Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua rakan2 blog pikirdanlukis.
Moga Aidilfitri kali ini memberi sedikit keceriaan kepada kita bersama keluarga tercinta, bermaaf-maafan serta menziarahi saudara mara dan sahabat handai…
Tajuk: Suasana Hari Raya (Imej kad raya UKM) Medium: Cat air (watercolor) Saiz: 28 cm x 28 cm
Cerita lama rasanya boleh lagi share dengan kawan2… nak karang panjang2 memang tak sempat…
Tajuk: Saya anak Felda Medium: Cat air (watercolor) Saiz: 56 cm x 76 cm
85% WIP
Hujung minggu yang agak lapang, bosan nak siapkan di studio packing barang terus ke Taman Tasik Cempaka (10minit je pun dari rumah), lagi pun bulan puasa sini agak sunyi la…
Sebenarnya melukis ni takde istilah bosan bagi saya. Sebelum ni saya dah cuba banyak perkara untuk mengisi masa lapang tapi hampir semuanya tak menjadi, daripada berpuluh cubaan tu melukis cat air sahaja melekat, hehehe…mmm mungkin sebab dapat pulangan yang memberangsangkan kot…
Terima kasih ahli Gangsta Watakala yang sudi meluangkan masa untuk sama2 berbuka puasa pada 26 Jun yang lepas…
Dari kiri Cikgu Iffat Haiqal, Razlan, Zaid Jaapar, Abey Zoul, Saya, Maroz Khuzaini dan Syikin
Lepas iftar, Abey Zoul belanja durian tapi sebelum tu ahli diwajibkan siapkan satu sketch dulu, haru betul…buat sketch sebelah gerai durian, mana la bleh concentrate. huhu
Selamat berpuasa kepada semua… pagi ni ada sikit masa nak buat plein air dekat2 rumah je… so tempat yang paling ok ialah Taman Tasik Cempaka. Hari Sabtu memang takde orang sangat tambah lagi bulan puasa nih…
Biasa Sabtu dan Ahad kat sini agak meriah dengan kehadiran keluarga yang bersantai hujung minggu ditambahkan lagi dengan Car Boot Sale di tapak parkir Taman Tasik Cempaka ni.
Solo plein air, so muka pun xbleh belah la
Ghost layer yang mempunyai 3 lapisan utama iaitu lapisan atas adalah campuran Ultramarine Blue + Burn Sienna + Yellow Ocre mengikut nisbah yang diperlukan. Lapisan tengah memadai dengan lapisan nipis yellow ocre dan lapisan bawah adalah campuran Ultramarine Blue + Burn Sienna mengikut nisbah yang sesuai… biarkan ianya kering sedikit sebelum sapukan satu lapisan sap green atau campuran sap green + yellow, biarkan ia kering sepenuhnya…
Selepas kering sepenuhnya baru la dimasukkan warna yang lebih gelap/pekat. Ringkas hanya ambil masa kurang 45 minit…
Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi Medium: Cat air (watercolor) Saiz: 14cm x 38cm (handmade sketchbook) 300gsm Saunders Waterford
Selamat menyambut Ramadhan kepada rakan blog Pikirdanlukis semoga kita semua dikurniakan keberkatan dan kekuatan untuk menggandakan amalan dan sedekah…
Moga kita terus istiqamah menjalani ibadah puasa…
Tajuk: Si Cilik dan Hadisnya (2014) Medium: Cat air (watercolor) Saiz: 56 cm x 76 cm