20 tahun lepas di sini (Kedai Menanti, Pasir Puteh, Kelantan)… selalu gunting rambut dengan Pok Mood harga RM2. Sekarang Pok Mood masih gagah menyumbang kudrat dan hampir keseluruhan tempat gunting rambut ini seperti 20 tahun lepas…
Author: Azman Nor
Alhamdulillah 2 masterpiece TERJUAL…
Alhamdulillah 2 masterpiece telah terjual, terima kasih Puan Seri Habibah Salleh yang sudi membeli karya saya… Saya beranggapan beliau seorang yang teliti dalam pemilihan setiap karya mungkin dari segi hasil, kisah disebalik karya dan jiwa karya.
Lama tak join pameran…
Lepas beberapa lukisan saya di’reject’ dari menyertai pameran yang lepas, saya berikan fokus pada tempahan daripada kolektor yang biasa saya berurusan. Mungkin rezeki berpameran tu tiada lagi…
Harap2 lukisan untuk pameran kali ni diterima oleh pihak penganjur atau kalau reject pun boleh inform awal pada saya ye…
Penyertaan Pameran Minda Merdeka 2015 ni telah disahkan diterima untuk dipamerkan wakil penganjur PeRUPA, Alhamdulillah terima kasih…
Raya Sketched
Raya di Kampung…
Raya tahun ni agak sederhana mungkin penangan GST dan senario politik semasa kot, apapun tetap meriah bila dapat beraya dengan orang tersayang.
Watercolor: Sinar Kg. Baru (Jalan Haji Yaakob)
Sinar harapan dari Kg. Baru yang pasti semakin pudar ditelan arus pembangunan yang terus menggila. Saya lebih suka dengan siri kali ni kerana sentiasa menjadi perhatian dan pilihan para kolektor yang sangat berminat untuk mengetahui perkembangan Kg. Baru…
Merupakan salah satu lorong di Kg. Baru, Lorong Haji Yaakob mempunyai pemandangan yang sangat cantik dimana menara KLCC berdiri megah dibelakangnya serta beberapa rekabentuk rumah lama masih dipelihara dengan baik…
Keratan Akhbar: Pameran Cair ubah senario…
Pameran Cair sebenarnya banyak mengubah landskap WASG ke arah yang lebih dikenali dan lebih mesra rakyat marhaen. Keratan akhbar 10 Julai 2015 menceritakan sebahagian hasil usaha kami memartabatkan cat air di kalangan rakyat Malaysia amnya dan dunia seni khususnya dan memaparkan sebahagian lukisan yang sedang dipamerkan di Galeri Shah Alam. Pameran ini akan berakhir pada 15 Julai 2015 (masih ada peluang cuci mata >_<).
Thanks Berita Harian!














