Hari ahad yang penuh dengan semangat untuk beraktiviti…
6.00am – 1.00pm Plein air di Jalan Panggong, Petaling Street 1.00pm – 2.30pm Pameran Simpuh oleh Putra Helmy di Galeri Perupa, Diamond Square 2.30pm – 6.00pm Pameran Lambaian Kelantan 5, City Art Gallery, Ampwalk
Awal pagi saya, Mazuki Muhammad dan Sham Cni tiba di Jalan Panggong dan kami pertama kali berjumpa dengan KC Lee dari Sketchwalk Kuala Lumpur. Seorang yang peramah macam dah lama kenal dan kami diperkenalkan dengan beberapa orang sketchers (sori lupa nama, sudah tua… hehe) yang hadir.
Sambil menunggu ahli yang hadir, saya terus mencari port menarik untuk membuat lakaran… tanpa sarapan pagi, hanya bertemankan air kosong kami bertiga memulakan sesi plein air, hehehe
Hampir 40 orang yang hadir dari Gangsta Watakala dan Sketchwalk Kuala Lumpur, sungguh happening…
From Australia with love and passion as sketchers, remember the words by her “Azman, you are the Man”…
Kami bertiga bersama KC Lee CEO Sketchwalk Kuala Lumpur if im no mistaken, hehehe gurau je…
Mereka bersemangat…
Mereka joined, anda bila lagi?
Sifu Abey Zoul dan Kartunis terkenal Tembakau sedang beraksi, aura Paris masih ada
Abg WanB beraksi, terima kasih for the beautiful painting bagi kat saya sungguh istimewa. First time juga jumpa Abang Ryzal, hasil plein air yang memukau…sori bang sebenarnya banyak lagi nak sembang tapi kesuntukan masa, In Shaa Allah next time…
Hasil plein air saya yang tak seberapa selama hampir 2 jam…
1st time jugak jumpa Cikgu Khalid, memang peramah orangnya, beautiful sketched…
WanD tengah beraksi sambil Arkitek Syahman melakukan apa yang patut, 2 2 hasilkan karya yang menarik…
Datang nak ber’demo’, tetiba masing2 buat bodoh je sambil pegang kertas tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling, itulah kegilaan mereka, hehehehe
KC Lee melihat sketchbook saya, menarik katanya…
Dengan Abang Ryzal, illustrator majalah Kuntum…
Bersimpuh sambil tengok karya SIMPUH oleh Putra Helmy
jom ramai2 ke Pameran Simpuh di Galeri PeRUPA 1-30 Mei 2015, Perasmian oleh Dato’ Mahadzir Lokman, Pengerusi LPSVN pada 16 Mei 2015 jam 4.00 petang…
Bersama Pak Aris, Pengerusi PeRUPA dan yang dirai, Putra Helmy yang handsome…
Semasa perasmian Lambaian Kelantan 5
Semasa menjemput Dato’ Mahadzir Lokman untuk merasmikan Charity Art Exhibition anjuran Badan Kerja Amal Wanita Profesional Terengganu (BERKAT)
Baju biru tu Kak Long AlBarakbah antara organizer pameran ni yang akan berlangsung di Royale Chulan Kuala Lumpur…
Ambil peluang bermesyuarat dengan Kurator GSA, Saudara Iszuan untuk Pameran WASG di Galeri Shah Alam Jun depan
Bersama Cikgu Shafie Hassan dan beberapa pelukis…
Singgah di Rumah Pok Nik (pelukis hebat Kelantan), geram tengok lukisan Mazuki Muhammad ni…
Terima kasih Pok Nik dan isteri untuk jamuan yang sedap..
Berbesar hati menerima kehadiran Mazuki Muhammad dan Sham Cni pelukis hebat dari Kelantan yang menginap di rumah saya sepanjang hujung minggu ni. Sebenarnya mereka datang untuk ke Majlis Perasmian Pameran Lambaian Kelantan 5 di City Art Gallery, Ampwalk. Disebabkan mereka datang lebih awal, so kami dari Gangsta Watakala jemputlah untuk ke sesi plein air di Bandar Kajang pada pagi Sabtu.
Alhamdulillah kehadiran agak memuaskan seramai 8 orang pelukis yang join sesi kali ni iaitu Hisham Salmin, Mazuki Muhammad, Sham Cni, Maroz Khuzaini, Wan Borhanudin, King Marul dan Iffat Haiqal. Sebagai permulaan kami berjalan menyusuri bandar mencari lokasi2 dan bangunan2 yang menarik sebelum start berplein air.
