Sabtu ahli Gangsta Watakala busy dengan keluarga, so plein air kali ni dibawa ke hari Ahad 24 Mei 2015 disertai Hisham Salmin, Maroz Khuzaini dan Shamruismawi (Abah) di Jalan Salman Al Farisi R.A. Batu 24 berhampiran pekan Bangi Lama.
Author: Azman Nor
Night plein air bersama Gangsta Watakala, Sketchwalk KL dan Namchai dari Thailand di Dataran Merdeka
Plein air Kg. Nail, Kuala Besut
Bila balik kampung, tentunya akan ada masa diluangkan bersama2 pelukis di sana terutamanya dari Kelantan. Pada mulanya ingatkan Tho Man nak buat solo plein air, rupanya ada Mazuki Mohammad, Cikgu Haji Mokhtar Ishak dan Sham Cni jugak… Memang rezeki sayalah nak plein air dengan otai berbisa nih…
Pilihan tempat plein air kali ni hanya 10 minit dari rumah Mak Mertua saya di Kuala Besut, cantik sangat la tu, hehehe. Disebabkan saya berada di Kuala Berang menjaga ibu yang dimasukkan ke wad kerana jangkitan kuman pada hari Jumaat, so awal pagi sabtu saya dan keluarga bertolak ke Kuala Besut dan team plein air berjumpa di Kg. Nail… selebihnya tengok gambar di bawah, huh malas nak cerita….
Sebelum pulang, sempat juga la ajak mereka makan tengahari di rumah Mak Mertua saya di Kg. Baharu, terima kasih kerana sudi singgah…


Bila berada disebelah Cikgu Ta, dia tak pernah lokek ilmu dan pengalaman…Sebenarnya banyak kisah suka duka Cikgu Ta sedikit sebanyak membuatkan saya kuat dan tak mudah putus asa dalam perjuangan sebagai seorang pelukis…
Dimana saja, mana yang sempat :-)
Sepatutnya hujung minggu ni saya perlu menghadiri beberapa pameran dan satu sesi perbincangan tetapi Allah Maha Mengetahui perancangan terhadap hambaNya, Selepas hampir 2 hari demam, ibu (bahasakan Mek) terpaksa ditahan di Wad Hospital Hulu Terengganu selama 3 hari. So terpaksalah cancel aktiviti weekend dan balik Terengganu.
Pengurusan hospital yang sangat baik dan mesra (tak sama langsung dengan hospital kerajaan yang lain!) menjadikan urusan kami lebih mudah, TERIMA KASIH
Watercolor: Sunday blues (Jalan Panggong, Petaling Street)
Walaupun agak penat 2 hari habiskan masa untuk aktiviti seni, tapi saya masih bersemangat. Inilah hasil plein air saya bersama Gangsta Watakala dan Sketchwalk Kuala Lumpur pada hari Ahad (10 Mei 2015) yang lepas.
Sedikit kelainan kerana kali ni saya dapatkan view yang lebih dekat (close up) dan landskap potrait, cuba2 kalau tak jadi takpelah. Berbekalkan masa selama 2 jam dilapangan serta cuaca yang agak panas merupakan cabaran besar buat kami untuk hasilkan lukisan yang bersesuaian dengan suasana.
Saya kurangkan fokus pada langit bagi memastikan mata lebih tertumpu kepada subjek utama iaitu bangunan dan figure yang mewujudkan tajuk lukisan ini. Warna yang digunakan pada langit hanyalah sedikit ultramarine yang di campurkan dengan sedikit burn sienna (70% ultramarine 30% Burn Sienna). Sebelum warna ini kering, ambilkan sedikit crimson yang dicampurkan dengan sedikit ultramarine warnakan di bahagian bawah awan untuk menghasilkan kesan pembentukan awan. Walaupun dalam lukisan ni awan yang dihasilkan agak minimum, bukan bermakna kita perlu ambil mudah untuk hasilkannya…
Untuk lapisan pertama yang dipanggil ghost layer dari atas bangunan hingga ke hujung jalan, gunakan warna burn sienna 20% + yellow ochre 80%. Lakukan sapuan mengikut tona warna pada bangunan tersebut, wujudkan kesan rekahan cat serta tekstur batu bata pada bangunan. Sebelum ianya kering masukkan warna yang bersesuaian (red+burn sienna untuk tona bata) pada tempat tertentu untuk menaikkan lagi beberapa warna seperti panel pintu dan tingkap serta bayang pada bangunan…
Biarkan ianya kering sepenuhnya, barulah buat perincian pada tempat yang diperlukan…
Gelapkan sedikit di bahagian shadow dan bahagian hujung jalan, untuk hasilkan warna ini, hanya perlu bermain dengan ultramarine dan burn sienna juga masukkan sedikit warna ocre dan pale purple (resepi sendiri, hehehe) untuk memberi pandanga sejuk pada sudut tersebut…
Siap… jangan lupa signature
Non-stop activities (Plein Air Jalan Panggong – Pameran Simpuh Diamond Sq. – Lambaian Kelantan Cityt Art Gallery)
Hari ahad yang penuh dengan semangat untuk beraktiviti…
6.00am – 1.00pm Plein air di Jalan Panggong, Petaling Street
1.00pm – 2.30pm Pameran Simpuh oleh Putra Helmy di Galeri Perupa, Diamond Square
2.30pm – 6.00pm Pameran Lambaian Kelantan 5, City Art Gallery, Ampwalk
Awal pagi saya, Mazuki Muhammad dan Sham Cni tiba di Jalan Panggong dan kami pertama kali berjumpa dengan KC Lee dari Sketchwalk Kuala Lumpur. Seorang yang peramah macam dah lama kenal dan kami diperkenalkan dengan beberapa orang sketchers (sori lupa nama, sudah tua… hehe) yang hadir.
Sambil menunggu ahli yang hadir, saya terus mencari port menarik untuk membuat lakaran… tanpa sarapan pagi, hanya bertemankan air kosong kami bertiga memulakan sesi plein air, hehehe

