Posted on

Plein air bersama PESENI di kediaman Tuan Yudin Mat di Kg. Merkang, Pasir Puteh, Kelantan

Fahamlah saya kenapa PESENI sentiasa disebut2 antara persatuan yang gigih memperjuangkan seni lukis bukan sahaja di Negeri Cik Siti Wan Kembang, malah di Malaysia keseluruhannya. Rata2 semangat ahli mereka mempunyai falsafah masing yang membuatkan karya mereka kuat dari segi penghayatan dan persembahan visualnya. Masing2 ada tarikan tersendiri dan itu adalah kunci kejayaan mereka…

Pada mulanya saya diajak Tuan Mazuki untuk berplein air di sekitar Pasir Puteh, tak terfikir pun berplein air berkumpulan macam ni…Saya dan Abang Din (dari Kuala Terengganu) dicadangkan Mazuki untuk berjumpa di hadapan Kilang Bernas Pasir Puteh. Dalam fikiran ni dok terbayang macamana nak lukis pemandangan kilang ni, hehehe rupa2nya situ tempat kami berkumpul sambil menunggu ahli PESENI yang lain.

Sebenarnya, saya sangat2 beruntung kerana plein air kali ni di sertai nama2 besar pelukis kelantan antaranya Ismail Kadir, Haji Mokhtar Ishak, Kartunis Pak Rossem, Pak Abu, Mat Hasim Kamaludin, Prof. Mohd Nawi Mat Ali (Lim Kok Wing), Dr. Arif Datoem (Jakarta), Yudin Mat (tuan rumah), Imanordin Mohd Shah, Muhamad Jusoh, Manza Doll, Mazuki Mohamad, Abang Din (Kuala Terengganu), Tho Man, dan Sham Cni. Mereka tak lokek berkongsi pengalaman dan ilmu serta petua menghasilkan lukisan yang benar2 diterima masyarakat…

 Hasil plein air di kediaman Tuan Yudin Mat:

2015404194749 1
Tajuk: Banting empat kerat
Saiz: 28 cm x 38 cm
Daler Rowney watercolor + 300gsm Saunders Waterford watercolor paper
2015404194819
Satu sketch, sebab isteri saya cakap pokok bambu kuning di sebelah kami melukis tu cantik…

Gambar2 plein air di ‘ruang seni’ Encik Yudin Mat:

11129288 908185482564961 2280957410359966172 n
Terharu, walaupun saya tergolong dalam kelompok generasi baharu, tetapi layanan mereka 5 bintang 🙂
11071035 933598383357061 3609794571802980885 n
Isi perut sebelum plein air, sori Hero saya kuat makan sikit dan xnak share dengan orang, hehehe
2015404101602
Bersama Maestro Ismail Kadir dan Hj. Mokhtar Ishak (Cikgu Ta)
2015404104101
Saya ahli Gangsta Watakala
2015404104624
Tuan Ismail Kadir sedang beraksi…
2015404104931
Port feveret Cikgu Ta dan Mazuki…
2015404111137

Prof. Nawi banyak kongsi ilmunya pada saya dan difahamkan ahli PESENI, Sham Cni, Prof. dengan inisiatifnya sendiri telah membuka kelas kepada ahli PESENI untuk lebih mendalami seni hingga ke akar umbi, memang terbaik, melukis melukis jugak tapi faham ke kita apa tujuan kita melukis?

Hebat PESENI…

2015404120217
2015404120458
2015404120226
2015404120652
Terima kasih Isteri dan Hero saya yang setia menemani, hehehe
2015404121130
Sweet gambar ni, hehehe
2015404121531
Cikgu Ta masih ingat pertama kali saya berkunjung ke rumah dan hadiahkan satu lukisan kepadanya dulu. Beliau kagum sebab saya datang plein air bersama famili, hehehe
1526134 933598653357034 4759475337624462208 n
Abe Kie (Mazuki Mohamad) sahabat yang tak pernah lokek berkongsi ilmu setiap kali berjumpa dengannya…tengok pallette nya saja buat saya terfikir, itu la pelukis sejati…
2015404122243
Bersama Tuan Pengerusi PESENI
2015404133245
Terima kasih Pak Rossem yang sudi menerima lukisan yang tak seberapa untuk di letakkan di Balai Kartun Rossem, Peringat, Kelantan. In Shaa Allah ada masa saya akan singgah…