Kajang mood Saiz: 38 cm x 56 cm
mereka hebat…
Hisham Salmin penuh tekun beraksi…
Bangunan yang menempatkan Galeri Warisan Kajang
Semasa berplein air, kami terserempak dengan Cikgu Lee yang juga merupakan pemilik Galeri Warisan Kajang dan ahli dalam Persatuan Pelukis Hulu Langat, hehe saya yang duduk di Bandar Baru Bangi sendiri pun tak tau kewujudan kumpulan ni…moga lepas ni terus keep in touch dengan mereka. Seterusnya selepas plein air, kami dijemput Cikgu Lee ke Galeri Warisan Kajang untuk melihat koleksi warisan Kajang termasuk lukisan2 dan lakaran2 yang berkaitan Kajang, awesome giler!!!…
Cikgu Lee
Antara koleksi galeri ini, menarik bukan? oldskool sangat…
Minggu lepas ke Cameron Highland dan sambil buat satu sketching tetiba Hero saya datang nak melukis jugak. Bagi la pensel tuk dia conteng2, tapi terlupa pulak nak bawak kertas tuk dia… takpelah demi kasih sayang pada Hero sorang ni, kami share lah sketchbook kesayangan saya nih, dia conteng belah kiri, saya sketch belah kanan, kira regu la ni hehehehe…
Bila tengok Hero saya conteng ala2 lepas geram, tengok memang takde harapan nak counter balik ni. Dah balik Bangi terfikir plak nak repair sikit dengan tambah color atas contengan Hero yang superhebat ni… maka terjadilah hasil seperti diatas….
So ibubapa diluar sana bagilah peluang pada anak untuk dia tunjukkan sesuatu yang dia mampu lakukan, tak semestinya terus jadi hebat.
Master Izz Zaheen punya… Tajuk: Mana mungkin… Medium: Charcoal halus (pensel la tuh) + schmincke w/color Saiz: A5
26 April 2015, sambil keluar cari makan tetiba teringat pagi ni ada car boot sale dan pertandingan suara burung di sebelah McDonald Bandar Baru Bangi, sempat jugak lah buat simple sketch kat sini…
Terkurung Schmincke watercolor + 300gsm Bockingford watercolor paper
Macam kat Kelantan masa kecik2 dulu…sekarang ada lagi ke tak?
Minggu ni asalnya xdapat join sesi plein air bersama Gangsta Watakala tapi last minute cancel so boleh la join abam2 hebat GW iaitu Abey Zoul, Hisham Salmin, Maroz Khuzaini dan Iffat Haiqal…
Mengikut perancangan, kami hadir untuk sesi bersama pelajar yang datang melawat ke Pameran Legacy di Galeri ASWARA pada jam 11 pagi.
So kami planning awal pagi nak buat plein air sekitar ASWARA dan sebelum tu sarapan dulu di Gerai Nasi Lemak Tanglin, belakang Masjid Negara. Lepas sarapan kami terus berangkat mencari lokasi yang sesuai untuk melukis iaitu sekitar Tasik Perdana… Agak mencabar jugak view kat sini, huhuhu tp xpelah buat la jugak…
Minggu ni asalnya xdapat join sesi plein air bersama Gangsta Watakala tapi last minute cancel so boleh la join abam2 hebat GW iaitu Abey Zoul, Hisham Salmin, Maroz Khuzaini dan Iffat Haiqal…
Mengikut perancangan, kami hadir untuk sesi bersama pelajar yang datang melawat ke Pameran Legacy di Galeri ASWARA pada jam 11 pagi.
So kami planning awal pagi nak buat plein air sekitar ASWARA dan sebelum tu sarapan dulu di Gerai Nasi Lemak Tanglin, belakang Masjid Negara. Lepas sarapan kami terus berangkat mencari lokasi yang sesuai untuk melukis iaitu sekitar Tasik Perdana…Agak mencabar jugak view kat sini, huhuhu tp xpelah buat la jugak…
xpernah tinggal…
View dari tempat saya melukis…
Kami berlima sahaja…
Karya ni dah jadi milik Maroz, kenapa Maroz?? sebab bila rindu nak tengok lukisan ni pegi je rumah Maroz, rumah kami dekat, hahaha…
Lepas sesi plein air kami terus ke ASWARA untuk bersama pelajar MRSM Pontian… hmmm siap kene buat simple demo lg, harap adik2 puas hati…
Huhh jauh pandangan Hisham…
Live demo untuk adik2 dari MRSM Pontian…
Kusyuk dorang nih…
Pandai dorang ni pujuk tuk buat demo, hmm pape pun adik2 ni memang hebat dan banyak soalan yang ditanya, mereka sangat berminat dengan seni…
Akhirnya sampai jugak ke JB dan plein air bersama Johor Sketchers dan Urban Skethers Singapore pada 18-19 April 2015. Terima kasih Hisham Salmin atas pelawaan dan perancangan walaupun pada awalnya teringin bawa seberapa ramai ahli gangsta watakala turun ke JB. Hasrat tidak kesampaian, hanya kami berdua ke sana.
