20 tahun lepas di sini (Kedai Menanti, Pasir Puteh, Kelantan)… selalu gunting rambut dengan Pok Mood harga RM2. Sekarang Pok Mood masih gagah menyumbang kudrat dan hampir keseluruhan tempat gunting rambut ini seperti 20 tahun lepas…
Tag: Kelantan
Mencari ilmu di bumi Kelantan
Masa yang terlalu singkat di Kelantan diisi sebaik mungkin untuk berjumpa 2 orang pelukis terhebat iaitu Cikgu Mokhtar Ishak dan Tuan Mazuki Mohamad. Perbincangan dan ilmu yang dikongsi pasti disemat sekemas-kemasnya untuk bekalan masa hadapan.
Mokhtar Ishak atau panggilan mesra Cikgu Ta merupakan nama yang tidak asing lagi sebagai seorang pelukis cat air yang terbaik melalui hasil karyanya yang kebanyakan menggambarkan suasana perkampungan dan pinggir pantai. Hasil karya beliau sentiasa menjadi perhatian kolektor persendirian dan galeri sekitar ibu negara. Suasana studio mininya menggambarkan keseriusan beliau dalam berkarya selama hampir 60 tahun.
Mazuki Mohamad sememangnya pelukis terhebat dengan hasil karyanya yang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Karya yang dianggap kontemporari memberi peluang kepada kita untuk menikmati suasana kampung dan pantai yang sentiasa segar dan mendamaikan. Terkenal sebagai seorang pelukis yang meminimakan jumlah warna yang digunakan tanpa menidakkan tarikan pada karya yang dihasilkan.
Watercolor: Pasir Puteh, Kelantan
Kebetulan round pekan Pasir Puteh masa hantar famili ke rumah nenek… sempat lagi snap gambar untuk dilukis, kepada rakan2 yang nak cari tempat2 menarik untuk menghasilkan karya bangunan lama yang cantik2, di sini la tempatnya… Walaupun bangunan lama dikekalkan, bangunan baru tetap bercambah mengikut perancangan, tidak terlalu ekstrem…
Yang selalu berurusan di Pasir Puteh mesti perasan bangunan rumah kedai warna merah menyala ni, nostalgia masa kecik2 dulu…naik bas pegi Pasir Puteh pastu round2 kedai beli barang…

