Abg WanB beraksi, terima kasih for the beautiful painting bagi kat saya sungguh istimewa. First time juga jumpa Abang Ryzal, hasil plein air yang memukau…sori bang sebenarnya banyak lagi nak sembang tapi kesuntukan masa, In Shaa Allah next time…


jom ramai2 ke Pameran Simpuh di Galeri PeRUPA 1-30 Mei 2015, Perasmian oleh Dato’ Mahadzir Lokman, Pengerusi LPSVN pada 16 Mei 2015 jam 4.00 petang…

Baju biru tu Kak Long AlBarakbah antara organizer pameran ni yang akan berlangsung di Royale Chulan Kuala Lumpur…
Plein air Kajang
Berbesar hati menerima kehadiran Mazuki Muhammad dan Sham Cni pelukis hebat dari Kelantan yang menginap di rumah saya sepanjang hujung minggu ni. Sebenarnya mereka datang untuk ke Majlis Perasmian Pameran Lambaian Kelantan 5 di City Art Gallery, Ampwalk. Disebabkan mereka datang lebih awal, so kami dari Gangsta Watakala jemputlah untuk ke sesi plein air di Bandar Kajang pada pagi Sabtu.
Alhamdulillah kehadiran agak memuaskan seramai 8 orang pelukis yang join sesi kali ni iaitu Hisham Salmin, Mazuki Muhammad, Sham Cni, Maroz Khuzaini, Wan Borhanudin, King Marul dan Iffat Haiqal. Sebagai permulaan kami berjalan menyusuri bandar mencari lokasi2 dan bangunan2 yang menarik sebelum start berplein air.
Semasa berplein air, kami terserempak dengan Cikgu Lee yang juga merupakan pemilik Galeri Warisan Kajang dan ahli dalam Persatuan Pelukis Hulu Langat, hehe saya yang duduk di Bandar Baru Bangi sendiri pun tak tau kewujudan kumpulan ni…moga lepas ni terus keep in touch dengan mereka. Seterusnya selepas plein air, kami dijemput Cikgu Lee ke Galeri Warisan Kajang untuk melihat koleksi warisan Kajang termasuk lukisan2 dan lakaran2 yang berkaitan Kajang, awesome giler!!!…




























