Mungkin ini permulaan yang tidak mematahkan semangat kami untuk terus berkarya plein air, kerana kami berkarya bukan atas dasar paksaan, bukan untuk membuktikan sesuatu, bukan kerana tiada masa untuk keperluan lain, bukan kerana kami bebas ke mana sahaja, bukan kerana tiada kerja, bukan kerana idola atau sifu, bukan kerana keuntungan, bukan kerana pengaruh, bukan kerana sesiapa, tetapi kerana kepuasan diri dan silaturrahim. Itu sahaja…
Tajuk: Red House, Jln. Tan Hiok Nee, Johor Bahru Saiz: 38 cm x 56 cm Winsor Newton/Daler Rowney watercolor + 300gsm Saunders Waterford watercolor paper
Tajuk: Jln. Ngee Heng, Johor Bahru Saiz: 38 cm x 56 cm Daler Rowney/Winsor Newton watercolor + 300gsm Saunders Waterford watercolor paper
Perancangan awal kami akan bertolak pada hari Sabtu jam 10 pagi, tetapi oleh kerana tidak mahu melepaskan peluang kerana grup Johor Sketchers dan Urban Sketchers Singapore akan berplein air pada jam 9 pagi di Jalan Tan Hiok Nee, perancangan itu ditukar pada saat2 akhir dan kami bertolak pada jam 4 pagi. Itu sebenarnya pengorbanan seorang pelukis sejati, chewahhh…
Mudah sebenarnya berkerja bersama Hisham Salmin kerana dia seorang yang sangat menepati waktu walaupun waktu yang dirancang diluar kemampuan dan kebiasaan. Maaf sebab tak dapat pergi dengan kereta saya disebabkan belum service (over mileage), mungkin perancangan akan datang pergi dengan kereta saya pulak.
Kami sampai ke destinasi jam 8 pagi disambut mesra hero Malaya pelukis hebat Taib Aur dan CEO Johor Sketchers Hafizal Nordin. Walaupun 1st time jumpa Hafizal Nordin, fuhhh bukan main mesra lagi mamat tu, hehehe terbaik bro, gurau je…
Lepas sarapan kali ke 2, kami terus dengan sesi plein air. Untuk pengetahuan, plein air kali ni disertai 13 orang pelukis dari 2 negara iaitu Urban Sketchers Singapore Mr. Tony Chua, George Huang, Tan Chit Seng, Andrew Yeo, Johor Sketchers iaitu Hafizal Nordin, Taib Aur, Jaie Ramlee, Neil Shah, Halim, Faiz Zainal dan Ariff Lokman dan kami berdua dari Gangsta Watakala.
Plein air kali ni antara yang paling mencabar selepas Bagan Lalang kerana kami terpaksa berdepan suhu yang agak tinggi dengan angin yang agak lemah, tetapi langsung tidak mematahkan semangat kami untuk berkarya. Sesi ini tamat pada jam 12 tengahari dan kami terus kepada sesi bertukar pendapat dan pengalaman serta makan2. Thanks Mr. George Huang belanja semua minuman kami…
Jam 2 petang kami bersurai dan check in di Aman Sari Hotel… penat hoihhh, Hisham Salmin terus dengan meeting keluarga, apa lagi rehat la…
Petang tu Taib Aur bawak kami round2 Bandar Johor Bahru, bersih dan terurus bandar ni tapi nape orang jarang cerita pasal Johor Bahru ek… asal paling bersih je mesti Melaka, hehehe, sori la pasal kebersihan ni saya perati sikit.
Atas faktor gian pada 19 April, sekali lagi kami berplein air sebelum bertolak balik. Plein air pagi ni lebih santai dan agak ramai audien… memang terbaik…
Antara yang sampai awal
View yang akan dilukis
Panas hoihhh…
Apakah yang berlaku pada brother ni? aku buntu….
Bersama Jaie Ramlee (antara founder Johor Sketchers) merupakan illustrator buku Mat Luthfi, fuhhh hebat
Ini kami…
Hebat
Bertukar2 pendapat
Bersama Mr. Tony Phua…
Insaf…
Provokasi, cari gaduh…
Karya Mr. TA
Jln Tan Hiok Nee waktu malam, ada pasar karat lagi…
Lupa pulak nak aktifkan post ni, hehehe kejadian yang berlaku minggu lepas di 1Sentul Kondo semasa nak bantu Abey Zoul packing lukisan yang dibawa ke Paris. Sambil2 tunggu nak cukupkan korum, sempat jugaklah siapkan satu sketch rumah lama bersebelahan 1 Sentul Condominium ni…
Cuba bertahan entah sampai bila…
Menarik jugak, rumah yang masih teguh berdiri dicelah2 bangunan pencakar langit. Tak pasti bagaimanakah nasib mereka…