Kebetulan cuti di kampung waktu program ini diadakan. Pada hari perasmian oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh saya tak dapat hadir kerana join Grup PESENI berplein air di Pasir Puteh. So datanglah pada hari Ahad bawak Hero jalan2, ingatkan Hero saya excited rupa2nya takut pada costume watak yang dipakai, hehehe.
Bagi saya program ni oklah sebab pengisiannya taklah terlalu berat untuk masyarakat sekitar terlibat sama. Lebih kepada program kanak-kanak dan beberapa slot dikhaskan untuk memberi pendedahan bagaimana watak dihasilkan serta teknik tertentu dalam penghasilan animasi tempatan. Syabas kepada penganjur Kolej Komuniti, sekurang2nya apa yang dianjurkan tu lain dari yang lain. Ni tak asal kat kampung je fun fair dan pasar malam…
Ini kalu ade album gambar dan backdrop semasa event ni lagi menarik