh, Besut

Lukisan ni nampak sangat kejam dengan warna yang digunakan, tapi percayalah ‘don’t judge the book by it cover…’ chewah. Sebenarnya tak ada makna mendalam pun, warna kemerahan ni digunakan pun sebab nak habiskan warna merah yang terlebih bancuh, hehe terlebih jujur…

Gambar ni diambil di Pekan Jerteh dengan berlatarbelakangkan masjid yang baru siap dibina beberapa tahun lepas…

IMG 8329
Watercolor: Pekan Jerteh, Besut
Saiz A3
IMG 8330
IMG 8332
Posted on

Conteng-conteng watercolor: Masjid Kg. Baharu, Kuala Besut

Tak susah kalo niat nak menconteng kata setengah orang. Tapi menconteng pun kene belajar adabnya supaya karya yang dihasilkan mampu menjadi tarikan kepada orang yang melihat, juga mampu memberi mesej yang berguna. Rasanya hampir 2 minggu tak post kan entry terbaru hasil karya saya, maklumlah tengah berguru dengan sifu ‘youtube’ tentang teknik baru ni. moga hasil kali ini  menjadi inspirasi kawan-kawan…

IMG 8320
Watercolor: Masjid Kg. Baharu, Kuala Besut
Saiz: A3
IMG 8319
IMG 8321